Friday, June 28, 2013

Kenapa Pas Menggunakan Saluran Demokrasi?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Demokrasi adalah wasilah

Jihad melalui demokrasi adalah jalan atau wasilah untuk Islam menang dan berkuasa dengan aman. Dan inilah jalan yang digunakan oleh Gerakan Islam Pas buat masa ini. Apakah pandangan Islam terhadap demokrasi? Apakah tanggungjawab rakyat secara umumnya?

 Ikuti kuliah Tuan Guru Presiden berkenaan dengan demokrasi.




Video 1 - Demokrasi ; Kita memilih Jihad Secara Pilihanraya - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Video 2 - TG Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang - Pandangan Islam tentang Demokrasi



Isu Dakwat Kekal - Pandangan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Isu dakwat kekal di dalam pilihanraya

Kenapa ya seolah-olah tiada penjelasan yang terbaik untuk diterima daripada pihak kerajaan berkenaan dengan isu dakwat kekal ini. Ayuh kita ikuti pandangan penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai perkara ini.

Kata beliau:

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.

Thursday, June 27, 2013

Pertembungan Dua Ideologi Bakal Berlaku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Ta'ziah kepada ahli keluaraga


Semalam iaitu 26 Jun 2013 rakyat telah digemparkan dengan berita bahawa seorang Adun di Terengganu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.40 pagi. Rata-rata pengamal politik meramalkan akan berlaku Pilihanraya Kecil yang pertama selepas PRU Ke 13 baru-baru ini. Maka akan berlakulah semula pertembungan dua ideologi politik dan dasar perjuangan di Kuala Besut.

Adalah diharapkan pertembungan ini berlaku dengan suasana yang baik, aman dan tiada kata keji mengeji di antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya semoga keputusan akan berpihak kepada pihak yang menjadikan Islam sebagai ideologi perjuangannya akan menang.

Adun Kuala Besut meninggal, PRK pertama

Anis Nazri, 26 Jun 2013 

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.


Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.


PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
 

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.  

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).


harakahdaily; adun kuala besut meninggal pilihan raya kecil pertama

Pas Harapan Rakyat Dikala Oic Tiada Suara

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Harapan rakyat terhadap Pas

Rakyat kebanyakkan mengharapkan agar Pas dapat memainkan peranan di dalam isu Syria. Ini memandangkan bahawa Pas mewakili Parti Islam di Malaysia dan sekaligus menjadi suara kepada masyarakat Islam di Malaysia. Dalam suasana OIC dan PBB seolah-olah ditutup mulut daripada berkata mengenai Syria alangkah baiknya Gerakan Islam Pas maju ke hadapan membela rakyat Syria daripada terus menerus dizalimi oleh Basyar Asad laknatulLah.

Kenyataan media Presiden Pas

KENYATAAN MEDIA RINGKAS PRESIDEN PAS 25 Jun 2013

"PAS AKAN BERSAMA DENGAN GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU BAGI MERUNGKAI KONFLIK DI SYRIA"

1. Konflik berdarah dan kezaliman terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.

2.  Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria sendiri untuk menentukannya.

3. Sepanjang tempoh ini juga kepimpinan PAS selain dari mengadakan protes, telah juga mengambil tindakan tertentu bertemu dengan berbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mencadangkan penyelesaian terhadap konflik yang semakin hari semakin buruk itu, selain dari membantu rakyat Syria yang berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

4. Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk "Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam" pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.

5. Langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.

6. PAS mengharapkan iringan sokongan doa dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

PRESIDEN PAS

Tuesday, June 25, 2013

Seronok Berusrah Malam Ini

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Malam yang terisi


AlhamdulilLah. Seperti biasa pada setiap minggu, Isnin malam Selasa kami terisi dengan pengisian usrah. Apa itu usrah? Usrah dalam bahasa 'arab ialah keluarga. Dalam erti kata lain ialah "pertemuan berorientasikan ukhuwwah". Usrah bukan hanya mendengar kupasan kitab-kitab malah kami juga mengadakan usrah di dalam bentuk makan-makan, mandi-manda, main bowling dan pelbagai bentuk yang lain lagi. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membentuk kefahaman dan ukhuwwah di kalangan anggota Gerakan Islam.

AlhamdulilLah, baru sebentar tadi kami telah dihidangkan dengan taujihat, mau'izzah dan mutiara yang sangat berguna kepada seluruh pejuang islam. AlhamdulilLah kelihatannya ramai anak-anak muda bersama program Usrah Gabungan (UG) pemuda pada malam ini. UG pada malam ini berkisar kepada akhlak seorang pejuang Islam. Pengisian pada malam ini ialah daripada Naib Yang Di Pertua Pas Gombak iaitu al-fadhil Ustaz Kamalulhysham (Farhan).

Ustaz menghuraikan ayat-ayat daripada Surah al-Hujurat: Ayat 1, Ayat 2, Ayat 6 dan Ayat 9. Ustaz memulakan bicaranya dengan menghuraikan secara ringkas pengenalan. Hujurat dengan makna bilik-bilik Isteri-isteri Nabi. Surah ini diturunkan di Madinah.

Akhlak ahli Gerakan Islam Pas 

Seterusnya ustaz memulakan bicaranya. 

Akhlak pertama (Ayat 1) - Janganlah mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah.

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’(Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)."

Di dalam ayat ini ustaz menjelaskan bahawa janganlah seseorang bertindak mendahului Allahu Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya di dalam apa jua perkara.
 
Akhlak kedua (Ayat 2) - Janganlah kamu meninggikan suara di depan Nabi. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus amalan kamu, sedangkan kamu tidak menyedari."
Ustaz ada menceritakan kisah seorang sahabat nabi yang ada masalah pendengaran dan kebiasaan berbicara dengan nada yang kuat. Apabila turunnya ayat ini, dia merasakan ayat tersebut diturunkan kerananya. Kata Nabi  Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukan diturunkan kerananya. 

Akhlak ketiga (Ayat 6) - Siasat dahulu berita yang diterima 

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
Ustaz menjelaskan bahawa fasiq ialah keluar daripada syara'. Apakah akhlak seorang ahli Gerakan apabila berdepan dengan keadaan sedemikian? Dia hendaklah 'tabayun' iaitu menyiasat terlebih dahulu apakah berita tersebut benar ataupun sebaliknya. 

Akhlak terakhir (Ayat 9) - Damaikan dua mukmin yang berperang 

"Dan jika dua golongan daripada orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Maka jika salah satu daripada kedua-duanya berbuat aniaya terhadap yang lain, maka perangilah yang berbuat aniaya itu sehingga kembali kepada perintah Allah. Maka jika telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil. Dan hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."
 Ustaz ada menceritakan bahawa ajaibnya peluk seseorang boleh menyebabkan ikatan silaturrahim akan bertambah kuat antara satu dengan lain.

Acara pada malam ini diakhiri dengan mengisi perut. Seronok kan berusrah... :)

WalLahu A'lam.

Artikel berkaitan: 

Saturday, June 22, 2013

Awas! Anak-anak Anda Di Dalam Bahaya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Jaga ahli keluarga anda

Beberapa hari yang lalu terdapat satu laporan polis yang menyatakan gadis dirogol. Itulah padahnya apabila mudah dan murahnya gadis di zaman ini. Moga ianya tidak menimpa ahli keluarga kita semua. Ameen.

Kampung Bukit Parit adalah terletak di sebuah pedalaman. Sepuluh tahun yang lalu saya ada terdengar kes sebegini yang tidak sepatut saya catatkan di sini. Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Sampai bilakah perkara seperti ini menimpa umat Islam? Sama-samalah kita memikirkannya.

Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol


Posted on the June 20th, 2013 under Tempatan by admin

MARANG – Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. 

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. 

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. 

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. 

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Sumber: harian metro online; terpedaya cinta facebook gadis dirogol

Thursday, June 20, 2013

Isu Pasar Payang Hangatkan Dun Terengganu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Pasar Payang Warisan Terengganu

Daripada dahulu sampailah sekarang Payar Payang adalah merupakan destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong daripada luar Negeri Terengganu Darul Iman. Di Pasar Payang ini, para pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan basah dan kering dengan harga yang berpatutan. Di samping itu juga ada dijual pelbagai jenis pakaian, batik, sutera dan songket. Ada juga segelintir menamakan Pasar Payang sebagai Syurga batik, sutera dan songket. Wikipedia juga ada mencatatkan perihal Pasar Payang.

Sebelum daripada ini timbul isu Pasar Payang ini bakal dirobohkan. Hendak dibina apakah selepas dirobohkan?Yang pastinya jika dibina semula pasar di dalam bentuk yang lebih moden dan canggih yang pastinya rakyat dibebani dengan kos sewa yang agak mahal. Kesian rakyat Terengganu. Kesian kepada rakyat negeri saya di lahirkan.

Sidang DUN Terengganu bermula

Isu perobohan Pasar Payang ini telah hangat diperbahaskan. Semoga ianya menatijahkan yang terbaik buat rakyat Negeri Terengganu. InsyaAllah.

MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang

Hazayani Zakaria 
20 Jun 2013 

KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.

Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.

Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.

"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.

Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'

"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.

Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.

"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.

"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.

Sumber: harakahdaily; mb terengganu mengamuk isu pasar payang

Monday, June 17, 2013

Ustaz Nasruddin Hassan Bakal Menemui Hampir 90,000 Peminatnya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Pemimpin dekat di hati rakyat


Alhamdulillah. Pada hari ini kita dapat melihat telah ramai pimpinan Gerakan Islam Pas yang bersosial melalui laman-laman sosial, facebook, tweeter dan lain-lain. Antara kesan yang dapat kita lihat ialah pimpinan dekat di hati rakyat walaupun berjauhan beribu-ribu kilometer. Melalui laman-laman sosial rakyat dapat meluahkan kritikan serta pandangan kepada pimpinan.

Syabas kepada Ahli Parlimen Pas Temerloh yang juga Ketua Pemuda Pas kerana mampu untuk istiqamah berinteraksi dengan rakyat melalui medium ini. Semoga berterusan.

Ikuti luahan beliau sepanjang berinteraksi dengan rakyat melalui facebook beliau.

'Kekadang hati menangis kerana terhiris'

Harakahdaily, 17 Jun 2013 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan mengakui kadang-kadang hatinya terhiris dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan di ruangan komen di laman sosial facebooknya.

Berkongsi pengalamannya bersosial di alam maya hampir tiga tahun, beliau berkata, biarpun kritikan itu pedas dan tajam, namun dia suka untuk melihatnya dari sudut yang positif.

"Sungguhpun pada saat - saat tertentu, kritikan mereka membuatkan hati saya menangis sendirian kerana terhiris, namun saya tetap akan mengagahkan diri untuk mempelajari sesuatu dari kritikan tersebut," katanya dalam entri bertajuk "3 tahun sahaja" di akaun laman peminat facebooknya.

Bercerita lanjut, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sepanjang mengndalikan facebooknya sejak tiga tahun lalu pelbagai warna posting dan gaya status ditemuinya.

Baginya, ia mencerminkan rencamnya pemikiran manusia yang ada di dunia ini yang seharusnya diterima.

"Saya telah temui 1001 satu jenis dan kategori pemikiran manusia melalui komen, ulasan, kritikan, teguran, nasihat, sokongan, herdikan, cacian dan nista yang dihamburkan. Begitulah rencamnya pemikiran masyarakat diluar sana. Aneka karenah dan ragam pembaca yang melintas di laman sosial milik saya ini.

"Saya banyak mempelajarinya malah mengambil iktibar darinya. Meskipun saya tidak punya banyak masa untuk menjawab, tetapi paling tidak saya akan membaca keseluruhan komen dan bahagian yang paling saya suka ialah bahagian kritikan pedas dan keras," luahnya lagi.

Biarpun begitu, beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung samaada terdiri dari rakan-rakan seperjuangan mahupun "pengkritik tetap".

Malah katanya, ada sesetengah tindakan yang dibuat khususnya dalam dewan pemuda adalah hasil daripada komen-komen yang diterinya melalui facebook.

"Insyaallah, ada masa kelak dan mungkin di musim cuti sekolah akhir tahun ini, saya nak anjurkan gathering fan club saya yang terdiri dari sebahagian besar pengunjung facebook ini.

"Kita santai sambil beramah mesra meskipun berbeza latar politik dan akademik. Are you ready?," soalnya menutup coretan entri itu.

Untuk rekod, sehingga berita ini ditulis, laman peminat Nasrudin Hassan kini mempunyai sejumlah 89,405 peminat.

Sumber: harakahdaily; kekadang hati menangis kerana terhiris

Tindakan Tepat Kerajaan Mesir

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Putuskan hubungan langkah tepat

Isu Syria masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Yang terbaru ialah Kerajaan Mesir telah pun memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Syria. Bagaimana dengan negara-negara umat Islam yang lain? 

Mesir hentikan hubungan diplomatik dengan Syria



KAHERAH: Mesir menghentikan jalinan hubungan diplomatik dengan Syria dan turut mengarahkan Kedutaan Damsyik di Kaherah ditutup, demikian menurut Presiden Mesir, Mohammed Morsi hari ini.

Beliau turut memberitahu penyokongnya dalam satu perhimpunan hari ini bahawa kerajaan akan membawa keluar pegawai kedutaan daripada Kaherah di Damsyik.


Pada masa sama, Morsi turut menggesa pejuang Islam Lubnan, Hezbollah untuk meninggalkan Syria. - AP

Sumber: bharian; Mesir hentikan hubungan diplomatik dengan Syria

Saturday, June 15, 2013

Syria; Isu Bersama Umat Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Syria, you are not alone


Antara slogan pada perhimpunan aman semalam. Dengan menyertai perhimpunan aman tersebut semalam, merasakan itulah sumbangan kecil untuk menyatakan sokongan kepada umat Islam di Syria. Tahniah kepada yang hadir untuk memberikan sokongan kepada umat Islam Syria. Perhimpunan aman ini juga adalah tanda bantahan kita terhadap tindakan zalim kerajaan Syria Bashar Asa
ad.

Apabila isu melibatkan saudara kita umat Islam, kehadirannya tidaklah seramai perhimpunan-perhimpunan yang lain seperti Turun Harga Minyak dan Bersih. Kenapa ya? 

Lebih 1,000 sertai bantahan di Kedutaan Syria

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 umat Islam hari ini berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Syria, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad terhadap rakyat negara itu.

Bantahan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu turut disertai wakil NGO Islam serta hak asasi manusia yang turut sama membantah kekejaman berterusan di negara bergolak itu.

Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), NGO Muslim Care serta Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis).

Mengetuai bantahan itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Ketua Penerangan Pemuda Riduan Mohd Nor dan pimpinan serta exco dewan itu yang lain.

Sebelum itu, mereka berarak hampir dua kilometer dari Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Syria..

Biarpun cuaca ada ketikanya panas, para peserta himpunan aman itu tidak berganjak sementara menunggu enam wakil selesai menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria.

Malah, turut kelihatan menyertai himpunan solidariti itu juga bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga beberapa rakyat Syria ada ketikanya mendominasi perhimpunan dengan slogan perjuangan mereka.

Sementara itu, pada sidang media yang diadakan sejurus selesai urusan penyerahan memorandum, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan berkata kesal dengan tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum yang diserahkan mereka.

Malah, delegasi mereka juga tidak dibenarkan masuk.

"Memorandum ini antara lainnya membantah kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria terhadap penduduknya hampir tiga tahun.  Kita juga tidak mendapat satu sumber maklumat yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Syria. Malangnya, kita tidak dapat bertemu pada hari ini untuk emndapatkan gambaran sebenar.

"Tapi apa yang penting, banyak campur tangan dari kerajaan luar yang menyebabkan rakyat makin tertindas dan akhirnya menjadi pelarian. Justeru, kerajaan Syria perlu menolak campur tangan asing yang tidak membantu ke arah pendamain dan keamanan negara itu," tegas beliau.

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Rahman, berkata tindakan kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum bantahan itu menunjukkan sikap tidak demokratik negara itu dalam menangani isu sensitiviti semua pihak membabitkan rakyatnya sendiri.

Katanya, ia berbeza dengan sikap yang ditunjukkan kedutaan Turki di Malaysia yang turut menerima memorandum daripada delegasi berhubung pembinaan Taman Gezi, di Istanbul yang mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang menyebabkan ribuan rakyat mengadakan protes ke jalan raya.

Tegas Amidi, berdasarkan pertemuan dengan wakil Turki tadi, delegasi itu dimaklumkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, bertindak menemui para demonstran dan kemudiannya memulangkan isu taman tersebut ke mahkamah bagi memutuskan sama ada taman itu boleh dibina atau sebaliknya.

"Kami memuji sikap Perdana Menteri Turki yang sanggup turun berbincang dengan demonstran, bukan hanya mengadakan pembantaian semata-mata.  Sayangnya, ia tidak berlaku di kedutaan Syria yang bukan sahaja tidak mahu menerima memorandum kami, tetapi tidak membenarkan kami masuk ke kedutaan," tegas beliau.

Sementara itu, peserta himpunan bersurai kira-kira jam 3.35 petang tadi dengan suasana aman.

Sumber: harakahdaily: lebih 1,000 sertai bantahan di kedutaan syria

Penyakit Kagum Terhadap Diri

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Kuliah haraki mingguan

AlhamdulilLah pada hari Khamis yang yang telah lalu, saya dan sebahagian besar ahli Gerakan Islam Pas berkesempatan meneruskan pengajian kitab "Wabak Sepanjang Jalan". Ulama' yang mengisi ruang tersebut ialah Ustaz Dato' Nik Zawawi bin Salleh. Pada malam tersebut, beliau telah masuk kepada bab "I'jaabin Nafsi" iaitu kagum terhadap kebolehan diri sendiri.


Pada penghujung kuliah ada soalan yang berbunyi: "bagaimana pula dengan ahli Harakah Islamiyah yang kagum dengan pimpinan?

Maka jawab dato' Ustaz Nik Zawawi Salleh dalam kuliah haraki tersebut: "Kita dalam harakah islam kagum dengan dasar yang diperjuangkan oleh pimpinan dan bukannya kagum dengan batang tubuh individu itu sendiri"

Artikel yang lalu

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan I'jaabin Nafsi bolehlah kecatatan ibnu ibrahim: kagum terhadap diri sendiri

Wednesday, June 12, 2013

Makin Sohor UAI Lepas Ini

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Petisyen


Di Kelantan, khabarnya tempat-tempat yang bakal menghadapi dakwaan di mahkamah ialah Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai. Selepas Pru ke 13 baru-baru ini parti-parti politik masing-masing telah membuat analisa tempat manakah yang ada potensi untuk dibawa ke mahkamah. Hari ini saya agak terkejut apabila alasan yang kurang munasabah telah dijadikan alasan dibawa petisyen pilihanraya.

Makin tersohorlah Ustaz Azhar Idrus lepas ini. Moga anak-anak muda semakin ramai yang akan bersama dengan Parti Islam Se Malaysia. Insya Allah.

UAI antara alasan BN fail petisyen

Wartawan Sinar Harian
12 Jun 2013

KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.

Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.

BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.

Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.

Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.

Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya’kub.

Sumber: sinarharian; uai antara alasan bn fail petisyen

Tuesday, June 11, 2013

Wanita Dirogol Sehari-hari, Di Mana Umat Islam?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Mereka dihina, dimana Umat Islam?

Mereka golongan yang lemah. Mereka adalah wanita. Mereka ditangkap kemudian dirogol serta diseksa dengan kejam. Akhirnya mereka dibuang seperti sampah. Inilah nasib yang menimpa umat Islam di Syria sana. Ya Allah Engkau muliakanlah mereka di sisiMu walaupun dihina sedemikian rupa di dunia. Allahu Rabbi. Hanya Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa atas sesuatu.


 Wanita Syria dihina dan di mana Umat Islam?

Beginilah nasib ribuan wanita Syria sehari-harian. Kebanyakan mereka akan ditangkap oleh rejim Basyar dan pakatannya.

Ketika ditangkap, mereka akan dirogol dan diseksa secara kejam. Selepas itu mereka akan dibunuh dan ditinggalkan di jalanan Syria.

Mereka menghina wanita Sunni sedemikian rupa. Apa perasaan dan tindakan kita?


Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria 

Lebih 400,000 Kilogram Ikan Mati

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Ikan mati serentak dalam kuantiti yang banyak


Hampir 400,000 kilogram ikan di Chengdu mati secara mengejut. Banyak tu. Ikan-ikan tersebut dibela di dalam 55 buah kolam di daerah Xinjin.

Ikuti berita penuh tersebut.

Lebih 400 tan ikan mati mengejut

CHENGDU - Penternak-penternak di daerah Xinjin dekat sini terkejut apabila mendapati ikan yang diternak di dalam kolam mati dengan mengejut.

Lebih 400 tan ikan air tawar yang diternak di dalam 55 buah kolam ikan itu ditemui mati pada pagi Sabtu lalu di daerah Xinjin. 

Kematian misteri itu masih disiasat pentadbiran perlindungan alam sekitar tempatan.
Menurut pihak berkuasa berkenaan, siasatan awal mendapati tiada pencemaran industri ditemui di dalam semua kolam berkenaan. 

Namun, media tempatan melaporkan bahawa kematian misteri ikan itu berpunca daripada kekurangan oksigen di sebatang sungai yang menjadi sumber air kolam-kolam berkenaan. - Reuters

Monday, June 10, 2013

Minyak di Kelantan?


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Rezeki Negeri Kelantan

(Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan)
Rakyat Negeri Kelantan sepatutnya melahirkan rasa bersyukur dengan penemuan 'minyak' ini kepada Tuhan Pencipta 'Alam di atas ni'mat kurniaanNya.  

Penemuan 'minyak' di Tumpat, R hantar sampel untuk kajian

Harakahdaily 29 Mei 201 

TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.

Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.

(Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan)

Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Sebelum ini mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa.

Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan perkara mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.

Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh Petronas, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri. Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333 dengan usaha sama Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari.

Sekiranya beliau tidak melaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan negeri mereka sendiri.

Sumber: harakahdaily - penemuan minyak di tumpat

Ini Cerita Benar

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Rejab meninggalkan pergi



Hari ini adalah merupakan 1 Syaaban 1434H. Ini bermakna Rejab sudah pun meninggalkan pergi. Dan ini juga bermakna tinggal 30 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut 1 Ramadhan 1434H. Seluruh umat Islam akan berpuasa selama sebulan.

Sebulan yang lepas iaitu pada Bulan Rejab, sambutan Isra' dan Mi'raj adalah sinonim dengan umat Islam. Peristiwa ini adalah untuk menguji sejauh mana umat Islam yaqin dengan sebenar-benarnya akan peristiwa ini. Peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah merupakan cerita benar dan bukannya cerita dongeng. Dengan sambutan tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan umat Islam kepada RasululLah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Pengajaran

Di antara pengajaran kepada umat Islam ialah solat mula diperintahkan kepada umat Islam. Di dalam peristiwa ini juga diperlihatkan tentang 'azab-'azab yang akan dikenakan kepada perempuan-perempuan yang meringankan tuntutan menutup 'aurat. Akan tetapi sejauhmana kah keberkesanan sambutan ini di dalam masyarakat pada hari ini?

Di antara lain Allah mentaqdirkan peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah untuk menghiburkan Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang ditimpa kedukaan ketika itu. Ikuti kupasan'ilmiah Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman tentang peristiwa tersebut.

dr. basit: isra' dan mi'raj dari sudut al-quran dan as-sunnah 

Artikel lain tulisan Ustaz Idris Ahmad: idrisahmad-isra' mi'raj ujian teladan kepada pejuang islam

Syria Tanpa Pembelaan

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Umat Islam masih ditindas di Syria


Apakah kesudahan keadaan umat Islam di Syria? Apa yang nyata kita lihat ialah umat Islam di sana masih di tindas. Di sana masih lagi berlakunya pertembungan di antara anggota militia Syiah Hizbullah (baca Hizbus Syaitan) dengan tentera Mujahidin Syria. Sehingga kini dunia masih lagi memandang penindasan umat Islam dengan sebelah mata.

Di manakah PBB dan OIC? Adakah mereka merasakan isu ini menyeronokkan mereka tanpa mereka tidak melakukan apa-apa? Sehingga kini ribuan umat Islam telah mati tanpa pembelaan. Semoga Allahu Subhanahu Wata'ala menurunkan bala tenteranya untuk menolong umat Islam di sana. InsyaAllah. Doakan mereka.

Hari Untuk Syria

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".
Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria.
Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.
Sumber: facebook rakyat malaysia bersama revolusi syria

Friday, June 7, 2013

Keadaan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Terkini dari Kedah

Semoga beliau cepat pulih.. InsyaAllah.
[TERKINI]

Telah sebulan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menerima rawatan.

Petang tadi telah menjalani pemeriksaan bahagian dalaman dan rawatan serta pembedahan kecil mengubah kedudukan tiup saluran makanannya oleh doktor-doktor pakar. Urusan tersebut selesai sekitar jam 6:20 petang.

Keadaan beliau nampaknya semakin bertambah baik berbanding sebelum-sebelum ini. Tetapi, kelihatan seperti keletihan lantaran terbaring terlalu lama.

Beliau kerap berada dalam keadaan lali disebabkan kesan suntikan ubat dan antibiotik yang diberikan padanya. Namun, bibirnya dilihat tersusun menutur sesuatu berulang-ulang di mana mungkin beliau sedang berzikir. Sekali sekala beliau dilihat berusaha mengangkat tangannya seolah-olah sedang berdoa.

Marilah sama-sama kita terus berdoa untuknya.

Mesej dari: Harakah Kedah
Sumber: facebook: dewan pemuda pas kedah