Sunday, February 13, 2011

Yang Mana Satu Lebih Diingati?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Antara Dua Sambutan; Mulia atau Keji

Lazimnya pemuda-pemudi lebih alert dengan Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentines Day daripada Maulidur Rasul. Persoalannya kenapakah perkara ini berlaku di dalam sebuah negara yang digembar-gemburkan sebuah Negara Islam?

Jawapannya adalah penghayatan Islam tidak dihayati sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Tambahan pula golongan muda dileka dan dihidangkan dengan budaya hiburan setiap hari. Dari pada pejam mata sehinggalah celik mata. Bangun sahaja daripada tidur, sambil menjamah jemput-jemput mata memandang televisyen yang sedang menyiarkan rancangan hiburan pagi. Itulah natijahnya remaja yang ada pada hari ini.

Jika ditanya kepada golongan remaja apakah peristiwa yang kamu tahu bakal berlaku dalam masa terdekat ini? Saya percaya dan yakin bahawa majoriti yang akan menjawab: "Valentines Day". Sedih melihat fenomena yang melanda. Sedangkan sebagai remaja Islam sepatutnya dia menjawab "Sambutan Maulidur Rasul". Tanggal 14hb Februari setiap tahun media-media menmpromosikan secara besar-besaran sambutan Valentines Day. Yang sedihnya pada malam sambutan akan berlakulah 'aktiviti meraikan kekasih'.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa apabila dua anak adam yang berlainan jantina bertemu maka akan ada yang ketiga iaitu syaitan laknatullah. Maka tidak mustahil akan berlakulah perbuatan yang keji dan terkutuk iaitu zina. Wal I'ya Zubillah. Remaja sepatutnya lebih awal mengetahui akan sejarah bagaimana ber sambutan Valentines Day

Sejarah Valentine

Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama Nasrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II memandang para pemuda yang bujang adalah lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah berkahwin yang sejak awal lagi menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sehingga akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan puteri seorang penjaga penjara yang sedang diserang penyakit. Ia mengubatinya sehingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kad yang bertulis "Dari yang tulus cintanya, Valentine." Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama Nasrani (Kristian) bersama 46 kerabatnya.

Versi ketiga menyebutkan ketika agama Nasrani tersebar di Eropah dan di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul pada setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya diambil akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kad yang bertuliskan "dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kad ini." Akibat sukarnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan menggantikan kalimat "dengan nama tuhan Ibu" dengan kalimat " dengan nama Pendeta Valentine" sehingga mampu mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nasrani.

Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, tuhan perdagangan, kefasihan, kemungkaran dan pencurian, dan Jupiter, tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab tuhan-tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih, maka disebabkan itu ia dihukum mati. Maha Tinggi Allah dari apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim tersebut. Bahkan saat ini beredar kad-kad perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengelilingi gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya itu merupakan lambang tuhan cinta bagi orang-orang Romawi!!!

Hukum Valentine

Keinginan untuk taqlid atau mengikut memang ada dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikirannya. Apalagi bila mengikuti dalam perkara akidah, ibadah, syi'ar dan kebiasaan. Padahal Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang untuk mengikuti tata cara peribadatan selain Islam: "Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (HR. At-Tirmidzi). Apabila merayakannya dengan niat untuk mengenang kembali Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa ia telah kafir, adapun bila ia tidak bermaksud demikian maka ia telah melakukan suatu kemungkaran yang besar.

Sebenarnya banyak lagi sambuatan lain yang boleh dilakukan antaranya Sambutan Hari Ibu dan Bapa. Tetapi kedua-dua sambutan ini tidak hanya disambut pada tibanya hari tersebut malah ianya hendaklah disambut dan diraikan pada setiap hari dan ketika. Sambutan-sambutan seperti ini adalah lebih bermakna berbanding dengan sambutan Hari Kekasih yang boleh mengundang 1001 kemungkinan. Maka kembalilah kita kepada Islam yang sebenar dan syumul. Pasti kita akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Saturday, February 12, 2011

Ramainya isteri..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Kahwin ramai dan paling digemari lelaki

Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isteri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Di antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.

Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak ku cerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….

Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?

Doctor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”

Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.

“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”

Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.

“Darling, abang akan pergi selamanya…”
“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.
Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.
“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.

Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.

“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”

Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.

Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.

“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.

“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”

“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”

“Dengan lancar?”

“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”

“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”

“Apa masalahnya, bang?”

“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”

Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti. Tiba-tiba….”Assalamualaiku, bang.”

Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.

“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti.

Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.

“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.

Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abnag di alam kubur!”

Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.

Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan diri kita. Kitalah yang punya empat ‘isteri’. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.

Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?

http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1899&mode=thread&order=0

Thursday, February 10, 2011

Awas Situasi Seperti Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

If The Prophet Mohammad P.B.U.H. were Among Us

Hasil carian di google saya terjumpa satu filem pendek yang mengisahkan bagaimanakah tindakan seseorang apabila diuji. Jom. kita saksikan.

If The Prophet Mohammad P.B.U.H. were Among Us

Situasi 1

Teringat satu situasi di mana saya dan seorang kawan terserempak dengan 2 orang perempuan yang salah seorang daripadanya memakai tudung rambut (sebab bukan jilbab) dan memakai 'seluar fit' daripada peha sampailah ke buku lali. Astaghfirullah hal a'dzim.. Dahsyat keadaan umatmu ya Nabi.

Apabila menghampiri kami, saya langsung berniat untuk memerlinya. Dan saya merasakan itulah yang terbaik untuk saya lakukan ketika itu. Dialognya lebih kurang begini. Mungkin perasaan marah saya menyebabkan itulah yang keluar daripada mulut.

Abuaiman: Baik telanjang kak..

Selang beberapa langkah perempuan melepasi kami, saya mendengar jawapan perempuan tersebut. Lantas saya bertanya kepada kawan saya untuk penjelasan sebab saya kurang pasti apa yang dijawab perempuan tersebut.

Perempuan tu: Bukannya aku pakai pitih mung. (Saya tidaklah mengharapkan responnya)

Masya Allah. Begitu jawapannya. Selepas peristiwa tersebut saya merujuk kepada seorang ustaz dan saya mengakui bahawa tindakan sepatutnya bukan begitu. Beliau menyarankan supaya pergi mendekati dan menerangkannya. Seringkali bermain di fikiran "tidak sampai kah seruan Islam yang menyuruh menutup aurat"?

Situasi II

Pernah saya menegur perempuan yang berselendang rambut yang membiarkan rambutnya terkeluar. Daripada reaksinya semcam terkejut dengan teguran saya. Mungkin saya ni makhluk yang aneh baginya.

Bagaimanakah keadaannya jika kita bertanya kepada kedua-dua situasi di atas seperti yang di tanya di dalam filem pendek tersebut?

Wednesday, February 9, 2011

Kagum terhadap diri sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

I'jaabin Nafsi

Kagum dengan diri sendiri juga merupakan satu lagi penyakit yang melanda diri para penda'wah atau pejuang Islam. Kagum dengan kelebihan yang ada telah menafikan sifat zuhud yang sepatutnya ada pada diri seorang pejuang Islam. Sebagai ingatan kepada diri dan orang lain..

Kagum terhadap diri sendiri

- Al-I’jab bin nafsi atau terpesona dengan diri sendiri ialah suatu kegembiraan dengan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perkataan atau perbuatan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.

- Sekiranya perasaan terpesona tadi menyentuh dan menyinggung orang lain dalam bentuk penghinaan ke atas peribadi mereka di samping dia mengecilkan apa yang mereka lakukan, dikira al-ghurur atau terlalu mengkagumi diri sendiri. Sekiranya telah menyentuh perasaan orang lain dalam bentuk penghinaan peribadi mereka juga meninggikan dirinya ke atas mereka ianya dinamakan al-takabur atau begitu mengkagumi dirinya.

Antara sebab-sebabnya ialah:-
1. Dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang bersifat demikian.
2. Selalu dipuji di hadapannya.
3. Bersahabat dengan mereka-mereka yang bersifat demikian.
4. Hanya menerima ni’mat tanpa mengingati pemberi ni’mat.
5. Berada di saf hadapan sebelum matang dan sebelum mengikut tarbiyah yang cukup.
6. Tidak memahami hakikat jiwa manusia.
7. Berasal dari keturunan yang mulia.
8. Mendapat penghormatan yang berlebihan.
9. Dia diberi ketaatan yang keterlaluan.
10. Tidak mengetahui a’kibat buruk daripada penyakit itu.

Kesan penyakit ini kepada para petugas gerakan
1. Dia terjebak dengan rasa takabur dan sombong.
2. Tidak mendapat taufiq daripada Ilahi.
3. Tewas di dalam menghadapi ujian dan cabaran.
4. Tidak disenangi oleh orang lain.
5. Hukuman daripada Allah Azzawajalla sama ada dalam waktu dekat atau jarak masa yang jauh.

Kesan penyakit itu terhadap Gerakan Islam
1. Terdedah kepada kehancuran dan kemusnahan.
2. Sukar memperolehi sokongan dan pengikut.

Tanda-tanda penyakit itu
1. Suka memuji diri.
2. Tidak suka menerima nasihat dan pandangan orang lain.
3. Bergembira apabila mendengar kesilapan dan salah laku orang lain.

Tuesday, February 8, 2011

Melahirkan Nuqaba' Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Nuqaba' yang berkesan mewujudkan bi'ah solehah

Tepat jam 12.30pm sebentar tadi maka berakhirlah satu program Kursus Nuqaba' anjuran Lajnah Tarbiyah MPM Kudqi. Selama 3 tiga hari 2 malam kami bermukim di Bukit Kecil, Kuala Terengganu untuk melaksanakan kursus ini. Seramai 20 lebih nuqaba' muslimin dan muslimat yang meghadiri kursus ini. Kursus yang meliputi 5 Kuliah Dasar, 4 Bengkel dan 2 Modul ini bertujuan sebagai persediaan sebagai nuqaba' yang berkesan.

Dengan berakhirnya program kursus nuqaba' ini mudah-mudahan semua peserta yang terlibat dapat menggunakan sepenuhnya ilmu yang diperolehi demi memastikan agenda perubahan dapat berjalan dengan lancar dan tersusun.

Tugas yang mencabar menanti

Para nuqaba' akan berdepan dengan pelbagai ragam anak usrah. Akan ada anak usrah yang agak culas dengan usrah, akan ada anak usrah yang suka membuat lawak sehinggakan mengganggu perjalanan usrah dan lain-lain. Semuanya ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai nuqaba' yang memiliki pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada maka segala permasalahan yang wujud akan dapat diatasi. InsyaAllah.

Sebagai Ketua Fasi

Sekali lagi saya diamanahkan sebagai Ketua Fasi untuk program Kursus Nuqaba'. Berbekalkan dengan pengalaman yang ada maka dapatlah saya mengendalikan sesi bengkel dan sesi modul dengan baik. Di samping wujud juga kelemahan-kelemahan pada diri sepanjang mengendalikan kedua-dua sesi tersebut.

Antara Modul yang dijalankan ialah:
1. Teknik Pengendalian Usrah
2. Debat

Antara Bengkel yang dijalankan ialah:
1. Peranan Nuqaba' (Menjadi Nuqaba' Berkesan)
2. Antara Uswah dan Qudwah Hasanah
3. Memahami Fiqh al-Awlawiyyat

Sunday, February 6, 2011

Terkini di Mesir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Situasi terkini rusuhan di Mesir

Semoga selamat semuanya.

kisis mesir-protes kembali dengan puluhan ribu hadir
http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3018:kisis-mesir-protes-kembali-dengan-puluhan-ribu-hadir&catid=50:internasional

Pelajar yang sampai boleh tinggal sementara di Universiti Putra Malaysia
http://www.medicmesir.com/2011/02/pelajar-yang-sampai-boleh-tinggal.html

mesir beransur pulih
http://www.medicmesir.com/2011/02/mesir-beransur-pulih.html

perkembangan terkini pelajar malaysia
http://idhamlim.blogspot.com/2011/02/perkembangan-terkini-pelajar-malaysia.html

isu semasa/berita-terkini di mesir
http://www.kujie2.com/isu-semasa/berita-terkini-di-mesir.html

Egypt reform promises doubted
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2011/02/201126131743308918.html

laporan khas terkini di-mesir
http://rmf7.wordpress.com/2011/02/05/laporan-khas-terkini-di-mesir/

gambar terkini rusuhan di mesir
http://ohbayu.com/gambar-terkini-rusuhan-di-mesir/

mesir terkini 7 pelajar malaysia ditahan di mesir
http://www.ar-rifke.com/2011/02/mesir-terkini-tujuh-pelajar-malaysia-ditahan-di-mesir.html