Wednesday, February 9, 2011

Kagum terhadap diri sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

I'jaabin Nafsi

Kagum dengan diri sendiri juga merupakan satu lagi penyakit yang melanda diri para penda'wah atau pejuang Islam. Kagum dengan kelebihan yang ada telah menafikan sifat zuhud yang sepatutnya ada pada diri seorang pejuang Islam. Sebagai ingatan kepada diri dan orang lain..

Kagum terhadap diri sendiri

- Al-I’jab bin nafsi atau terpesona dengan diri sendiri ialah suatu kegembiraan dengan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perkataan atau perbuatan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.

- Sekiranya perasaan terpesona tadi menyentuh dan menyinggung orang lain dalam bentuk penghinaan ke atas peribadi mereka di samping dia mengecilkan apa yang mereka lakukan, dikira al-ghurur atau terlalu mengkagumi diri sendiri. Sekiranya telah menyentuh perasaan orang lain dalam bentuk penghinaan peribadi mereka juga meninggikan dirinya ke atas mereka ianya dinamakan al-takabur atau begitu mengkagumi dirinya.

Antara sebab-sebabnya ialah:-
1. Dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang bersifat demikian.
2. Selalu dipuji di hadapannya.
3. Bersahabat dengan mereka-mereka yang bersifat demikian.
4. Hanya menerima ni’mat tanpa mengingati pemberi ni’mat.
5. Berada di saf hadapan sebelum matang dan sebelum mengikut tarbiyah yang cukup.
6. Tidak memahami hakikat jiwa manusia.
7. Berasal dari keturunan yang mulia.
8. Mendapat penghormatan yang berlebihan.
9. Dia diberi ketaatan yang keterlaluan.
10. Tidak mengetahui a’kibat buruk daripada penyakit itu.

Kesan penyakit ini kepada para petugas gerakan
1. Dia terjebak dengan rasa takabur dan sombong.
2. Tidak mendapat taufiq daripada Ilahi.
3. Tewas di dalam menghadapi ujian dan cabaran.
4. Tidak disenangi oleh orang lain.
5. Hukuman daripada Allah Azzawajalla sama ada dalam waktu dekat atau jarak masa yang jauh.

Kesan penyakit itu terhadap Gerakan Islam
1. Terdedah kepada kehancuran dan kemusnahan.
2. Sukar memperolehi sokongan dan pengikut.

Tanda-tanda penyakit itu
1. Suka memuji diri.
2. Tidak suka menerima nasihat dan pandangan orang lain.
3. Bergembira apabila mendengar kesilapan dan salah laku orang lain.

No comments:

Post a Comment