Tuesday, August 16, 2011

Meminum Air Ketika Perut Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Pentingnya menjaga kesihatan

Antara salah satu pesanan As-syahid Imam Hassan kepada seluruh umat Islam ialah menjaga kesihatan. Ini amat penting bagi kelangsungan da’wah dan memastikan tugas da’wah serta jihad tidak mendapat halangan kesihatan mahupun tergendala. Dengan kata lain supaya tugas-tugas melakukan da’wah dan jihad berterusan sehingga ke akhir zaman.

Hari ini, amalan meminum air suam sejurus selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi adalah sangat popular di kalangan masyarakat Jepun. Di samping itu, satu ujian saintifik telah dilakukan untuk membuktikan perkara ini. Di sini diterangkan cara penggunaan air kepada semua pengunjung. Telah didapati bahawa masyarkat Jepun telah berjaya menjadikan amalan ini sebagai satu kaedah perubatan kepada golongan tua dan golongan yang berpenyakit serius. Ini terbukti 100% keberkesanannya.

Antara penyakit lain boleh diubati dengan melakukan amalan ini ialah sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, arthritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan yang berlebihan, asma, bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

Caranya ialah:-

1. Selepas bangun pada waktu pagi, sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.
5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat hingga 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit dan boleh menikmati kehidupan yang sihat.

Berikut disenaraikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi - 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes - 30 hari
4. Sembelit - 10 hari
5. Kanser - 180 hari
6. TB - 90 hari
7. Pesakit arthritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 - harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita terus menjadikan prosedur ini sebagai kerja-kerja rutin dalam kehidupan.

Meminum air dan kekal sihat serta aktif.

Artikel ini bukan sahaja berkenaan dengan meminum air suam selepas pengambilan makanan, bahkan berkenaan wanita dan serangan jantung mereka.

Masyarakat Cina dan Jepun meminum teh panas bersama pengambilan makanan mereka dan bukannya air sejuk. Mungkin ini adalah masa untuk kita mengubah tabiat meminum air sejuk semasa makan. Kita tidak akan rugi malah mendapat banyak manfaat darinya.

Fakta ini sangat berguna kepada penggemar minuman sejuk. Sememangnya sangat sedap meni’mati segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan menguatkan bahan berminyak yang anda baru sahaja makan. Keadaan ini akan melambatkan pencernaan.

Setelah itu, "enap cemar" bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.

Lama-kelamaan, ia akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Cara yang terbaik adalah meminum sup panas atau air suam selepas makan.

Sunday, August 14, 2011

Terima kasih di atas sumbangan kalian..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Melanjutkan pengajian

Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan hidayah yang tidak terhingga. hari ini kita semua diberikan kesempatan memasuki hari ke 14 di bulan ramadhan. Semoga kita semua dapat meneruskan berpuasa hingga ke akhirnya dan diberikan kesempatan untuk berjumpa di ramadhan akan datang. Insya Allah.

Setelah beberapa tahun diri ini merantau ke tempat orang, diri ini merasakan banyak kekosongan yang melanda diri. Maka ekoran daripada itu, saya dan isteri telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama pulak. Kami pun membuat keputusan untuk ke Yaman pada 1997. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk menuntut kedua-dua ilmu. Satu ilmu yang menyentuh hal-hal keduniaan di universiti tempatan. Saya di UTM manakala isteri di UPM. Manakala ilmu yang satu lagi ialah ilmu yang menyentuh hal-hal keagamaan. Di sini saya juga menyeru agar teman-teman yang sudi membaca blog ini mengambil peluang keemasan seperti ini jika diberikan kesempatan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala.

Sumbangan individu dan syarikat

Sebelum bertolak, saya juga sempat menanyakan kepada teman-teman yang lain tempat-tempat yang sesuai untuk pergi. Ada yang menyarankan ke Syria, Yaman dan juga KUDQI (Terengganu). Alhamdulillah Allah dorongkan kami ke Yaman setelah berurusan dengan sahabat yang sudah berada di sana ketika itu. Syukran ya akhi kerana banyak membantu.. Begitu juga sahabat-sahabat yang banyak membantu dari sudut kewangan. Banyak tempat juga saya mengikuti ustaz-ustaz yang memberikan kuliah untuk meminta sumbangan daripada orang ramai..

Di samping itu saya juga membuat surat untuk memohon sumbangan daripada individu-individu dan syarikat-syarikat. Ada yang sudi memberi dan ada yang tidak. Kepada yang sudi untuk menghulurkan sumbangan hatta rm 10.00, jika sekiranya ia adalah ikhlas ianya dikiranya suatu amalan yang cukup besar di sisi Allahu Subhanahu Wa Taala. Di kesempatan ini saya hendak mengucapkan syukran jazilan kathiran kepada semua yang memberikan sumbangan dari segi moral dan juga wang ringgit.

Jasa kalian cukup besar kerana membantu hambaNya mencari ilmu dalam bidang agama..ini menyahut seruan Tuhan ayat 122 surah At-Taubah yang bermaksud “Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka,mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.)( at-Taubah:122)

Huraian lanjut berkenaan dengan ayat 122 Surat at-Taubah boleh dilihat di tafsir surah at-taubah

Ibnu Ibrahim.

Tuesday, August 2, 2011

PARAM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Belasungkawa

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memberikan sedekah al-Fatihah buat insan-insan yang hebat ini kerana pergi menemui Sang Pencipta. Semoga rohnya ditempatkan bersama para sollihin. Insya Allah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah. Insan-insan tersebut ialah:-
1. En. Ahmad Izzudin Abdullah, bekas boss ketika saya bertugas sebagai Penolong Juru Ukur Bahan selama 2 tahun di AIA Assocites.

2. Cikgu Radhi, seorang pimpinan PAS di Gombak ketika saya bersama teman-teman para Pemuda PAS Gombak selama 6 tahun di Gombak.

3. Dr. Lo'lo, seorang pimpinan Muslimat PAS yang istiqamah dalam perjuangan. Saya dan zaujah pernah berurusan dengan beliau ketika beliau bertugas di Hospital Kohilal.

Menyuburkan kembali ladang

Fuh...fuh.. habis berabuk opis alam mayaku ini. Apa khabar semua teman pengunjung sekalian? Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah hari ni semua umat Islam menyambut 2 Ramadhan. Ramadhan Kareem buat semua. Sebenarnya selama 2 bulan blog ini kosong tanpa berita sebenarnya disebabkan tuan punya ladang ini mengahadapi masalah kesihatan. Periksa akhir semester pun saya terpaksa tangguh. Huhu orang lain dah siap sedia menerima Diploma dah. Saya masih belum mengetahui lagi apa keputusannya. Doakan saya bersama teman seperjuangan lain agar dapat naik ke pentas bersama. Insya Allah.

PARAM sudah kembali

Semalam saya berpeluang untuk meninjau keadaan PARAM. Kalau diikutkan hati, saya ni bukannya suka sangat membeli juadah berbuka puasa di pasar. Lagi pula kalau pasar tersebut ramai pengunjungnya. Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pun tidak suka untuk ke pasar. Baginda juga menyarankan agar kita membaca doa sebelum memasuki pasar. Saya pergi semalam pun untuk membeli sedikit juadah terutamanya air soya. Teman-teman tahu apa itu PARAM? Hehe kami ketika di alam kampus UTM suatu ketika dahulu mengenali Pasar Ramadhan dengan nama PARAM. Macam nama India plak. Ntahlah. Ringkas punya pasal. Terkejut beruk saya dibuatnya apabila melihat lautan manusia mengambil kesempatan memeriahkan PARAM. Kemungkinan ada yang datang hendak membeli dan ada yang mengambil kesempatan menjamah mata.. Fuh semangat.

Saya menyarankan agar rakyat Malaysia berfikir 2 kali untuk ke pasar. Ini kerana banyak sangat mudharatnya. Ye lah bila dah ramai tu maka terpaksalah berhimpit-himpit melalui gerai-gerai makanan. Yang datang tu pulak datang dengan pelbagai fesyen. Ish sakit mata dibueknya. Kalau teringin sangat hendak pergi tu, pergilah seawal mungkin iaitu dalam pukul 5.00 petang untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan kita sakit mata. Apa yang menjadi kerisauan ialah takut definisi bulan Ramadhan ditafsirkan menjadi bulan mencari rezeki dan bulan memperabih duit. Akhirnya semoga menjadi ingatan kita semua agar sentiasa berpada-pada membeli juadah untuk berbuka puasa. Dengan kata lain ber'wasatiah' atau bersederhana untuk mengelakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitan.

Akhirnya selamat menjalani ibadah puasa dan sempat berjumpa di Ramadhan tahun depan. Insya Allah.

Ramadhan Kareem.
Ibnu Ibrahim.