Kepemimpinan Gerakan Islam Pas

Alhamdulillah. Sekarang ini kepemimpinan ulama' masih lagi menerajui tampuk kepimpinan Pas Pusat. Kepimpinan ulama' yang diasaskan pada tahun 1982-an itu berterusan sehinggalah ke saat ini. Dengan harapan ianya terus kekal pada masa-masa yang akan datang. Pada saya biarlah orang yang faqeh dalam bidang agama menerajui pucuk pimpinan agar perjalanan Gerakan Islam Pas selari dengan tuntutan Islam.
Perlukan gandingan mantap
Ya, saya sangat bersetuju dan semestinya bersertuju dengan tulisan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat iaitu al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang terbaru iaitu Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini. Beliau ada menulisnya di dalam facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/ustaztantawi.
Kupasan beliau yang panjang lebar serta padat itu secara kesimpulannya adalah betapa perlunya gandingan ulama', aktivis dan profesional. Saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Golongan ulama' sudah semestinya mahir dalam bidang keagamaan, fiqh (hukum-hakam) berkaitan kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan dengan negara-negara lain. Aktivis pula dekat dengan masyarakat dan kepakaran aktivis parti adalah berkomunikasi dengan masyarakat bawahan. Manakala golongan profesional pula sudah semestinya mahir dalam bidang pengurusan dan perkara teknikal.
Akhirnya jika sekiranya gandingan mantap ini dapat diterjemahkan semaksimum yang mungkin di dalam Gerakan Islam Pas, maka Islam akan terus mendapat tempat di hati masyarakat. InsyaAllah.
WalLahu A'lam.
Ibnu Ibrahim.
No comments:
Post a Comment