Tuesday, June 25, 2013

Seronok Berusrah Malam Ini

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Malam yang terisi


AlhamdulilLah. Seperti biasa pada setiap minggu, Isnin malam Selasa kami terisi dengan pengisian usrah. Apa itu usrah? Usrah dalam bahasa 'arab ialah keluarga. Dalam erti kata lain ialah "pertemuan berorientasikan ukhuwwah". Usrah bukan hanya mendengar kupasan kitab-kitab malah kami juga mengadakan usrah di dalam bentuk makan-makan, mandi-manda, main bowling dan pelbagai bentuk yang lain lagi. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membentuk kefahaman dan ukhuwwah di kalangan anggota Gerakan Islam.

AlhamdulilLah, baru sebentar tadi kami telah dihidangkan dengan taujihat, mau'izzah dan mutiara yang sangat berguna kepada seluruh pejuang islam. AlhamdulilLah kelihatannya ramai anak-anak muda bersama program Usrah Gabungan (UG) pemuda pada malam ini. UG pada malam ini berkisar kepada akhlak seorang pejuang Islam. Pengisian pada malam ini ialah daripada Naib Yang Di Pertua Pas Gombak iaitu al-fadhil Ustaz Kamalulhysham (Farhan).

Ustaz menghuraikan ayat-ayat daripada Surah al-Hujurat: Ayat 1, Ayat 2, Ayat 6 dan Ayat 9. Ustaz memulakan bicaranya dengan menghuraikan secara ringkas pengenalan. Hujurat dengan makna bilik-bilik Isteri-isteri Nabi. Surah ini diturunkan di Madinah.

Akhlak ahli Gerakan Islam Pas 

Seterusnya ustaz memulakan bicaranya. 

Akhlak pertama (Ayat 1) - Janganlah mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah.

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’(Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)."

Di dalam ayat ini ustaz menjelaskan bahawa janganlah seseorang bertindak mendahului Allahu Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya di dalam apa jua perkara.
 
Akhlak kedua (Ayat 2) - Janganlah kamu meninggikan suara di depan Nabi. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus amalan kamu, sedangkan kamu tidak menyedari."
Ustaz ada menceritakan kisah seorang sahabat nabi yang ada masalah pendengaran dan kebiasaan berbicara dengan nada yang kuat. Apabila turunnya ayat ini, dia merasakan ayat tersebut diturunkan kerananya. Kata Nabi  Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukan diturunkan kerananya. 

Akhlak ketiga (Ayat 6) - Siasat dahulu berita yang diterima 

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
Ustaz menjelaskan bahawa fasiq ialah keluar daripada syara'. Apakah akhlak seorang ahli Gerakan apabila berdepan dengan keadaan sedemikian? Dia hendaklah 'tabayun' iaitu menyiasat terlebih dahulu apakah berita tersebut benar ataupun sebaliknya. 

Akhlak terakhir (Ayat 9) - Damaikan dua mukmin yang berperang 

"Dan jika dua golongan daripada orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Maka jika salah satu daripada kedua-duanya berbuat aniaya terhadap yang lain, maka perangilah yang berbuat aniaya itu sehingga kembali kepada perintah Allah. Maka jika telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil. Dan hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."
 Ustaz ada menceritakan bahawa ajaibnya peluk seseorang boleh menyebabkan ikatan silaturrahim akan bertambah kuat antara satu dengan lain.

Acara pada malam ini diakhiri dengan mengisi perut. Seronok kan berusrah... :)

WalLahu A'lam.

Artikel berkaitan: 

No comments:

Post a Comment