Thursday, June 6, 2013

Ribut Tidak Akan Menggoyahkan Gerakan Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Jemaah Islam

Mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam Gerakan Islam Pas hari ini sedikit sebanyak telah melahirkan perasaan yang kurang senang di kalangan penyokong dan pendokong. Isunya tidaklah terlalu rumit untuk difahami. Cumanya kemungkinan ada sedikit teknikal yang menyebabkan para penyokong sukar memahaminya secara mendalam dan tepat. Apabila berlakunya sedikit ribut, ada penyokong yang tenang dan ada penyokong yang cepat melatah. Sifat para pejuang Islam ialah ianya hanya mudah menerima dengan tenang sesuatu isu yang melanda. Setelah menerima, dia berfikir dengan iman akhirnya menerima dengan baik.

Segalanya bermula apabila kemenangan total tidak berpihak kepada Gerakan Islam Pas serta Pakatan Rakyat di dalam Pru ke 13 baru-baru ini. Ada yang menerima dengan tenang keputusan tersebut dan ada yang tidak boleh menerima langsung akan keputusan tersebut.Kepada yang tidak menerima keputusan tersebut, maka dia akan menggali dan akan mereka akan menjadikannya sesuatu isu dan seterusnya menimbulkan keributan.

Bagi ulama' yang meminpin gerakan ini sentiasa mengingatkan "adalah hikmahnya tu". Alhamdulillah. Kita bersyukur bahawa kita dipimpin oleh ulama'-ulama' yang sentiasa menanamkan 'aqidah perjuangan ke dalam diri para setiap pejuang. 

Jemaah mana yang tidak ditimpa ujian?

Walaupun sebesar mana badai yang melanda Gerakan Islam Pas, kita kena tetap yaqin bahawa Allah akan sentiasa menjaga jemaah ini. Ujian akan menimpa kepada Gerakan Islam dan setiap para pejuangnya. Hanya pejuang yang mengikuti tarbiyah yang disusun boleh menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah.

Menghadapinya dengan dada yang lapang dan sentiasa mencari jalan untuk menutup segala kelemahan yang ada. Akhirnya hanya yang benar-benar ikhlas akan dipiih oleh Allah meninggal dalam jemaah untuk menegakkan perjuangan islam. Semenjak dari dahulu lagi sampailah sekarang kita sebagai sebuah gerakan yang menyambung lidah nabi. Alhamdulillah. Itulah sifat Gerakan Islam sebenarnya.

Mampu bertahan walaupun ribut kencang melanda. Semoga kita diberikan taufiq serta hidayah untuk terus thabat, intima' dan wala' kepada Gerakan Islam Pas ini. Seterusnya Gerakan Islam terus menerus mendapat tempat di hati masyarakat.

WalLahu A'lam.

Ibnu Ibrahim. 

No comments:

Post a Comment