Wednesday, August 14, 2013

Seperti Yahudi Yang Dahagakan Darah Merah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.  

Dataran rumah kedua


Semenjak hari pertama rampasan kuasa yang dibuat oleh askar, rakyat Mesir yang cintakan demokrasi terus menerus melahirkan bantahan kudeta yang dilakukan oleh pihak askar. Seolah-olah mereka sudah lupa akan kampung halaman mereka. Mereka merasakan nikmat berada di Dataran lebih berbanding berada di rumah. Mereka mengimpikan syahid dan tidak takut akan peluru. Bukannya peluru tiruan malah peluru hidup. Mereka cukup mahir menguruskan diri apabila berada di Dataran Nahdhah dan Dataran Rabi'atul Adawiyah. Selama sebulan di bulan ramadhan mereka bermunajat kepada Allah bersama-sama dengan ribuan rakyat Mesir. 

Askar mula mengganas


Hari ini tempat mereka berkumpul telah diceroboh oleh askar yang kelihatannya tidak senang duduk dengan bantahan yang telah dilakukan oleh rakyat Mesir Itu. Khabarnya sehingga kini bilangan syuhada' semakin meningkat ke angka 300 orang. Dijangka akan terus meningkat. Bayangkan betapa mereka sangat dahaga akan darah merah para penyokong Dr. Mursi dan rakyat Mesir yang bersama membuat bantahan. Tidak ubah lagi mereka seperti Yahudi yang dahagakan darah Umat Islam Palestin. Allahu Akbar.

Sekadar beberapa keping gambar yang cukup menyayat hati. Bukan setakat ditembak malah sudah ada yang dibakar hingga rentung. Allahu Rabbi.

Ini antara senjata para penyokong Dr. Mursi


Lihatlah senjata-senjata mereka berbanding senjata-senjata yang digunakan oleh askar-askar yang menggila itu.

Semoga Allah hancur leburkan usaha jahat mereka itu. Ikuti kenyataan media Dewan Pemuda Pas Malaysia mengutuk akan serangan terbaru ini. Catatan ini boleh didapati di dalam facebook: Ustaz Nasrudin Tantawi

DPPM MENGUTUK SERANGAN TERBAHARU REJIM  MESIR
(14 Ogos 2013)

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serangan besar-besaran tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour di negara tersebut. Kejadian terbaharu pada hari ini apabila pasukan tentera menggempur ribuan demonstran melalui gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup mengakibatkan saat ini lebih 200 orang mati syahid manakala lebih 8000 orang cedera.

2. DPPM menganggap kejadian terbaharu ini sebagai tindakan paling kejam, zalim dan di luar peri kemanusiaan rejim Mesir terhadap rakyatnya sendiri. Ia berlaku di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr di mana pasukan tentera menggempur para demonstran melalui gas pemedih mata dan penembak tepat di atas bangunan. Lebih membimbangkan lagi apabila ambulans tidak dibenarkan masuk ke medan Rabiatul Adawiyah yang menyaksikan banyak pertumpahan darah.

3. Apakah kerajaan kudeta Mesir mahu menukarkan negaranya sama seperti Syria yang sudah bergolak selama 3 tahun? Apakah pemimpin kudeta Jeneral Abdul Fattah As Sisi mahu membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri sama seperti Basyar Al Assad lakukan terhadap rakyat di negaranya? Berapa ramai lagi harus mati syahid terbunuh oleh kekejaman kerajaan kudeta Mesir?

4. DPPM menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mesir pada hari ini tidak akan menyelsaikan konflik berdarah di negara tersebut. Semakin rakyat dizalimi, semakin ramai bangkit menolak kerajaan kuku besi negara tersebut. Membunuh rakyat yang tidak bersalah tidak akan mematikan hasrat jutaan rakyat yang menuntut keadilan melalui proses demokrasi yang tulen. Hanya meja rundingan serta menyerahkan kembali mandat kuasa negara kepada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat iaitu Dr Mohammad Morsi mampu mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu.

5. Selain itu, DPPM mempersoalkan apakah tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani konflik terkini di Mesir. Malaysia sepatutnya mengambil langkah terkehadapan dengan menyatakan bantahan secara lantang terhadap tindakan kerajaan kudeta Mesir. DPPM juga  menggesa kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dengan kerajaan kudeta Mesir sehingga keamanan dan kerajaan yang sah kembali berkuasa. Tidak ada gunanya kerajaan mengiktiraf kerajaan haram yang telah membunuh ribuan rakyatnya serta merampas kuasa secara zalim daripada pemimpin yang sah di negara tersebut.

6. Malam ini, sejurus selesai solat Maghrib berjamaah, DPP kawasan - kawasan diarahkan supaya anjur majlis Solat dan Munajat Perdana di kawasan masing - masing secara serentak untuk menghantar bantuan doa kepada rakyat Mesir yang sedang dibantai teruk oleh regim.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia