Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Kehangatan Muktamar Kian Terasa
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi Parti Islam Se Malaysia akan mengadakan muktamar agung tahunannya. Pada tahun ini muktamar Parti Islam Se Malaysia dijangka begitu hangat dan akan mendapat liputan massa. Topik utama yang sering menjadi 'menu' media adalah topik kepimpinan. Banyak media yang menjadikan topik ini sebagai topik yang hangat untuk melariskan jualannya. Ada yang menyembunyikan fakta sebenar dan ada yang terlajak memberikan fakta.
Apa yang penting ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) sudah menjadi sebuah parti yang sentiasa digeruni oleh kawan dan lawan. Apakah resepi kejayaan ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah Parti Islam Se Malaysia meletakkan dirinya jauh ke hadapan dengan menjalankan tiga elemen utama iaitu sebagai Parti Siyasah, Tarbiyah dan Da'wah seiring dan sejalan.
Tidak lupa juga resepi kejayaan lain ialah trio kepimpinan yang mantap iaitu gandingan ulama', aktivis dan profesional di dalam saf kepimpinan. Ikuti temuramah Ketua Dewan Pemuda dengan Akhbar Utusan.
Formasi Kepimpinan PAS
1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian : Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama' ?
Saya jawab, Ya ! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang
perform dan ulama' yang benar - benar menguasai dasar , prinsip dan
manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as
Suu' [buruk sikap]
2. Saya bina
pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah
ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah
tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka." Maka tiada siapa yang
terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya.
Saya tidak memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu
pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan
dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.
3. Saya
konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio
Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah
saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi
pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS.
Ulama' , Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan
runtuh meruntuh, saling bina membina bukan hina menghina dan saling
bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk.
4. Saya tidak pernah
membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan
kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing - masing selama
mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak
apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
5. Justeru saya yakin bahawa ahli
PAS mahupun pemuda akan membuat pilihan yang baik dan tepat untuk
kebaikan parti. Mungkin saya tidak terpilih malah mungkin tiada
pencalonan pun. Segalanya hak anggota jamaah dan mereka telah dididik
untuk bijak dan benar memilih mengikut skima yang diajar oleh Islam.
6. Sekiranya wartawan itu atau siapa jua yang bertanya: "apakah ustaz
bersetuju profesional menjadi timbalan presiden ? " Nescaya saya juga
akan menjawab : Ya ! Saya setuju. Tetapi profesional yang haraki.
Profesional yang perform dan profesional yang benar - benar mendalami
dan menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang
diperjuangkan oleh PAS. Bukan profesional yang jahil tentang Islam.
7. Ulama' atau profesional atau aktivis mestilah memiliki kriteria
layak sebelum menjadi pemimpin jamaah. Asas utama kelayakan itu ialah
ilmu Islam lantaran perjuangan yang kita dokong ini adalah perjuangan
Islam. Sangat tidak munasabah jika perjuangan Islam ini dipimpin oleh
mereka yang tidak memahami dan mendalami manhaj perjuangan Islam. Apatah
lagi yang menyanggahi nas dan ketetapan syara'.
8. Kita mahu
pemimpin yang memelihara asolah [ketulenan] manhaj perjuangan Islam
warisan peninggalan Rasulullah saw. kerana PAS adalah Parti Islam Se
Malaysia dan ia menepati sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk
mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini. Tentu sahaja
kita tidak mahu mereka yang membawa pengaruh negatif apalagi menodai
ketulenan manhaj perjuangan Islam biarpun ia datang atas nama
pembaharuan. Pembaharuan tidak semuanya betul sebagaimana tradisional
tidak semuanya salah.
9. Posisi dalam parti ini banyak, bukan
hanya posisi sebagai presiden dan timbalan presiden. Paling penting
kesepaduan, kesefahaman dan keseimbangan trio formasi kepimpinan ini
terus dipelihara dan dipertahankan. PAS bergerak secara kolektif atau
jamaei.
10. Usahlah semuanya bimbang. Pasti ahli PAS memilih
dengan betul dan tepat berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Mereka
tentunya sedar dan faham mengenai dosa pahala. Tidak perlu kita
merendahkan nilai keintelektualan anggota parti. Hanya saya berpandangan
bahawa
a - pemimpin parti Islam ini mestilah yang mendalami
dan menguasai ilmu Islam, bertaqwa dan dekat dengan Allah swt pula
perform dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin.
b- Mampu membaca gerak musuh yang menentang Islam serta bijak mengesan tindakan anggota parti yang merugikan Islam.
c - Memahami uslub dakwah dan menguasai approach politik semasa dalam
kerangka atau frame al Quranil Karim dan sunnah An Nabawi dengan sifat
kontemporary pada tindakan, fundamental pada pegangan dan futuristik
pada pemikiran.
Maka berasaskan pandangan itu , saya
meletakkan keutamaan dan kesesuaian kepada alim ulama' kita yang
berjuang untuk mengisi posisi dua kepimpinan tertinggi tanpa menafikan
kelayakan profesional dan aktivis dalam parti, sementara profesional dan
aktivis adalah rakan ganding yang mantap untuk mengisi posisi - posisi
yang sesuai pula bagi membentuk formasi hebat membawa parti berjaya dan
memenangi PRU akan datang sekaligus berjaya mendaulat dan menobatkan
Islam di atas tanahair tercinta.
Sumber: facebook Nasrudin Hassan; Formasi Kepimpinan PAS
Showing posts with label siasah. Show all posts

Friday, September 13, 2013
Thursday, July 4, 2013
Sejarah Baru Telah Bermula
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Akhirnya kerajaan Morsi diguling
Alangkah sedihnya dunia apabila pada pagi ini dikejutkan dengan berita kerajaan Dr. Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir. Kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Dr. Morsi telah berjaya dibentuk oleh sistem demokrasi yang disokong oleh rakyat Mesir. Parti FJP telah memenangi pilihanraya Mesir yang lalu dengan kemenangan majoriti dan Dr. Morsi telah dipilih sebagai Presiden Mesir.
Dr. Morsi telah bersungguh-sungguh memperkenalkan sistem pemerintahan Islam kepada rakyat Mesir, di samping cengkaman sekularisme yang sudah sebati di dalam pemerintahan sebelumnya. Sesungguhnya ujian ini sangat berat kepada Dr. Morsi serta pimpinan kerajaannya. Allahu Rabbi.
Saya terfikir bagaimanakah keadaannya apabila Parti Islam SeMalaysia dapat memerintah bumi Malaysia nanti. Adakah perkara yang sama akan berulang? Semoga Allah menjauhkan bala' tersebut dan memastikan Parti Islam SeMalaysia dapat memerintah dengan baik dan lancar. Insya Allah.
Akan ada yang akan mempertikaikan kemampuan Parti Islam SeMalaysia untuk memerintah Malaysia. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan. Kun Fa Yakun. Jadi, maka jadilah.
Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah
KAHERAH-MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih lagi pemimpin sah negara itu.
Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.
Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.
Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.
Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.
El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.
Sumber: sinarharian; rampasan kuasa morsi kini ditahan di rumah

Labels:
antarabangsa,
harakah islamiyah,
mesir,
siasah
Monday, July 1, 2013
Perbahasan Matang Ahli Parlimen Pas 2013
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Sidang Parlimen
Inilah kelebihan apabila ulama' daripada Pas menang pilihanraya. Dengan adanya saluran di dalam Parlimen maka kehendak Pas yang mewakili Islam dapat disalurkan dengan mudah.
Ikuti perbahasan oleh Presiden Pas ketika membahaskan Titah Diraja 2013.
Ikuti perbahasan oleh Ketua Pemuda Pas ketika membahaskan Titah Diraja 2013.

siasah,
video
Friday, June 28, 2013
Kenapa Pas Menggunakan Saluran Demokrasi?
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Demokrasi adalah wasilah
Jihad melalui demokrasi adalah jalan atau wasilah untuk Islam menang dan berkuasa dengan aman. Dan inilah jalan yang digunakan oleh Gerakan Islam Pas buat masa ini. Apakah pandangan Islam terhadap demokrasi? Apakah tanggungjawab rakyat secara umumnya?
Ikuti kuliah Tuan Guru Presiden berkenaan dengan demokrasi.
Video 1 - Demokrasi ; Kita memilih Jihad Secara Pilihanraya - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Video 2 - TG Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang - Pandangan Islam tentang Demokrasi

Isu Dakwat Kekal - Pandangan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Isu dakwat kekal di dalam pilihanraya
Kenapa ya seolah-olah tiada penjelasan yang terbaik untuk diterima daripada pihak kerajaan berkenaan dengan isu dakwat kekal ini. Ayuh kita ikuti pandangan penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai perkara ini.
Kata beliau:
KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.
HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.
Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.
Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?
Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?
YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.

Thursday, June 27, 2013
Pertembungan Dua Ideologi Bakal Berlaku
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Ta'ziah kepada ahli keluaraga
Semalam iaitu 26 Jun 2013 rakyat telah digemparkan dengan berita bahawa seorang Adun di Terengganu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.40 pagi. Rata-rata pengamal politik meramalkan akan berlaku Pilihanraya Kecil yang pertama selepas PRU Ke 13 baru-baru ini. Maka akan berlakulah semula pertembungan dua ideologi politik dan dasar perjuangan di Kuala Besut.
Adalah diharapkan pertembungan ini berlaku dengan suasana yang baik, aman dan tiada kata keji mengeji di antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya semoga keputusan akan berpihak kepada pihak yang menjadikan Islam sebagai ideologi perjuangannya akan menang.
Adun Kuala Besut meninggal, PRK pertama
Anis Nazri, 26 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
PAS rakam takziah
Sementara
itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan
takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya
bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.
"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.
"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.
Pilihan raya kecil
Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.
Jika Pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.
Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.
Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.
Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).
Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).
harakahdaily; adun kuala besut meninggal pilihan raya kecil pertama
Ta'ziah kepada ahli keluaraga
Semalam iaitu 26 Jun 2013 rakyat telah digemparkan dengan berita bahawa seorang Adun di Terengganu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.40 pagi. Rata-rata pengamal politik meramalkan akan berlaku Pilihanraya Kecil yang pertama selepas PRU Ke 13 baru-baru ini. Maka akan berlakulah semula pertembungan dua ideologi politik dan dasar perjuangan di Kuala Besut.
Adalah diharapkan pertembungan ini berlaku dengan suasana yang baik, aman dan tiada kata keji mengeji di antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya semoga keputusan akan berpihak kepada pihak yang menjadikan Islam sebagai ideologi perjuangannya akan menang.
Adun Kuala Besut meninggal, PRK pertama
Anis Nazri, 26 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
PAS rakam takziah
Sementara
itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan
takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya
bersabar dengan ujian yang dihadapi ini."Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.
"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.
Pilihan raya kecil
Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.
Jika Pakatan menang dalam pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.
Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.
Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.
Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).
Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).
harakahdaily; adun kuala besut meninggal pilihan raya kecil pertama
Labels:
siasah
Thursday, June 20, 2013
Isu Pasar Payang Hangatkan Dun Terengganu
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Pasar Payang Warisan Terengganu
Daripada dahulu sampailah sekarang Payar Payang adalah merupakan destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong daripada luar Negeri Terengganu Darul Iman. Di Pasar Payang ini, para pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan basah dan kering dengan harga yang berpatutan. Di samping itu juga ada dijual pelbagai jenis pakaian, batik, sutera dan songket. Ada juga segelintir menamakan Pasar Payang sebagai Syurga batik, sutera dan songket. Wikipedia juga ada mencatatkan perihal Pasar Payang.
Sebelum daripada ini timbul isu Pasar Payang ini bakal dirobohkan. Hendak dibina apakah selepas dirobohkan?Yang pastinya jika dibina semula pasar di dalam bentuk yang lebih moden dan canggih yang pastinya rakyat dibebani dengan kos sewa yang agak mahal. Kesian rakyat Terengganu. Kesian kepada rakyat negeri saya di lahirkan.
Sidang DUN Terengganu bermula
Isu perobohan Pasar Payang ini telah hangat diperbahaskan. Semoga ianya menatijahkan yang terbaik buat rakyat Negeri Terengganu. InsyaAllah.
MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang
Hazayani Zakaria
20 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika
Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan
berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah
syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.
Sumber: harakahdaily; mb terengganu mengamuk isu pasar payang
Pasar Payang Warisan Terengganu
Daripada dahulu sampailah sekarang Payar Payang adalah merupakan destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong daripada luar Negeri Terengganu Darul Iman. Di Pasar Payang ini, para pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan basah dan kering dengan harga yang berpatutan. Di samping itu juga ada dijual pelbagai jenis pakaian, batik, sutera dan songket. Ada juga segelintir menamakan Pasar Payang sebagai Syurga batik, sutera dan songket. Wikipedia juga ada mencatatkan perihal Pasar Payang.
Sebelum daripada ini timbul isu Pasar Payang ini bakal dirobohkan. Hendak dibina apakah selepas dirobohkan?Yang pastinya jika dibina semula pasar di dalam bentuk yang lebih moden dan canggih yang pastinya rakyat dibebani dengan kos sewa yang agak mahal. Kesian rakyat Terengganu. Kesian kepada rakyat negeri saya di lahirkan.
Sidang DUN Terengganu bermula
Isu perobohan Pasar Payang ini telah hangat diperbahaskan. Semoga ianya menatijahkan yang terbaik buat rakyat Negeri Terengganu. InsyaAllah.
MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang
Hazayani Zakaria
20 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika
Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan
berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah
syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur."Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.
Sumber: harakahdaily; mb terengganu mengamuk isu pasar payang
Wednesday, June 12, 2013
Makin Sohor UAI Lepas Ini
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Petisyen
Di Kelantan, khabarnya tempat-tempat yang bakal menghadapi dakwaan di mahkamah ialah Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai. Selepas Pru ke 13 baru-baru ini parti-parti politik masing-masing telah membuat analisa tempat manakah yang ada potensi untuk dibawa ke mahkamah. Hari ini saya agak terkejut apabila alasan yang kurang munasabah telah dijadikan alasan dibawa petisyen pilihanraya.
Makin tersohorlah Ustaz Azhar Idrus lepas ini. Moga anak-anak muda semakin ramai yang akan bersama dengan Parti Islam Se Malaysia. Insya Allah.
UAI antara alasan BN fail petisyen
Wartawan Sinar Harian
12 Jun 2013
KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.
Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.
“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.
“Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam.
Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.
BN turut memfokuskan dakwaan sogokan berbentuk wang ringgit dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon Pas atau ejen yang berkhidmat di bawah calon terbabit sebagai alasan utama supaya mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangannya.
Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang.
Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima.
Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya’kub.
Sumber: sinarharian; uai antara alasan bn fail petisyen

Thursday, June 6, 2013
Gerakan Islam Pas Terus Unggul
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Kepemimpinan Gerakan Islam Pas
Jatuh dan bangun menghiasi corak perjuangan Gerakan Islam Pas. Ada kalanya menjulang tinggi ke udara dan adakalanya merosot. Akan tetapi pada kurun ini Gerakan Islam Pas semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda. Walaupun demikian coraknya saya tetap yaqin dan percaya bahawa Gerakan Islam Pas pada hari ini sudah pun matang dengan dengan segala mehnah dan tribulasi perjuangan. Gerakan Islam Pas telah melalui beberapa fasa kepemimpinan. Sehinggalah apa yang kita lihat pada hari ini dan mengecapi nikmatnya. Segala pahit dan maung ditempuhi dengan baik walaupun pelbagai usaha musuh dalaman dan juga luaran telah lakukan demi memastikan perjuangan Islam terhenti begitu sahaja.
Alhamdulillah. Sekarang ini kepemimpinan ulama' masih lagi menerajui tampuk kepimpinan Pas Pusat. Kepimpinan ulama' yang diasaskan pada tahun 1982-an itu berterusan sehinggalah ke saat ini. Dengan harapan ianya terus kekal pada masa-masa yang akan datang. Pada saya biarlah orang yang faqeh dalam bidang agama menerajui pucuk pimpinan agar perjalanan Gerakan Islam Pas selari dengan tuntutan Islam.
Perlukan gandingan mantap
Ya, saya sangat bersetuju dan semestinya bersertuju dengan tulisan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat iaitu al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang terbaru iaitu Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini. Beliau ada menulisnya di dalam facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/ustaztantawi.
Kupasan beliau yang panjang lebar serta padat itu secara kesimpulannya adalah betapa perlunya gandingan ulama', aktivis dan profesional. Saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Golongan ulama' sudah semestinya mahir dalam bidang keagamaan, fiqh (hukum-hakam) berkaitan kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan dengan negara-negara lain. Aktivis pula dekat dengan masyarakat dan kepakaran aktivis parti adalah berkomunikasi dengan masyarakat bawahan. Manakala golongan profesional pula sudah semestinya mahir dalam bidang pengurusan dan perkara teknikal.
Akhirnya jika sekiranya gandingan mantap ini dapat diterjemahkan semaksimum yang mungkin di dalam Gerakan Islam Pas, maka Islam akan terus mendapat tempat di hati masyarakat. InsyaAllah.
WalLahu A'lam.
Ibnu Ibrahim.
Kepemimpinan Gerakan Islam Pas
Jatuh dan bangun menghiasi corak perjuangan Gerakan Islam Pas. Ada kalanya menjulang tinggi ke udara dan adakalanya merosot. Akan tetapi pada kurun ini Gerakan Islam Pas semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda. Walaupun demikian coraknya saya tetap yaqin dan percaya bahawa Gerakan Islam Pas pada hari ini sudah pun matang dengan dengan segala mehnah dan tribulasi perjuangan. Gerakan Islam Pas telah melalui beberapa fasa kepemimpinan. Sehinggalah apa yang kita lihat pada hari ini dan mengecapi nikmatnya. Segala pahit dan maung ditempuhi dengan baik walaupun pelbagai usaha musuh dalaman dan juga luaran telah lakukan demi memastikan perjuangan Islam terhenti begitu sahaja.Alhamdulillah. Sekarang ini kepemimpinan ulama' masih lagi menerajui tampuk kepimpinan Pas Pusat. Kepimpinan ulama' yang diasaskan pada tahun 1982-an itu berterusan sehinggalah ke saat ini. Dengan harapan ianya terus kekal pada masa-masa yang akan datang. Pada saya biarlah orang yang faqeh dalam bidang agama menerajui pucuk pimpinan agar perjalanan Gerakan Islam Pas selari dengan tuntutan Islam.
Perlukan gandingan mantap
Ya, saya sangat bersetuju dan semestinya bersertuju dengan tulisan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat iaitu al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang terbaru iaitu Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini. Beliau ada menulisnya di dalam facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/ustaztantawi.
Kupasan beliau yang panjang lebar serta padat itu secara kesimpulannya adalah betapa perlunya gandingan ulama', aktivis dan profesional. Saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Golongan ulama' sudah semestinya mahir dalam bidang keagamaan, fiqh (hukum-hakam) berkaitan kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan dengan negara-negara lain. Aktivis pula dekat dengan masyarakat dan kepakaran aktivis parti adalah berkomunikasi dengan masyarakat bawahan. Manakala golongan profesional pula sudah semestinya mahir dalam bidang pengurusan dan perkara teknikal.
Akhirnya jika sekiranya gandingan mantap ini dapat diterjemahkan semaksimum yang mungkin di dalam Gerakan Islam Pas, maka Islam akan terus mendapat tempat di hati masyarakat. InsyaAllah.
WalLahu A'lam.
Ibnu Ibrahim.
Labels:
harakah islamiyah,
siasah
Ulama', Aktivis dan Profesional Anggota Gerakan Islam Pas
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Mari sama-sama kita hayati satu artikel yang cukup menarik karangan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Walaupun tidak terlalu panjang tetapi padat dengan ingatan yang sangat berguna buat seluruh pendokong serta penyokong Gerakan Islam Pas. Ikuti kupasan beliau.
Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini.
1. Tiada dikotomi antara ulama', profesional dan aktivis dalam PAS. Ini penegasan saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Malah ini juga konsensus kami seluruh saf kepimpinan Jawatan Kuasa Harian, EXCO dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sebarang usaha memisahkannya adalah kerja jahat musuh luar atau dalam yang mahu merosakkan reputasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam unggul di negara ini.
2. Ulama' memerlukan Profesional dan Aktivis bagi memacu perjuangan suci ini ke mercu jaya. Sebagaimana Profesional memerlukan Ulama' untuk terus memimpin dan mentarbiyah serta memandu arah bahtera perjuangan ini. Demikian jua Ulama' dan Profesional tidak boleh meminggirkan para Aktivis PAS untuk melaksanakan tugas-tugas besar perjuangan ini agar ia dipikul bersama dan menempa kejayaan dengan gemilang.
3. Kepimpinan Ulama' bukan istilah atau slogan juga bukan konsep untuk mewujudkan dikotomi sekaligus memisahkan Trio Kepimpinan PAS yang berlangsung sejak dulu. Sebaliknya Kepimpinan Ulama' adalah konsep sebuah Kepimpinan "Ilmu" dan "pendokongnya yang berilmu" menepati kehendak Islam untuk memimpin perjuangan atau parti ini dengan benar dan pula menepati Manhaj Perjuangan Islam. Bukan konsep kepimpinan yang memisahkan semua unsur baik dan positif bagi memperkukuhkan jamaah.
4. Semua pihak mesti menginsafi keperluan Trio Kepimpinan ini. Ulama', Profesional dan Aktivis mesti saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan saling hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan saling kutuk mengutuk. Justeru semua segmen mempunyai kekurangan tersendiri yang mesti diakui sebagaimana semua segmen itu juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mesti dihormati.
5. Apabila kesilapan atau kepincangan berlaku, maka ia adalah mewakili individu tersebut bukan ulama' atau profesional atau aktivis. Jangan rosakkan institusi Ulama', Profesional dan Aktivis yang merupakan institusi penting untuk kekal dan wujud dalam bahtera perjuangan ini. Sebagai contoh, apabila seorang guru melakukan perbuatan mungkar seperti zina maka kita tidak boleh menghukum Guru adalah Penzina sebaliknya individu tersebutlah penzina. Demikian juga dalam hal ini.
6. Kepimpinan Ulama' yang diperjuangkan dan diasaskan sejak 1982 yang lalu dan menjadi Konsep Kepimpinan yang sangat berjaya menjulang PAS sebagai sebuah Gerakan Islam Kontemporary yang disegani dari dalam dan luar negara akan terus dipertahankan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan gandingan seimbang serta sepadu antara Ulama', Profesional dan Aktivis.
7. PAS adalah sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam agar cara dan gaya hidupnya dapat direalisasikan dalam masyarakat negara kita. Justeru itu, pemimpin dan anggotanya mesti berilmu bagi memastikan dasar dan matlamat perjuangan dapat didokong serta dilaksanakan dengan baik. Berilmu bukan sahaja kewajipan pemimpin dan anggota PAS malah ia adalah kewajipan asas seorang muslim justeru Islam menentang dan memusuhi kejahilan.
8. Mana - mana individu atau pihak yang meletakkan diri mereka bertentangan dengan dasar dan matlamat perjuangan Islam yang didokong oleh PAS, hendaklah diluruskan agar ia kembali melandasi matlamat dan dasar perjuangan yang betul. Ulama' kah ia, Profesional kah ia atau Aktivis kah ia , itu bukan persoalannya. Persoalannya sikap individu yang memesong diri dari dasar, matlamat, ilmu, amal, adab dan akhlak perjuangan Islam mesti diluruskan. Sementara kebiadaban dan kedegilan mempertahankan sikap yang salah itu pula mesti ditentang.
9. Islam adalah agama hikmah. Islam adalah agama yang maha luas dan kaya dengan pendekatan yang hebat dan menarik menepati zaman dan tempat. Maka pendokongnya juga mesti berhikmah dan berpandangan luas serta hebat seiring dengan kehebatan Islam dalam melayan karenah zaman, tempat dan seluruh warganya.
10. Kepimpinan Ulama' adalah antara hikmah yang dipamerkan oleh PAS yang menggandingkan semua segmen [Ulama', Profesional dan Aktivis secara seimbang dan sepadu]. Gandingan ini pula melahirkan sebuah kehebatan bagi meletakkan PAS mampu bersaing dipentas politik moden pada hari ini. Lantaran itu, usah tolak Kepimpinan Ulama' sebaliknya tolak individu atau mereka yang merosakkan jamaah, mereka yang membocorkan rahsia jamaah, mereka yang menikam jamaah dari belakang, mereka yang menabur fitnah dan tohmahan dalam jamaah, mereka yang melaga - lagakan pemimpin dan 1001 salah laku yang mesti diaudit dengan teliti terlebih dahulu sebelum memuktamadkan tindakan .
Ringkas Pengalaman Saya
a] Zaman Dato' Mahfuz Omar menjadi Ketua DPPP dan Sdr Yb Salahudin Ayub menjadi Timbalan Ketua DPPP, pada waktu itu saya adalah EXCO DPPP dan saya menyokong dan mendokong kepimpinan beliau masa rebah dan tegak.
b] Zaman Yb Salahudin Ayub menjadi Ketua DPPP sementara Ust Idris Ahmad menjadi Timbalan Ketua DPPP bergandingan dengan Sdr Mazlan Aliman sebagai naib Ketua DPPP dan kemudiannya saya menjadi Timbalan Ketua DPPP. Saya menyokong dan mendokong kepimpinan beliau masa jatuh dan bangun.
c] Dua penggal kepimpinan Dato' Mahfuz dan tiga penggal kepimpinan Yb Salahudin Ayub [10 tahun] saya bekerja di bawah mereka dan saya selesa bersama mereka tanpa mencetuskan polemik kepimpinan ulamak.
d] Kini saya dengan segala kelemahan diri ditakdir dan dipilih oleh jamaah untuk memimpin DPPM, Ust Azman Syafawi dan Ust Nik Mohd Abduh bergandingan dengan Sdr Sabki Yusuf dan Dr Raja Iskandar masing - masing sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPPM selama dua penggal saya menerajui DPPM, saya harap polemik kepimpinan Ulama' tidak dicetuskan. Justeru ia adalah gandingan mantap yang dipertahankan sejak dulu.
Salam dari bumi Multazam
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Kredit https://www.facebook.com/ustaztantawi
Mari sama-sama kita hayati satu artikel yang cukup menarik karangan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Walaupun tidak terlalu panjang tetapi padat dengan ingatan yang sangat berguna buat seluruh pendokong serta penyokong Gerakan Islam Pas. Ikuti kupasan beliau. Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini.

Ribut Tidak Akan Menggoyahkan Gerakan Islam
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Jemaah Islam
Mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam Gerakan Islam Pas hari ini sedikit sebanyak telah melahirkan perasaan yang kurang senang di kalangan penyokong dan pendokong. Isunya tidaklah terlalu rumit untuk difahami. Cumanya kemungkinan ada sedikit teknikal yang menyebabkan para penyokong sukar memahaminya secara mendalam dan tepat. Apabila berlakunya sedikit ribut, ada penyokong yang tenang dan ada penyokong yang cepat melatah. Sifat para pejuang Islam ialah ianya hanya mudah menerima dengan tenang sesuatu isu yang melanda. Setelah menerima, dia berfikir dengan iman akhirnya menerima dengan baik.
Segalanya bermula apabila kemenangan total tidak berpihak kepada Gerakan Islam Pas serta Pakatan Rakyat di dalam Pru ke 13 baru-baru ini. Ada yang menerima dengan tenang keputusan tersebut dan ada yang tidak boleh menerima langsung akan keputusan tersebut.Kepada yang tidak menerima keputusan tersebut, maka dia akan menggali dan akan mereka akan menjadikannya sesuatu isu dan seterusnya menimbulkan keributan.
Bagi ulama' yang meminpin gerakan ini sentiasa mengingatkan "adalah hikmahnya tu". Alhamdulillah. Kita bersyukur bahawa kita dipimpin oleh ulama'-ulama' yang sentiasa menanamkan 'aqidah perjuangan ke dalam diri para setiap pejuang.
Jemaah mana yang tidak ditimpa ujian?
Walaupun sebesar mana badai yang melanda Gerakan Islam Pas, kita kena tetap yaqin bahawa Allah akan sentiasa menjaga jemaah ini. Ujian akan menimpa kepada Gerakan Islam dan setiap para pejuangnya. Hanya pejuang yang mengikuti tarbiyah yang disusun boleh menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah.
Menghadapinya dengan dada yang lapang dan sentiasa mencari jalan untuk menutup segala kelemahan yang ada. Akhirnya hanya yang benar-benar ikhlas akan dipiih oleh Allah meninggal dalam jemaah untuk menegakkan perjuangan islam. Semenjak dari dahulu lagi sampailah sekarang kita sebagai sebuah gerakan yang menyambung lidah nabi. Alhamdulillah. Itulah sifat Gerakan Islam sebenarnya.
Mampu bertahan walaupun ribut kencang melanda. Semoga kita diberikan taufiq serta hidayah untuk terus thabat, intima' dan wala' kepada Gerakan Islam Pas ini. Seterusnya Gerakan Islam terus menerus mendapat tempat di hati masyarakat.

Sunday, September 4, 2011
YB Wahid Endut Pemimpin Berjiwa Rakyat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Wahid sedang 'lembutkan' imej PAS Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: PAS Terengganu mengajak pimpinan dan ahlinya di negeri itu agar memenuhkan diri mereka dengan ciri-ciri pemimpin rakyat dan sentiasa bersama masyarakat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, memenangi pilihan raya satu yang penting tetapi mempertahankannya dan seterusnya menjadi contoh pimpinan sesuatu yang penting juga.
"Memang kita pilih calon berdasarkan winnable candidate, calon yang boleh menang tetapi mempertahankan kemenangan dan menjadi contoh pimpinan satu yang hal yang penting juga," kata beliau dalam majlis dialog bersama perantau yang pulang ke kampung berhari raya di Dewan Datuk Wan Abdul Mutalib, Markas PAS Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata, antara ciri penting kepimpinan adalah melupakan segala persengketaan demi dakwah.
Contohi TGNA
"Saya ambil contoh Tok Guru Nik Aziz. Semasa Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal, dia bersama Datuk Husam Musa melawat rumah beliau, keluarga dia menangis berlenangan air mata.
"Apabila Tok Guru tanya, kenapa menangis, anak dia (Hashim Safin) berkata, hari ini kami dua kali menangis. Tadi menangis kerana ayah kami meninggal. Kini kami menangis kerana Tok Guru menziarahi kami.
"Padahal semasa hayatnya, apa yang ayah kami tak kata kepada Tok Guru," cerita Wahid tentang apa yang dikatakan anak ketua Umno bahagian itu.
"Inilah dakwah...boleh ke kita juga membuat perkara yang sama?" tanya Wahid kepada semua yang hadhir di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Akibat dari sejarah pertembungan yang lama, hubungan antara penyokong PAS dan Umno di Terengganu agak jauh.
Mereka tidak rapat antara satu sama lain dan boleh dikatakan masih ada yang pulau memulau antara satu sama lain.
Mungkin ini mesej yang cuba disampaikan oleh Wahid yang baru dilantik sebagai pesuruhajaya PAS Terengganu beberapa bulan yang lepas.
Wahid juga membawa cerita Cikgu Jabar yang menang beberapa penggal sebagai Adun di Selangor walaupun bertanding atas tiket bebas.Semuanya kerana sikap beliau.
Beliau juga membawa cerita seorang Adun Umno yang juga menang beberapa penggal di Dun Telok Pasu Terengganu semata-mata kerana sikapnya yang mesra rakyat.
"Ada satu kisah bagaimana hebat dan prihatinnya Cikgu Ismail, Adun Telok Pasu ini. Oleh kerana sakit kencing manis, mata beliau menjadi sangat kelabu dan tidak nampak.
"Apabila dia naik kereta, dia pesan kepada driver dia, bila masuk kampung kamu kena bawa kereta dengan perlahan. Kalau tidak orang akan kata aku sombong. Dan bila jumpa dengan orang, kamu bunyikan hon dan aku akan angkat tangan.
"Lalu bila dia masuk kampung dan jumpa dengan orang, driver dia bunyikan hon, dia pun angkat tangan walaupun tidak nampak siapakah mereka.
"Dia tanya siapa, driver dia akan jawab Pak Mat...ooo Pak Mat...Jalan lagi, driver bunyikan hon, dia angkat tangan, tanya lagi siapa, Pak Ali...ooo Pak Ali...padahal Pak Ali sebelah sana nuh, dia angkat sebelah sini.
"Tiba satu tempat, driver dia bunyikan hon, Cikgu Wel angkat tangan dan tanya siapa....lembu, kata driver dia. Sampai ke lembu pun dia angkat tangan," cerita Wahid dengan diikuti gelak ketawa para hadhirin.
Mesej ceritanya, kata Wahid, adalah sikap wakil rakyat itu sendiri yang perlu mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan keperluan dan sensitiviti masyarakat.
Cerita yang disampaikan Wahid sebagai pesuruhjaya baru PAS Terengganu nampak kecil tetapi inilah realiti permasalahan yang dihadapi beliau dalam memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.
Ini kerana, beliau sedang berhadapan dengan Umno yang berusaha keras membeli hati rakyat Terengganu dengan wang ehsan yang beratus juta ringgit setahun yang diperolehi dari hasil minyak di pantai Terengganu.
Dengan hanya kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi yang bukan PAS dan bukan Umno (atas pagar), kedua-dua pihak sedang berusaha keras bagi memenangi hati golongan ini bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Masalah besar yang dihadapi Wahid adalah persepsi yang diletakkan kepada PAS Terengganu yang dilihat keras dan kasar dengan lawan masing-masing.
Ia berbeza dengan imej yang dibayangkan oleh pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat dapat merapati rakyat sehingga ke pemimpin Umno sendiri.
harakahdaily-wahid endut

Wednesday, November 3, 2010
Pasif
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Kuliyyah Tafaqquh Fid-din’
Di dalam artikel yang lepas, saya ada mengatakan untuk memperincikan tiga jenis penyakit yang melanda para dai’e di dalam menjalankan amanah menyampaikan risalah da’wah. Di sini saya akan berkongsi satu kertas kerja yang bertajuk Penyakit Di Jalan Da’wah. Kertas kerja lama ini saya perolehi ketika saya mengikuti ‘Kuliyyah Tafaqquh Fid-din’ anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang. Tarikh pembentangan yang saya catat pada muka depan kertas kerja ialah pada 11 hb Mac 2002. Maaf, saya tidak ingat siapakah pembentang pada waktu itu. Kertas kerja asal ini adalah kertas kerja Allahyarham al-Fadhil Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor, seorang murabbi dan juga bekas Presiden PAS sebelum Tuan Guru Haji Hadi Awang menjadi Presiden. Marilah sama-sama kita memberi sedekah kepada Allahyarham al-Fadhil Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor. Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh.
Di samping itu saya juga membuat penambahan dengan merujuk kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh. Ini bertujuan agar kertas kerja yang walaupun ringkas tetapi lebih padat, cantik dan mudah difahami oleh para dai’e di luar sana.
Kertas kerja Allahyarham
Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillahi rabbil a’lamin wassolatu wassalamu a’la asyrafi anbiyai wal mursalina wa a’la aalihi wa sohbihi ajmaien, amma ba’du.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Tuhan sekalian a’lam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi yang diutuskan dan ke atas seluruh keluarga serta seluruh sahabat baginda, amma ba’du.
Terlalu banyak penyakit-penyakit yang melanda para pejuang dan perjuangan Islam. Seorang penulis yang bernama Dr. Al Syed Muhammad Noh setakat ini ada menyenaraikan sebanyak dua puluh lapan (28) penyakit, di dalam liqa’ ini kita cuba memperincikan hanya beberapa penyakit tersebut antara lainnya ialah:-
1. pasif,
2. gopoh,
3. kagum terhadap diri sendiri,
4. berpandangan sempit dan
5. bercita-cita untuk berada di saff hadapan serta berusaha untuk menjadi pemimpin.
Dalam kertas kerja ini kita cuba memperkatakan perkara-perkara ini dalam bentuk yang ringkas untuk dijadikan bahan perbincangan dan seterusnya berusaha mengelakkan diri kita daripada dihinggapi oleh penyakit tersebut.
Saudara kamu di jalan Allah,
Haji Fadhil Mohd Noor.
Al-Futur (pasif)
Ta'rif: Bekerja secara berkala sesudah bekerja secara berterusan atau malas menjalankan kerja. Penyakit ini apabila terkena kepada para pejuang Islam paling kurang menjadikan mereka merasa malas bekerja atau suka berehat-rehat atau menangguhkan-nangguhkan kerja.
Sebab yang menjadikan seseorang itu berpenyakit sedemikian ialah:-
a. Keterlaluan di dalam agama, seperti di dalam beri’badat sehingga tidak memberi ruang kepada badan untuk berehat, akhirnya ia menjadi lemah, jemu dan seterusnya bekerja dengan putus-putus atau dengan malas.
b. Menggunakan segala yang harus (makan, minum) dengan melampaui batas, hal ini boleh membawa kepada penguasaan hawa nafsu terhadap seseorang, berat badan menjadi bertambah dan akhirnya terasa malas bekerja.
c. Suka mengasingkan diri daripada jamaah. Akhirnya ia kehilangan para sahabat yang sentiasa memperbaharui kecergasannya.
d. Kurang mengingati mati dan a’lam akhirat.
e. Selalu terjerumus ke dalam ma’siat terutama dalam dosa-dosa kecil dan ia selalu memandang ringan terhadap perkara-perkara tersebut.
(Manakala tambahan daripada kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh.)
f. Pengabaian melakukan ibadah harian.
g. Mengambil makanan yang haram atau syubhah.
h. Penumpuan a’milin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam.
i. Gagal memahami sunnatulLah tentang a’lam dan penghidupan.
j. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggung jawab di samping kekurangan tenaga a’milin.
k. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.
l. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
m. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah.
Cara hendak mengubati al-Futur (tambahan daripada kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh)
1. Menjauhkan diri dari melakukan ma’siat sama ada yang besar mahupun kecil.
2. Berterusan melakukan ibadah harian.
3. Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadah.
4. Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.
5. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah.
6. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya.
7. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.
8. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.
9. Sentiasa mendampingan orang-orang soleh yang berjihad di kalangan hamba Allah.
10. Memberi hak kepada badan.
11. Menghiburkan perlakuan yang harus .
12. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi.
13. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
14. Sentiasa mengingati syurga dan neraka.
15. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.
16. Menerima Islam secara keseluruhan.
17. Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Kuliyyah Tafaqquh Fid-din’Di dalam artikel yang lepas, saya ada mengatakan untuk memperincikan tiga jenis penyakit yang melanda para dai’e di dalam menjalankan amanah menyampaikan risalah da’wah. Di sini saya akan berkongsi satu kertas kerja yang bertajuk Penyakit Di Jalan Da’wah. Kertas kerja lama ini saya perolehi ketika saya mengikuti ‘Kuliyyah Tafaqquh Fid-din’ anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang. Tarikh pembentangan yang saya catat pada muka depan kertas kerja ialah pada 11 hb Mac 2002. Maaf, saya tidak ingat siapakah pembentang pada waktu itu. Kertas kerja asal ini adalah kertas kerja Allahyarham al-Fadhil Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor, seorang murabbi dan juga bekas Presiden PAS sebelum Tuan Guru Haji Hadi Awang menjadi Presiden. Marilah sama-sama kita memberi sedekah kepada Allahyarham al-Fadhil Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor. Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh.
Di samping itu saya juga membuat penambahan dengan merujuk kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh. Ini bertujuan agar kertas kerja yang walaupun ringkas tetapi lebih padat, cantik dan mudah difahami oleh para dai’e di luar sana.
Kertas kerja Allahyarham
Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillahi rabbil a’lamin wassolatu wassalamu a’la asyrafi anbiyai wal mursalina wa a’la aalihi wa sohbihi ajmaien, amma ba’du.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Tuhan sekalian a’lam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi yang diutuskan dan ke atas seluruh keluarga serta seluruh sahabat baginda, amma ba’du.
Terlalu banyak penyakit-penyakit yang melanda para pejuang dan perjuangan Islam. Seorang penulis yang bernama Dr. Al Syed Muhammad Noh setakat ini ada menyenaraikan sebanyak dua puluh lapan (28) penyakit, di dalam liqa’ ini kita cuba memperincikan hanya beberapa penyakit tersebut antara lainnya ialah:-
1. pasif,
2. gopoh,
3. kagum terhadap diri sendiri,
4. berpandangan sempit dan
5. bercita-cita untuk berada di saff hadapan serta berusaha untuk menjadi pemimpin.
Dalam kertas kerja ini kita cuba memperkatakan perkara-perkara ini dalam bentuk yang ringkas untuk dijadikan bahan perbincangan dan seterusnya berusaha mengelakkan diri kita daripada dihinggapi oleh penyakit tersebut.
Saudara kamu di jalan Allah,
Haji Fadhil Mohd Noor.
Al-Futur (pasif)
Ta'rif: Bekerja secara berkala sesudah bekerja secara berterusan atau malas menjalankan kerja. Penyakit ini apabila terkena kepada para pejuang Islam paling kurang menjadikan mereka merasa malas bekerja atau suka berehat-rehat atau menangguhkan-nangguhkan kerja.
Sebab yang menjadikan seseorang itu berpenyakit sedemikian ialah:-
a. Keterlaluan di dalam agama, seperti di dalam beri’badat sehingga tidak memberi ruang kepada badan untuk berehat, akhirnya ia menjadi lemah, jemu dan seterusnya bekerja dengan putus-putus atau dengan malas.
b. Menggunakan segala yang harus (makan, minum) dengan melampaui batas, hal ini boleh membawa kepada penguasaan hawa nafsu terhadap seseorang, berat badan menjadi bertambah dan akhirnya terasa malas bekerja.
c. Suka mengasingkan diri daripada jamaah. Akhirnya ia kehilangan para sahabat yang sentiasa memperbaharui kecergasannya.
d. Kurang mengingati mati dan a’lam akhirat.
e. Selalu terjerumus ke dalam ma’siat terutama dalam dosa-dosa kecil dan ia selalu memandang ringan terhadap perkara-perkara tersebut.
(Manakala tambahan daripada kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh.)
f. Pengabaian melakukan ibadah harian.
g. Mengambil makanan yang haram atau syubhah.
h. Penumpuan a’milin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam.
i. Gagal memahami sunnatulLah tentang a’lam dan penghidupan.
j. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggung jawab di samping kekurangan tenaga a’milin.
k. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.
l. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.
m. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah.
Cara hendak mengubati al-Futur (tambahan daripada kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh)
1. Menjauhkan diri dari melakukan ma’siat sama ada yang besar mahupun kecil.
2. Berterusan melakukan ibadah harian.
3. Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadah.
4. Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.
5. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah.
6. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya.
7. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.
8. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.
9. Sentiasa mendampingan orang-orang soleh yang berjihad di kalangan hamba Allah.
10. Memberi hak kepada badan.
11. Menghiburkan perlakuan yang harus .
12. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi.
13. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
14. Sentiasa mengingati syurga dan neraka.
15. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.
16. Menerima Islam secara keseluruhan.
17. Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa.
Thursday, October 29, 2009
Konsep Musyawarah Hendaklah Diutamakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Menarik nafas lega
Berdasarkan kepada perkembangan terkini tentang permasalahan yang melanda PAS saya menarik nafas lega dan bersyukur di atas keputusan yang dibuat. Tinggal lagi ada yang masih belum dapat menerima keputusan tersebut. Maka dengan keputusan tersebut maka tergambarlah di dalam pemikiran saya bahawa:
1. Di sini lah letaknya kekuatan PAS. PAS mengutamakan konsep musyawarah di dalam apa jua keputusan yang bakal diputuskan dan bukannya merupakan keputusan seseorang individu.
Yang bermaksud:
3. Pentingnya ahli peringkat bawahan menjadikan 'sabar dan tenang' sebagai ubat yang paling mujarab di dalam menangani permasalahan.
PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.
Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.
Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.
Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.
Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.
Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.
Sumber: PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Menarik nafas lega
Berdasarkan kepada perkembangan terkini tentang permasalahan yang melanda PAS saya menarik nafas lega dan bersyukur di atas keputusan yang dibuat. Tinggal lagi ada yang masih belum dapat menerima keputusan tersebut. Maka dengan keputusan tersebut maka tergambarlah di dalam pemikiran saya bahawa:1. Di sini lah letaknya kekuatan PAS. PAS mengutamakan konsep musyawarah di dalam apa jua keputusan yang bakal diputuskan dan bukannya merupakan keputusan seseorang individu.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu. maafkanlah mereka(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyurat, untuk menbuat sesuatu)maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadanya.” (Ali Imran: 159)2. PAS berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan lain.
3. Pentingnya ahli peringkat bawahan menjadikan 'sabar dan tenang' sebagai ubat yang paling mujarab di dalam menangani permasalahan.
PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.
Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.
Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.
Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.
Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.
Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.
Sumber: PAS adakan seminar ganti muktamar khas
Labels:
harakah islamiyah,
siasah
Subscribe to:
Posts (Atom)