Saturday, June 22, 2013

Awas! Anak-anak Anda Di Dalam Bahaya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Jaga ahli keluarga anda

Beberapa hari yang lalu terdapat satu laporan polis yang menyatakan gadis dirogol. Itulah padahnya apabila mudah dan murahnya gadis di zaman ini. Moga ianya tidak menimpa ahli keluarga kita semua. Ameen.

Kampung Bukit Parit adalah terletak di sebuah pedalaman. Sepuluh tahun yang lalu saya ada terdengar kes sebegini yang tidak sepatut saya catatkan di sini. Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Sampai bilakah perkara seperti ini menimpa umat Islam? Sama-samalah kita memikirkannya.

Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol


Posted on the June 20th, 2013 under Tempatan by admin

MARANG – Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. 

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. 

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. 

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. 

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Sumber: harian metro online; terpedaya cinta facebook gadis dirogol

No comments:

Post a Comment