Monday, June 17, 2013

Ustaz Nasruddin Hassan Bakal Menemui Hampir 90,000 Peminatnya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Pemimpin dekat di hati rakyat


Alhamdulillah. Pada hari ini kita dapat melihat telah ramai pimpinan Gerakan Islam Pas yang bersosial melalui laman-laman sosial, facebook, tweeter dan lain-lain. Antara kesan yang dapat kita lihat ialah pimpinan dekat di hati rakyat walaupun berjauhan beribu-ribu kilometer. Melalui laman-laman sosial rakyat dapat meluahkan kritikan serta pandangan kepada pimpinan.

Syabas kepada Ahli Parlimen Pas Temerloh yang juga Ketua Pemuda Pas kerana mampu untuk istiqamah berinteraksi dengan rakyat melalui medium ini. Semoga berterusan.

Ikuti luahan beliau sepanjang berinteraksi dengan rakyat melalui facebook beliau.

'Kekadang hati menangis kerana terhiris'

Harakahdaily, 17 Jun 2013 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan mengakui kadang-kadang hatinya terhiris dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan di ruangan komen di laman sosial facebooknya.

Berkongsi pengalamannya bersosial di alam maya hampir tiga tahun, beliau berkata, biarpun kritikan itu pedas dan tajam, namun dia suka untuk melihatnya dari sudut yang positif.

"Sungguhpun pada saat - saat tertentu, kritikan mereka membuatkan hati saya menangis sendirian kerana terhiris, namun saya tetap akan mengagahkan diri untuk mempelajari sesuatu dari kritikan tersebut," katanya dalam entri bertajuk "3 tahun sahaja" di akaun laman peminat facebooknya.

Bercerita lanjut, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sepanjang mengndalikan facebooknya sejak tiga tahun lalu pelbagai warna posting dan gaya status ditemuinya.

Baginya, ia mencerminkan rencamnya pemikiran manusia yang ada di dunia ini yang seharusnya diterima.

"Saya telah temui 1001 satu jenis dan kategori pemikiran manusia melalui komen, ulasan, kritikan, teguran, nasihat, sokongan, herdikan, cacian dan nista yang dihamburkan. Begitulah rencamnya pemikiran masyarakat diluar sana. Aneka karenah dan ragam pembaca yang melintas di laman sosial milik saya ini.

"Saya banyak mempelajarinya malah mengambil iktibar darinya. Meskipun saya tidak punya banyak masa untuk menjawab, tetapi paling tidak saya akan membaca keseluruhan komen dan bahagian yang paling saya suka ialah bahagian kritikan pedas dan keras," luahnya lagi.

Biarpun begitu, beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung samaada terdiri dari rakan-rakan seperjuangan mahupun "pengkritik tetap".

Malah katanya, ada sesetengah tindakan yang dibuat khususnya dalam dewan pemuda adalah hasil daripada komen-komen yang diterinya melalui facebook.

"Insyaallah, ada masa kelak dan mungkin di musim cuti sekolah akhir tahun ini, saya nak anjurkan gathering fan club saya yang terdiri dari sebahagian besar pengunjung facebook ini.

"Kita santai sambil beramah mesra meskipun berbeza latar politik dan akademik. Are you ready?," soalnya menutup coretan entri itu.

Untuk rekod, sehingga berita ini ditulis, laman peminat Nasrudin Hassan kini mempunyai sejumlah 89,405 peminat.

Sumber: harakahdaily; kekadang hati menangis kerana terhiris

No comments:

Post a Comment