Thursday, August 30, 2012

Ulama' Dalam Sorotan Sejarah Kemerdekaan (Versi Terbaru)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.


Merdeka minda, merdeka tubuh dan merdeka jiwa

Alhamdulillah berbaki tinggal beberapa jam sahaja lagi laungan 'merdeka' akan kedengaran. Tahun ini kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 55 tahun. Ini bermakna negara kita sudah merdeka selama 55 tahun daripada penjajah. Akan tetapi sentiasa timbul persoalan adakah negara kita sudah merdeka dengan erti kata yang sebenarnya? Dalam erti kata lain merdeka daripada segala aspek. Merdeka minda, merdeka tubuh dan merdeka jiwa. Adakah ianya sudah boleh dianggap merdeka dalam suasana 'ghazwatul fikr' bercambah di mana-mana. Ini yang paling penting bagi memastikan rakyat merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.


Kemerdekaan dalam bulan Syawal

Tarikh kemerdekaan Negara kita yang tercinta jatuh pada tahun ini dalam suasana umat Islam melakukan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan syawal. Juga akan disambut dalam keadaan negara dibelenggu dengan pelbagai masalah. Alhamdulillah. Pada tahun ini hari kemerdekaan jatuh pada hari Jumaat, 31hb Ogos 2009 bersamaan dengan 12 Syawal 1433 Hijrah. Ini bermakna semua lapisan rakyat akan berhimpun pada malam ini iaitu malam Jumaat. Maka hormatilah kesucian bermulanya detik hari Jumaat pada keesokan harinya.


Sebagaimana tahun-tahun yang lepas sambut dengan berita yang agak kurang menyenangkan dan kurang enak untuk menjadi santapan halwa telinga. Maka langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan akan menyebabkan kurangnya kedengaran gejala sosial seperti kes zina, kes buang bayi dan lain-lain kes. Kebiasaannya bangsa Melayulah juaranya. Maka saya merasakan sudah sampai masanya syariat Islam ditegakkan di samping penekanan ‘konsep iman’ di dalam diri setiap generasi muda pada hari ini. Hendaklah disedari bahawa syariat Islam adalah untuk memandu dan mentadbir urusan manusia sepanjang kehidupan di dunia. Sejarah telah mencatat bahawa syariat Islam merupakan alternatif terbaik dan ianya mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu Wata’aala.

Perjuangan ulama’ digelapkan

“Eee… aku memang tak minatlah sejarah ni.. Kau minat tak?” Itu merupakan dialog yang lazim kita dengar di kalangan pelajar sekolah menengah yang tidak meminati Matapelajaran Sejarah. Termasuklah diri saya sendiri. Saya memang tidak meminati sejarah (waktu itu). Tetapi Alhamdulillah sekarang saya mula meminati sejarah. Terutamanya sejarah Islam. Kenapa kita perlu mengambus sejarah yang sebenar dengan fakta yang tidak tepat? Persoalan ini mungkin boleh dijadikan satu muhasabah kepada para pencinta sejarah yang sebenar.

Jika kita menggali semula penulisan-penulisan sejarah, kita akan mendapati fakta sejarah yang tidak ditulis dengan telus. Terutama sekali buku-buku sejarah di sekolah-sekolah. Nama-nama ulama’ yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) di Kelantan, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Adipati Yunus di Melaka, dan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani tidak ditonjolkan.

Satu tindakan yang tidak adil

Saya berpendapat bahawa tindakan seperti ini sangat tidak adil terhadap ulama’-ulama’ tersebut. Sangat malang kepada generasi muda hari ini yang tidak mengetahui sejarah kemerdekaan Negara dari sudut yang sebenarnya. Dan sangat tidak patut membiarkan remaja dan generasi muda pada hari ini lemas dan hanyut di dalam arus budaya hedonisme.

Sambutan hari kemerdekaan tidak sepatutnya didominasi dengan program-program hiburan yang melalaikan. Akan tetapi hendaklah dilaksanakan dengan program-program yang boleh menyuntik semangat generasi muda untuk mempertahankan Negara daripada unsur-unsur luar yang negatif. Hari kemerdekaan juga disambut dengan bertujuan untuk menyedarkan generasi muda akan sumbangan para ulama’ di dalam mempertahankan tanah air. Di samping itu jasa para ulama’ ialah berjuang untuk berhadapan dengan ‘ghazwatul fikr’ iaitu serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam.

Sumbangan Gerakan Islam

Suatu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah fakta dimana Gerakan Islam turut berperanan di dalam memberikan sumbangan kepada kemerdekaan Negara. Jika diselak di dalam buku-buku sejarah kita akan berjumpa dengan nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Ahmad Boestamam.

Bermula dengan penubuhan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 24 Mac 1947 yang akhirnya telah melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 sebaik sahaja Sidang Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) selesai. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang merupakan Ketua Umum Hizbul Muslimin bersama jawatankuasanya telah berusaha melebarkan pengaruh Hizbul Muslimin dalam usaha untuk membebaskan Tanah Melayu untuk membentuk masyarakat Islam dan menjadikan agama Islam sebagai satu cara hidup.

Dengan tersebarnya pengaruh Hizbul Muslimin telah mendorong untuk ditubuhkan Persatuan Islam Se Malaysia pada 1951. Akhirnya Persatuan Islam Se Malaysia menjadi sebuah parti politik Islam. Parti Islam tersebut ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan berjaya ditubuhkan pada 1951. Generasi muda hari ini dapat melihat Parti Islam Se Malaysia (PAS) di pimpin oleh barisan kepimpinan ulama’ yang istiqamah untuk terus memperjuangkan Islam. Dan pada hari ini juga Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah mencapai kegemilangan dengan menjadi sebuah parti politik Islam yang disegani oleh kawan dan lawan.

Kesimpulan

Akhirnya bolehlah disimpulkan bahawa ulama’ lah golongan yang sangat prihatin dalam mempertahankan Negara dan agama dari sebarang pencerobohan dan penjajahan bangsa asing. Ini kerana wujudnya rasa tanggungjawab yang tinggi dalam jiwa mereka dalam memikul amanah sebagai khalifah Allah Subhanahu Wata’aala di muka bumi ini.

Artikel berkaitan: Ulama Pelopor Kemerdekaan Negara

Sekian, wassalam.
Ibnu Ibrahim
12.00 pm.

Tuesday, August 28, 2012

Tanda Dicintai Oleh Jin Betina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Gangguan jin 

Juga dikenali dengan gangguan makhluk halus. Fenomena terkena gangguan jin seringkali berlaku di dalam masyarakat kita. Ada di kalangan yang terkena mampu dipulihkan dengan mudah dan ada juga yang sukar dipulihkan. Tiada cara melainkan dengan melakukan ikhtiar dengan membuat rawatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quranul Kareem. Sentiasa melazimi dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah merupakan penawar yang berkesan.

20 Tanda lelaki dicintai jin betina atau jin asyik
 
Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini. Antaranya :-

1.    Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2.    Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3.    Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantic contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

4.    Anda suka bersendirian berjalan malam.

5.    Anda suka duduk melamun dan melayan perasan di bawah cahaya bulan purnama.

6.    Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala. Begitu juga ia bergantung kepada  kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

7.    Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8.    Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

9.    Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan. Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin Nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

10.  Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, seseorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11.  Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12.  Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13.  Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14.  Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

15.  Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16.  Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

17.  Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18.  Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan  rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

19.  Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20.  Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya. Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan
kepala. Wallahua’lam.

 

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=376399725764167&set=a.171238609613614.40838.171232506280891&type=1&theater 

Sunday, August 5, 2012

Artis dan Dunia Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Fenomena golongan artis berhijrah

Bermula dengan Bob Lokman, kemudian disusuli artis-artis seperti Hairie Othman, Aishah, Sham Kamikaze dan lain-lain lagi. Ekoran telah disuluh dengan cahaya hidayah maka sekarang ini mereka merasa ni'mat hidup dalam dunia yang baru dan jauh berbeza daripada zaman sebelum ini. Mereka juga bersama-sama memperjuangkan cara hidup yang syumul. Alhamdulillah.


Artis di zaman Rasulullah

Kita melihat bagaimana di zaman Nabi Muhammad saw juga terdapat penyair yang terkenal telah bertaubat dan berhijrah iaitu Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma. Nabi Muhammad saw juga telah telah menghadiahkan burdah (jubah) yang dipakai oleh beliau kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma. Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, adalah merupakan seorang penyair terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam)

Hidup dalam dunia berbeza

Kalau dahulu mereka hidup didalam kehidupan yang penuh maksiat, bercampur antara lelaki dengan perempuan sudah menjadi lumrah didalam dunia artis. Setelah mendapat suluhan cahaya iman dan Islam maka akhirnya mereka berhijrah daripada kegelapan jahiliyah kepada Islam. Penampilan mereka berubah daripada tidak memakai tudung kepada istiqamah memakai tudung.

Perubahan mereka juga dapat dilihat daripada sudut sosial iaitu artis yang sudah meninggalkan zaman kegelapan ini banyak berkongsi pengalaman dengan orang awam. Ada antaranya menitiskan air mata di hadapan ribuan orang kerana menyesali akan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Semoga mereka diberikan hidayah berterusan dan istiqamah dalam kehidupan Islam mereka.

Ujian dan dugaan

Sudah menjadi lumrah di dalam kehidupan ini manusia akan diuji dengan mehnah dan tribulasi. Kadang kala ujian dan dugaan yang dihadapi adalah untuk menguji sejauh mana keinginan mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Ujian dan dugaan juga adalah untuk meningkatkan keimanan mereka peringkat demi peringkat. Semoga mereka kekal di dalam hidayah Allah. Begitu juga dengan kita.

Proses tarbiyah

Cuma tinggal lagi cabaran untuk mendidik dan mentarbiyah mereka secara berterusan agar mereka tidak kembali semula ke jalan yang telah mereka lalui sebelum ini. Kesediaan untuk menerima mereka perlulah ada kepada setiap individu muslim. Terimalah mereka dengan hati yang penuh terbuka dan lapang dada. Jauhkan diri daripada mengkritik mereka. Sebaliknya berilah sokongan kepada mereka. Ajaklah mereka untuk menghadiri usrah. Usrah adalah merupakan elemen terpenting untuk memastikan hati-hati para artis ini diikat dengan ikatan yang sangat kukuh.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.
16 Ramadhan 1433H/05hb Ogos 2012
Ibnu Ibrahim.

Wednesday, August 1, 2012

Salam ramadhan kareem 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Salam ramadhan kareem 1433H

Dikesempatan saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Sedar tidak sedar sekarang ini kita sudah memasuki fatrah kedua bulan ramadhan iaitu 'ausotuhu maghfirah'. Mari kita menyemak adakah puasa kita selama 11 hari yang lalu meninggalkan kesan kepada kita? Jika ada kesan alhamdulillah.

Saya hendak berkongsi dengan pengunjung berkenaan hakikat betapa degilnya nafsu, makhluk Tuhan yang dikurniakan kepada makhlukNya yang diberi nama manusia. 

Kejadian manusia

Hakikat kejadian seorang manusia terdiri daripada 3 unsur:-
1. Jasad
2. Roh
3. Nafsu
Dan apabila ditiupkan roh maka hiduplah ketiga-tiga unsur tersebut. Maka berlakulah dialog di antara sang pencipta dengan makhluk2nya.

Apabila dipanggil jasad. Allah bertanya "man ana wa man anta"? maka jawab jasad "aku hamba dan Engkau Tuhanku". Selepas itu Allah bertanya pula dengan roh. Maka jawapan roh adalah sama dengan jawapan jasad.

Akhirnya Allah bertanya pula kepada nafsu "man ana wa man anta"?
Maka jawab nafsu "ana, ana wan anta, anta". Maka Allah ulang-ulang soalan sama dan jawapan yang sama diberikan oleh nafsu. Begitulah betapa degilnya nafsu ini.
Allah telah memasukkan atau merendamkan nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu datang mengadap dan bertanya lagi. Maka nafsu memberikan jawapan yang sama "ana, ana wan anta, anta". Allah kemudian memasukkan atau merendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Allah bertanya lagi, dan nafsu menjawab, "ana, ana wan anta, anta".

Allah kemudian memasukkan semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula untuk kali ke-4 dan bertanya soalan yang sama dan nafsu nafsu menjawab, "Engkaulah Allah Taala yang Maha Besar dan akulah hambamu yang sangat hina."

Akhirnya nafsu tunduk

Begitulah nafsu. Selepas 3000 tahun direndamkan dalam api neraka, baru nafsu tunduk kepada Allah.