Sunday, August 31, 2014

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Di sini lahirnya sebuah cinta

Tema pada tahun ini berbunyi "Di sini lahirnya sebuah cinta". Mendalam maksudnya jika disuluh dengan mata kasar. Di mana tempat dilahirkan yang menerbitkan rasa cinta yang mendalam kepada tempat tersebut. Baru-baru ini daku sempat mendengar satu khutbah Jumaat yang cukup mengesankan. Alhamdulillah seronok untuk mendengar dan menginsafinya. Walaupun masjid tersebut bukanlah berada di negeri Pakatan Rakyat. Jarang-jarang masjid yang bebas seperti ini. Alhamdulillah.

Persoalan demi persoalan ditimbulkan kepada para jemaah yang membuatkan para jemaah mendengar sambil menganalisa apakah yang tuan imam sedang sampaikan ketika itu.

Syabas!

Merdeka minda, merdeka tubuh dan merdeka jiwa

Alhamdulillah Tahun ini kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 57 tahun. Ini bermakna negara kita sudah merdeka selama 57 tahun daripada penjajah. Akan tetapi sentiasa timbul persoalan adakah negara kita sudah merdeka dengan erti kata yang sebenarnya? Dalam erti kata lain merdeka daripada segala aspek. Merdeka minda, merdeka tubuh dan merdeka jiwa. Adakah ianya sudah boleh dianggap merdeka dalam suasana 'ghazwatul fikr' bercambah di mana-mana. Ini yang paling penting bagi memastikan rakyat merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.


Kemerdekaan dalam bulan Syawal

Tarikh kemerdekaan Negara kita yang tercinta disambut dalam keadaan negara masih dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas sambutan kemerdekaan disambut dengan berita yang agak kurang menyenangkan dan kurang enak untuk menjadi santapan halwa telinga. Maka langkah yang wajar perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai golongan yang memerintah bagi membendung gejala tidak sihat ini terus berulang.

Gejala-gejala yang akan melanda malam sambutan kemerdekaan ialah seperti kes zina, kes buang bayi, kondom bersepahan dan lain-lain. Kebiasaannya bangsa Melayulah juaranya. Maka saya merasakan sudah sampai masanya syariat Islam ditegakkan di samping penekanan ‘konsep iman’ di dalam diri setiap generasi muda pada hari ini. Hendaklah disedari bahawa syariat Islam adalah untuk memandu dan mentadbir urusan manusia sepanjang kehidupan di dunia. Sejarah telah mencatat bahawa syariat Islam merupakan alternatif terbaik dan ianya mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu Wata’aala.

Perjuangan ulama’ digelapkan

“Eee… aku memang tak minatlah sejarah ni.. Kau minat tak?” Itu merupakan dialog yang lazim kita dengar di kalangan pelajar sekolah menengah yang tidak meminati Matapelajaran Sejarah. Termasuklah diri saya sendiri. Saya memang tidak meminati sejarah (waktu itu). Tetapi Alhamdulillah sekarang saya mula meminati sejarah. Terutamanya sejarah Islam. Kenapa kita perlu mengambus sejarah yang sebenar dengan fakta yang tidak tepat? Persoalan ini mungkin boleh dijadikan satu muhasabah kepada para pencinta serta pengkaji sejarah yang sebenar.

Jika kita menggali semula penulisan-penulisan sejarah, kita akan mendapati fakta sejarah yang tidak ditulis dengan telus. Terutama sekali buku-buku sejarah di sekolah-sekolah. Nama-nama ulama’ yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) di Kelantan, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Adipati Yunus di Melaka, dan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani tidak ditonjolkan.

Satu tindakan yang tidak adil

Saya berpendapat bahawa tindakan seperti ini sangatlah tidak adil terhadap ulama’-ulama’ tersebut. Sangat malang kepada generasi muda hari ini yang tidak mengetahui sejarah kemerdekaan Negara dari sudut yang sebenarnya. Dan sangat tidak patut membiarkan remaja dan generasi muda pada hari ini lemas dan hanyut di dalam arus budaya hedonisme.

Sambutan hari kemerdekaan tidak sepatutnya didominasi dengan program-program hiburan yang melalaikan. Akan tetapi hendaklah dilaksanakan dengan program-program yang boleh menyuntik semangat generasi muda untuk mempertahankan Negara daripada unsur-unsur luar yang negatif. Hari kemerdekaan juga disambut dengan bertujuan untuk menyedarkan generasi muda akan sumbangan para ulama’ di dalam mempertahankan tanah air. Di samping itu jasa para ulama’ ialah berjuang untuk berhadapan dengan ‘ghazwatul fikr’ iaitu serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam.

Sumbangan Gerakan Islam

Suatu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah fakta di mana Gerakan Islam turut berperanan di dalam memberikan sumbangan kepada kemerdekaan Negara. Jika diselak di dalam buku-buku sejarah kita akan terjumpa dengan nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Ahmad Boestamam.

Ianya ermula dengan penubuhan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 24 Mac 1947 yang akhirnya telah melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 sebaik sahaja Sidang Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) selesai. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang merupakan Ketua Umum Hizbul Muslimin bersama jawatankuasanya telah berusaha melebarkan pengaruh Hizbul Muslimin dalam usaha untuk membebaskan Tanah Melayu untuk membentuk masyarakat Islam dan menjadikan agama Islam sebagai satu cara hidup.

Dengan tersebarnya pengaruh Hizbul Muslimin telah mendorong untuk ditubuhkan Persatuan Islam Se Malaysia pada 1951. Akhirnya Persatuan Islam Se Malaysia menjadi sebuah parti politik Islam. Parti Islam tersebut ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan berjaya ditubuhkan pada 1951. Generasi muda hari ini dapat melihat Parti Islam Se Malaysia (PAS) di pimpin oleh barisan kepimpinan ulama’ yang istiqamah untuk terus memperjuangkan Islam. Dan pada hari ini juga Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah mencapai kegemilangan dengan menjadi sebuah parti politik Islam yang disegani oleh kawan dan lawan.

Kesimpulan

Akhirnya bolehlah disimpulkan bahawa ulama’ lah golongan yang sangat prihatin dalam mempertahankan Negara dan agama dari sebarang pencerobohan dan penjajahan bangsa asing. Ini kerana wujudnya rasa tanggungjawab yang tinggi dalam jiwa mereka dalam memikul amanah sebagai khalifah Allah Subhanahu Wata’aala di muka bumi ini.

Artikel berkaitan: Ulama Pelopor Kemerdekaan Negara

Sekian, wassalam.

Ibnu Ibrahim
Malaysia.
31/8/2014
7.00 pagi

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete