Wednesday, June 5, 2013

Nasihat Yang Berguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Berjumpa guru lama

AlhamdulilLah. Allah mengurniakan waktu untukku menziarahi bekas guru mengajiku sewaktu bujang dahulu. Khabar tentangnya telah lama kudengar. Akan tetapi kekangan waktu telah menyebabkan tidak berkesempatan menziarahi beliau. Agak kekok juga untuk berbual, tetapi ku abaikan sahaja dan terus berborak. Bertanyakan akan kesihatan serta pengajarannya sekarang. Beliau sudah kelihatan berumur berbanding 10 tahun dahulu sewaktuku menjadi anak muridnya. AlhamdulilLah kelihantannya masih dalam keadaan yang sihat. Oh ya terlupa pulak.

Nama beliau adalah Ustaz Hasbullah bin Ali al-Hafiz. Ramai anak-anak murid yang dapat mengkhatamkan al-Quran dengan beliau dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sanad. Sewaktuku belajar dahulu ada di kalangan anak murid beliau adalah daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Semoga Allah memberikan kesihatan yang berterusan kepada beliau. Insya Allah. 

"Al-Quran jangan tinggal.."

"Al-Quran jangan tinggal..". Itulah nasihat beliau kepadaku selepas meminta beliau memberikan nasihat kepadaku selaku bekas anak murid beliau. Nasihat tersebut juga merupakan nasihat daripada orang tua kepada orang muda sepertiku.

Ayuh anak-anak muda di luar sana ambillah nasihat ini untuk kebaikan kita bersama. Walaupun nasihat ini hanya untukku. Anggaplah nasihat yang cukup berguna ini untuk semua anak muda yang seangkatan denganku di luar sana.

Akhirnya semoga dengan ziarahku tadi terus menerbitkan rasa sayang kepada beliau dan terus menghormati beliau selaku bekas Guru al-Quranku suatu ketika dahulu.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment