Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?
Posted by Saiful at 9:11 AM | | 5 comments
2 Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah. Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.
Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.
Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.
Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.
Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan “Pembangunan yang tidak pernah kelihatan” bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.
Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.
Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/
Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.
Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya “Rakyat didahulukan”??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?
Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA’AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.
Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.
Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.
Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : “Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak”.
Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klik http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.
Dikutip daripada Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?
Wednesday, February 1, 2012
Wednesday, November 9, 2011
Tanpa disedari
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Apa khabar kalian?
Kaifahalukum? Arjukum fissaa'dah wassihah. Lama jari ini tidak menari atas keyboard. Entri kali ini saya hendak mengajak sahabat-sahabat pengunjung untuk mengamalkan kesihatan di dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bab pemakanan. Al-ma'lumlah kecik-kecik dulu suka sangat makan 'chicken dish' atau 'jajan' kata orang jerman. Ada lagi iaitu mee segera. En. Mamee atau en. Maggi lah tu. Dua-dua makanan ni memang merupakan 'favourite' saya masa kecik-kecik. Orang lain saya tidak tahulah.
Sampai ke hari ini masih lagi teringin hendak merasa mamee (maggi saya tidak makan). Pada suatu hari, saya pun bertanyalah pakcik google berkenaan kedua-dua makanan ini. Ada satu artikel tu menyatakan bahawa barang sesiapa yang memakan maggi atau seumpamanya akan menyebabkan rambutnya gugur. Ada lagi iaitu cepat lupa. Ini adalah kajian yang dibuat oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang).
Jom kita makan buah
Tanpa kita sedari bahawa buah-buahan ternyata mengandung zat-zat yang dapat menggantikan nutrisi dari makanan seperti daging.
1. Epal
Kombinasi kandungan garam mineral dan pektin dalam epal, serta kandungan asam oksalik pada bayam membentuk substansi unik yang memenuhi dinding-dinding usus dan melalui gerakan kimia yang kuat tetapi berupaya "melepaskan" kotoran yang ada di usus besar yang telah terenap berhari-hari, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Kandungan zat pektin dalam epal juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan triglycerides yang mengganggu fungsi jantung.
Jus Epal
Fungsi utamanya:
- Mengurangi nafsu makan
- Mengendalikan tekanan darah dan kadar gula darah
- Pembersihan racun dalam usus
2. Avocado
Kandungan kalori, lemak dan minyak yang tinggi di dalamnya bukan sahaja menjadi sumber tenaga yang melimpah yang diperlukan ketika berpuasa, tetapi juga mengurangi kadar kolesterol dan menjaga kelenturan otot-otot sendi.
Jus Avocado
Fungsi utamanya:
- Melembabkan dan mengencangkan kulit
- Membantu pembentukan sel darah merah
- Mencegah anemia
3. Pisang
Isi buah pisang yang lembut melapisi dinding-dinding lambung dan usus sehingga dapat menjadi lapisan anti radang. Pisang sangat membantu bagi mereka yang mengalami masalah peradangan lambung atau usus. Kerana isi buah pisang sangat lembut, dianjurkan untuk tidak dijadikan jus. Sangat baik untuk pencernaan.
4. Kurma
Kandungan gula kurma yang tinggi membuat kurma menjadi buah yang menghasilkan energi tinggi. Bahkan ada legenda bahwa Nabi Muhammad SAW berbuka puasa hanya dengan 3 butir kurma, tentunya yang berkualiti tinggi. Kandungan gula kurma sangat membantu menyembuhkan luka. Hati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit diabetes, jangan terlalu banyak memakan buah ini.

5. Betik dan mangga
Jus campuran betik dan mangga memiliki kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi. Jus segar ini bermanfaat dalam menanggulangi pembengkakan dan peradangan, gangguan pencernaan dan demam. Jus mangga sendiri dapat mengurangi dehidrasi dan melancarkan peredaran darah. Ianya juga melancarkan untuk membuang air besar dan mengatasi sembelit.
Jus Mangga
Fungsi utamanya:
- Mencegah bau badan
- Desinfektan bagi tubuh dan membersihkan darah
- Meremajakan sel
6. Pear
Memakan buah Pear membantu mengatasi rasa tidak enak di perut akibat kadar asam yang berlebihan yang berasal dari makanan berkalori tinggi, berminyak dan pedas. Jus pear juga dapat dicampur dengan epal dan sedikit jeruk nipis.
Jus Pear
Fungsi utamanya:
- Mengendalikan hipertensi
- Mencairka dan menghilangkan kahak
- Mengatasi gangguan perut
7. Nanas
Enzim bromealin dalam nanas melarutkan lendir yang sangat kental dalam sistem pencernaan sehingga boleh menghancurkan bisul bila ada.
8. Delima
Di Iraq dan Iran, jus delima yang dibuat untuk berkumur terlebih dahulu sebelum diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah jangkitan sehingga membantu menghilangkan bau mulut yang tidak sedap. Memakan dengan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan mengelakkan kekeringan tekak. Manfaat lain, kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga mereka dapat dikeluarkan melalui air besar. Cara ini sudah biasa digunakan oleh penduduk Mesir dan Vietnam.
Jus Delima
Fungsi utamanya:
- Mengikis kanser
9. Tomato
Jus tomato segar sangat membantu pembentukan glycogen dalam liver. Menurut kajian didapati bahawa jus tomato menyeimbangkan fungsi hati dengan cepat dan dengan demikian bererti menjaga stamina tubuh dan menyihatkan badan. Garam mineral yang kaya dalam tomato meningkatkan nafsu makan dan merangsang aliran air liur sehingga membolehkan makanan dicerna dengan baik. Pengambilan tomato yang teratur membantu mengubati penyakit anoreksia (kehilangan nafsu makan).
Jus tomato
Fungsi utamanya:
- Mengawal kadar gula dan darah
- Menggiatkan fungsi hempedu dan hati
- Memperbaiki stamina seks
10. Tembikai
Terlalu banyak memakan daging (terutama musim eidul adha sekarang ini), manis-manisan, makanan bergoreng, kopi dan minuman ringan sering membuatkan darah terlalu banyak mengandungi kandungan asamnya dan mengakibatkan bintik-bintik merah di kulit.
Jus tembikai akan memusnahkan asam tersebut dan memperbaiki kandungan darah. Bagi pesakit diabetes, pengambilan secara teratur jus tembikai dapat menjaga peningkatan gula darah. Kandungan asid urik yang berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan arthritis dan keracunan urea dapat dihilangkan dengan meminum jus semangka secara teratur dua kali sehari.
11. Belimbing
Meminum atau memakan buah belimbing dan menelannya secara perlahan dapat mencegah dan mengatasi jangkitan mulut dan tekak. Campuran belimbing dan madu juga boleh membantu mencegah dan mengatasi kencing batu.
Jus belimbing
Fungsi utamanya:
- Menurunkan tekanan darah
- Mencegah dan merawat sariawan
- Mencairkan kahak
12. Laici
Selain kandungan protein, lemak, vitamin C, fosfor, dan zat besi, buah laici mengandungi sukrosa dan glukosa yang banyak. Mengambil buah laici pada malam hari dapat memberikan tenaga untuk keesokan harinya.
13. Kelapa
Air kelapa mengandung sukrosa, fruktosa, dan glukosa, sedangkan isinya selain vitamin berikut, kelapa juga mengandungi protein, lemak, vitamin dan tentunya minyak kelapa. Meminum air kelapa muda dan memakan isinya boleh menghalang mulut kering, demam dan diabetes. Selain itu, meminum air kelapa muda dipercayai membuang racun dalam darah. Perhatian, terlalu banyak minum air kelapa muda juga menyebabkan sedikit kesan sampingan. Bagi yang mempunyai masalah tulang jangan mengambil air kelapa yang berlebihan.
14. Jus lobak
Fungsi utamanya:
- Baik untuk kesihatan mata
- Meremajakan sel dan menghalang penuaan
- Meningkatkan vitalitas seks
15. Jus strawberi
Fungsi utamanya:
- Mengubati gangguan saluran kencing
- Mengawal kadar kolesterol
- Meredakan sakit sendi
Buah-buahan merupakan sumber makanan alami yang paling mudah untuk terus dimakan jadi apa lagi..ayuh mulakan hidup baru bagi penggemar mee segera atau 'junk food'.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Apa khabar kalian?Kaifahalukum? Arjukum fissaa'dah wassihah. Lama jari ini tidak menari atas keyboard. Entri kali ini saya hendak mengajak sahabat-sahabat pengunjung untuk mengamalkan kesihatan di dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bab pemakanan. Al-ma'lumlah kecik-kecik dulu suka sangat makan 'chicken dish' atau 'jajan' kata orang jerman. Ada lagi iaitu mee segera. En. Mamee atau en. Maggi lah tu. Dua-dua makanan ni memang merupakan 'favourite' saya masa kecik-kecik. Orang lain saya tidak tahulah.
Sampai ke hari ini masih lagi teringin hendak merasa mamee (maggi saya tidak makan). Pada suatu hari, saya pun bertanyalah pakcik google berkenaan kedua-dua makanan ini. Ada satu artikel tu menyatakan bahawa barang sesiapa yang memakan maggi atau seumpamanya akan menyebabkan rambutnya gugur. Ada lagi iaitu cepat lupa. Ini adalah kajian yang dibuat oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang).
Jom kita makan buah
Tanpa kita sedari bahawa buah-buahan ternyata mengandung zat-zat yang dapat menggantikan nutrisi dari makanan seperti daging.
1. EpalKombinasi kandungan garam mineral dan pektin dalam epal, serta kandungan asam oksalik pada bayam membentuk substansi unik yang memenuhi dinding-dinding usus dan melalui gerakan kimia yang kuat tetapi berupaya "melepaskan" kotoran yang ada di usus besar yang telah terenap berhari-hari, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Kandungan zat pektin dalam epal juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan triglycerides yang mengganggu fungsi jantung.
Jus Epal
Fungsi utamanya:
- Mengurangi nafsu makan
- Mengendalikan tekanan darah dan kadar gula darah
- Pembersihan racun dalam usus
2. AvocadoKandungan kalori, lemak dan minyak yang tinggi di dalamnya bukan sahaja menjadi sumber tenaga yang melimpah yang diperlukan ketika berpuasa, tetapi juga mengurangi kadar kolesterol dan menjaga kelenturan otot-otot sendi.
Jus Avocado
Fungsi utamanya:
- Melembabkan dan mengencangkan kulit
- Membantu pembentukan sel darah merah
- Mencegah anemia
3. PisangIsi buah pisang yang lembut melapisi dinding-dinding lambung dan usus sehingga dapat menjadi lapisan anti radang. Pisang sangat membantu bagi mereka yang mengalami masalah peradangan lambung atau usus. Kerana isi buah pisang sangat lembut, dianjurkan untuk tidak dijadikan jus. Sangat baik untuk pencernaan.
4. KurmaKandungan gula kurma yang tinggi membuat kurma menjadi buah yang menghasilkan energi tinggi. Bahkan ada legenda bahwa Nabi Muhammad SAW berbuka puasa hanya dengan 3 butir kurma, tentunya yang berkualiti tinggi. Kandungan gula kurma sangat membantu menyembuhkan luka. Hati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit diabetes, jangan terlalu banyak memakan buah ini.

5. Betik dan manggaJus campuran betik dan mangga memiliki kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi. Jus segar ini bermanfaat dalam menanggulangi pembengkakan dan peradangan, gangguan pencernaan dan demam. Jus mangga sendiri dapat mengurangi dehidrasi dan melancarkan peredaran darah. Ianya juga melancarkan untuk membuang air besar dan mengatasi sembelit.
Jus Mangga
Fungsi utamanya:
- Mencegah bau badan
- Desinfektan bagi tubuh dan membersihkan darah
- Meremajakan sel
6. PearMemakan buah Pear membantu mengatasi rasa tidak enak di perut akibat kadar asam yang berlebihan yang berasal dari makanan berkalori tinggi, berminyak dan pedas. Jus pear juga dapat dicampur dengan epal dan sedikit jeruk nipis.
Jus Pear
Fungsi utamanya:
- Mengendalikan hipertensi
- Mencairka dan menghilangkan kahak
- Mengatasi gangguan perut
7. NanasEnzim bromealin dalam nanas melarutkan lendir yang sangat kental dalam sistem pencernaan sehingga boleh menghancurkan bisul bila ada.
8. DelimaDi Iraq dan Iran, jus delima yang dibuat untuk berkumur terlebih dahulu sebelum diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah jangkitan sehingga membantu menghilangkan bau mulut yang tidak sedap. Memakan dengan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan mengelakkan kekeringan tekak. Manfaat lain, kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga mereka dapat dikeluarkan melalui air besar. Cara ini sudah biasa digunakan oleh penduduk Mesir dan Vietnam.
Jus Delima
Fungsi utamanya:
- Mengikis kanser
9. TomatoJus tomato segar sangat membantu pembentukan glycogen dalam liver. Menurut kajian didapati bahawa jus tomato menyeimbangkan fungsi hati dengan cepat dan dengan demikian bererti menjaga stamina tubuh dan menyihatkan badan. Garam mineral yang kaya dalam tomato meningkatkan nafsu makan dan merangsang aliran air liur sehingga membolehkan makanan dicerna dengan baik. Pengambilan tomato yang teratur membantu mengubati penyakit anoreksia (kehilangan nafsu makan).
Jus tomato
Fungsi utamanya:
- Mengawal kadar gula dan darah
- Menggiatkan fungsi hempedu dan hati
- Memperbaiki stamina seks
10. TembikaiTerlalu banyak memakan daging (terutama musim eidul adha sekarang ini), manis-manisan, makanan bergoreng, kopi dan minuman ringan sering membuatkan darah terlalu banyak mengandungi kandungan asamnya dan mengakibatkan bintik-bintik merah di kulit.
Jus tembikai akan memusnahkan asam tersebut dan memperbaiki kandungan darah. Bagi pesakit diabetes, pengambilan secara teratur jus tembikai dapat menjaga peningkatan gula darah. Kandungan asid urik yang berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan arthritis dan keracunan urea dapat dihilangkan dengan meminum jus semangka secara teratur dua kali sehari.
11. BelimbingMeminum atau memakan buah belimbing dan menelannya secara perlahan dapat mencegah dan mengatasi jangkitan mulut dan tekak. Campuran belimbing dan madu juga boleh membantu mencegah dan mengatasi kencing batu.
Jus belimbing
Fungsi utamanya:
- Menurunkan tekanan darah
- Mencegah dan merawat sariawan
- Mencairkan kahak
12. LaiciSelain kandungan protein, lemak, vitamin C, fosfor, dan zat besi, buah laici mengandungi sukrosa dan glukosa yang banyak. Mengambil buah laici pada malam hari dapat memberikan tenaga untuk keesokan harinya.
13. KelapaAir kelapa mengandung sukrosa, fruktosa, dan glukosa, sedangkan isinya selain vitamin berikut, kelapa juga mengandungi protein, lemak, vitamin dan tentunya minyak kelapa. Meminum air kelapa muda dan memakan isinya boleh menghalang mulut kering, demam dan diabetes. Selain itu, meminum air kelapa muda dipercayai membuang racun dalam darah. Perhatian, terlalu banyak minum air kelapa muda juga menyebabkan sedikit kesan sampingan. Bagi yang mempunyai masalah tulang jangan mengambil air kelapa yang berlebihan.
14. Jus lobakFungsi utamanya:
- Baik untuk kesihatan mata
- Meremajakan sel dan menghalang penuaan
- Meningkatkan vitalitas seks
15. Jus strawberiFungsi utamanya:
- Mengubati gangguan saluran kencing
- Mengawal kadar kolesterol
- Meredakan sakit sendi
Buah-buahan merupakan sumber makanan alami yang paling mudah untuk terus dimakan jadi apa lagi..ayuh mulakan hidup baru bagi penggemar mee segera atau 'junk food'.
Tuesday, September 6, 2011
Kembali ke alam pekerjaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Cita-cita
"Apakah cita-cita kamu?" Tanya Cikgu Aminah. Cikgu Aminah adalah guru di Sekolah Rendah Bukit Jejulong yang paling kuingat. Cikgu lain pun kuingat cuma yang lebihnya Cikgu Aminah. "Jadi guru". Naik sekolah menengah pulak cita-citaku bertukar. "Saya nak jadi ustaz.". Tetapi apabila memasuki alam universiti ku memilih bidang 'muhandis mimari' atau dalam bahasa melayunya Jurukur Bahan. Pernah juga bercita-cita hendak menjadi seorang Juru Ukur Bahan Muslim. Segala-galanya boleh berubah atas kehendak kita. Apa yang penting ialah segala kerja yang kita lakukan mestilah atas tujuan untuk Islam.
Bermulanya tugas seorang pendidik
Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua diriku kembali ke alam pekerjaan setelah hampir 4 tahun melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Soalan yang sama juga ku ajukan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Ghazali, Bandar Tasik Puteri, Rawang. "Apakah cita-cita antum semua?". Pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menjawab "Saintis", "Guru", "Polis", "Askar". Ada yang agak luar biasa cita-citanya. "Saya hendak menjadi dj radio, ustaz" "Saya pula hendak menjadi tukang masak yang hebat, chef, ustaz." Apa-apa pun cita-cita kita, apabila ianya bersandarkan Islam dan ikhlas kerana Allah, maka ianya akan berada di bawah rahmat Allah dan mendapat pahala di sisiNya. Insya Allah.
Semoga anak-anak pelajar ini membesar sebagai orang Islam yang faham akan tuntutan Islam yang sebenar kelak. Insya Allah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Cita-cita"Apakah cita-cita kamu?" Tanya Cikgu Aminah. Cikgu Aminah adalah guru di Sekolah Rendah Bukit Jejulong yang paling kuingat. Cikgu lain pun kuingat cuma yang lebihnya Cikgu Aminah. "Jadi guru". Naik sekolah menengah pulak cita-citaku bertukar. "Saya nak jadi ustaz.". Tetapi apabila memasuki alam universiti ku memilih bidang 'muhandis mimari' atau dalam bahasa melayunya Jurukur Bahan. Pernah juga bercita-cita hendak menjadi seorang Juru Ukur Bahan Muslim. Segala-galanya boleh berubah atas kehendak kita. Apa yang penting ialah segala kerja yang kita lakukan mestilah atas tujuan untuk Islam.
Bermulanya tugas seorang pendidik
Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua diriku kembali ke alam pekerjaan setelah hampir 4 tahun melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Soalan yang sama juga ku ajukan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Ghazali, Bandar Tasik Puteri, Rawang. "Apakah cita-cita antum semua?". Pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menjawab "Saintis", "Guru", "Polis", "Askar". Ada yang agak luar biasa cita-citanya. "Saya hendak menjadi dj radio, ustaz" "Saya pula hendak menjadi tukang masak yang hebat, chef, ustaz." Apa-apa pun cita-cita kita, apabila ianya bersandarkan Islam dan ikhlas kerana Allah, maka ianya akan berada di bawah rahmat Allah dan mendapat pahala di sisiNya. Insya Allah.
Semoga anak-anak pelajar ini membesar sebagai orang Islam yang faham akan tuntutan Islam yang sebenar kelak. Insya Allah.
Sunday, September 4, 2011
YB Wahid Endut Pemimpin Berjiwa Rakyat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Wahid sedang 'lembutkan' imej PAS Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: PAS Terengganu mengajak pimpinan dan ahlinya di negeri itu agar memenuhkan diri mereka dengan ciri-ciri pemimpin rakyat dan sentiasa bersama masyarakat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, memenangi pilihan raya satu yang penting tetapi mempertahankannya dan seterusnya menjadi contoh pimpinan sesuatu yang penting juga.
"Memang kita pilih calon berdasarkan winnable candidate, calon yang boleh menang tetapi mempertahankan kemenangan dan menjadi contoh pimpinan satu yang hal yang penting juga," kata beliau dalam majlis dialog bersama perantau yang pulang ke kampung berhari raya di Dewan Datuk Wan Abdul Mutalib, Markas PAS Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata, antara ciri penting kepimpinan adalah melupakan segala persengketaan demi dakwah.
Contohi TGNA
"Saya ambil contoh Tok Guru Nik Aziz. Semasa Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal, dia bersama Datuk Husam Musa melawat rumah beliau, keluarga dia menangis berlenangan air mata.
"Apabila Tok Guru tanya, kenapa menangis, anak dia (Hashim Safin) berkata, hari ini kami dua kali menangis. Tadi menangis kerana ayah kami meninggal. Kini kami menangis kerana Tok Guru menziarahi kami.
"Padahal semasa hayatnya, apa yang ayah kami tak kata kepada Tok Guru," cerita Wahid tentang apa yang dikatakan anak ketua Umno bahagian itu.
"Inilah dakwah...boleh ke kita juga membuat perkara yang sama?" tanya Wahid kepada semua yang hadhir di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Akibat dari sejarah pertembungan yang lama, hubungan antara penyokong PAS dan Umno di Terengganu agak jauh.
Mereka tidak rapat antara satu sama lain dan boleh dikatakan masih ada yang pulau memulau antara satu sama lain.
Mungkin ini mesej yang cuba disampaikan oleh Wahid yang baru dilantik sebagai pesuruhajaya PAS Terengganu beberapa bulan yang lepas.
Wahid juga membawa cerita Cikgu Jabar yang menang beberapa penggal sebagai Adun di Selangor walaupun bertanding atas tiket bebas.Semuanya kerana sikap beliau.
Beliau juga membawa cerita seorang Adun Umno yang juga menang beberapa penggal di Dun Telok Pasu Terengganu semata-mata kerana sikapnya yang mesra rakyat.
"Ada satu kisah bagaimana hebat dan prihatinnya Cikgu Ismail, Adun Telok Pasu ini. Oleh kerana sakit kencing manis, mata beliau menjadi sangat kelabu dan tidak nampak.
"Apabila dia naik kereta, dia pesan kepada driver dia, bila masuk kampung kamu kena bawa kereta dengan perlahan. Kalau tidak orang akan kata aku sombong. Dan bila jumpa dengan orang, kamu bunyikan hon dan aku akan angkat tangan.
"Lalu bila dia masuk kampung dan jumpa dengan orang, driver dia bunyikan hon, dia pun angkat tangan walaupun tidak nampak siapakah mereka.
"Dia tanya siapa, driver dia akan jawab Pak Mat...ooo Pak Mat...Jalan lagi, driver bunyikan hon, dia angkat tangan, tanya lagi siapa, Pak Ali...ooo Pak Ali...padahal Pak Ali sebelah sana nuh, dia angkat sebelah sini.
"Tiba satu tempat, driver dia bunyikan hon, Cikgu Wel angkat tangan dan tanya siapa....lembu, kata driver dia. Sampai ke lembu pun dia angkat tangan," cerita Wahid dengan diikuti gelak ketawa para hadhirin.
Mesej ceritanya, kata Wahid, adalah sikap wakil rakyat itu sendiri yang perlu mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan keperluan dan sensitiviti masyarakat.
Cerita yang disampaikan Wahid sebagai pesuruhjaya baru PAS Terengganu nampak kecil tetapi inilah realiti permasalahan yang dihadapi beliau dalam memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.
Ini kerana, beliau sedang berhadapan dengan Umno yang berusaha keras membeli hati rakyat Terengganu dengan wang ehsan yang beratus juta ringgit setahun yang diperolehi dari hasil minyak di pantai Terengganu.
Dengan hanya kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi yang bukan PAS dan bukan Umno (atas pagar), kedua-dua pihak sedang berusaha keras bagi memenangi hati golongan ini bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Masalah besar yang dihadapi Wahid adalah persepsi yang diletakkan kepada PAS Terengganu yang dilihat keras dan kasar dengan lawan masing-masing.
Ia berbeza dengan imej yang dibayangkan oleh pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat dapat merapati rakyat sehingga ke pemimpin Umno sendiri.
harakahdaily-wahid endut

Labels:
harakah islamiyah,
siasah
Tuesday, August 16, 2011
Meminum Air Ketika Perut Kosong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Pentingnya menjaga kesihatan
Antara salah satu pesanan As-syahid Imam Hassan kepada seluruh umat Islam ialah menjaga kesihatan. Ini amat penting bagi kelangsungan da’wah dan memastikan tugas da’wah serta jihad tidak mendapat halangan kesihatan mahupun tergendala. Dengan kata lain supaya tugas-tugas melakukan da’wah dan jihad berterusan sehingga ke akhir zaman.
Hari ini, amalan meminum air suam sejurus selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi adalah sangat popular di kalangan masyarakat Jepun. Di samping itu, satu ujian saintifik telah dilakukan untuk membuktikan perkara ini. Di sini diterangkan cara penggunaan air kepada semua pengunjung. Telah didapati bahawa masyarkat Jepun telah berjaya menjadikan amalan ini sebagai satu kaedah perubatan kepada golongan tua dan golongan yang berpenyakit serius. Ini terbukti 100% keberkesanannya.
Antara penyakit lain boleh diubati dengan melakukan amalan ini ialah sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, arthritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan yang berlebihan, asma, bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.
Caranya ialah:-
1. Selepas bangun pada waktu pagi, sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.
5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat hingga 4 gelas sehari.
6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit dan boleh menikmati kehidupan yang sihat.
Berikut disenaraikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi - 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes - 30 hari
4. Sembelit - 10 hari
5. Kanser - 180 hari
6. TB - 90 hari
7. Pesakit arthritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 - harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita terus menjadikan prosedur ini sebagai kerja-kerja rutin dalam kehidupan.
Meminum air dan kekal sihat serta aktif.
Artikel ini bukan sahaja berkenaan dengan meminum air suam selepas pengambilan makanan, bahkan berkenaan wanita dan serangan jantung mereka.
Masyarakat Cina dan Jepun meminum teh panas bersama pengambilan makanan mereka dan bukannya air sejuk. Mungkin ini adalah masa untuk kita mengubah tabiat meminum air sejuk semasa makan. Kita tidak akan rugi malah mendapat banyak manfaat darinya.
Fakta ini sangat berguna kepada penggemar minuman sejuk. Sememangnya sangat sedap meni’mati segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan menguatkan bahan berminyak yang anda baru sahaja makan. Keadaan ini akan melambatkan pencernaan.
Setelah itu, "enap cemar" bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.
Lama-kelamaan, ia akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Cara yang terbaik adalah meminum sup panas atau air suam selepas makan.

Sunday, August 14, 2011
Terima kasih di atas sumbangan kalian..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Melanjutkan pengajian
Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan hidayah yang tidak terhingga. hari ini kita semua diberikan kesempatan memasuki hari ke 14 di bulan ramadhan. Semoga kita semua dapat meneruskan berpuasa hingga ke akhirnya dan diberikan kesempatan untuk berjumpa di ramadhan akan datang. Insya Allah.
Setelah beberapa tahun diri ini merantau ke tempat orang, diri ini merasakan banyak kekosongan yang melanda diri. Maka ekoran daripada itu, saya dan isteri telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama pulak. Kami pun membuat keputusan untuk ke Yaman pada 1997. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk menuntut kedua-dua ilmu. Satu ilmu yang menyentuh hal-hal keduniaan di universiti tempatan. Saya di UTM manakala isteri di UPM. Manakala ilmu yang satu lagi ialah ilmu yang menyentuh hal-hal keagamaan. Di sini saya juga menyeru agar teman-teman yang sudi membaca blog ini mengambil peluang keemasan seperti ini jika diberikan kesempatan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala.
Sumbangan individu dan syarikat
Sebelum bertolak, saya juga sempat menanyakan kepada teman-teman yang lain tempat-tempat yang sesuai untuk pergi. Ada yang menyarankan ke Syria, Yaman dan juga KUDQI (Terengganu). Alhamdulillah Allah dorongkan kami ke Yaman setelah berurusan dengan sahabat yang sudah berada di sana ketika itu. Syukran ya akhi kerana banyak membantu.. Begitu juga sahabat-sahabat yang banyak membantu dari sudut kewangan. Banyak tempat juga saya mengikuti ustaz-ustaz yang memberikan kuliah untuk meminta sumbangan daripada orang ramai..
Di samping itu saya juga membuat surat untuk memohon sumbangan daripada individu-individu dan syarikat-syarikat. Ada yang sudi memberi dan ada yang tidak. Kepada yang sudi untuk menghulurkan sumbangan hatta rm 10.00, jika sekiranya ia adalah ikhlas ianya dikiranya suatu amalan yang cukup besar di sisi Allahu Subhanahu Wa Taala. Di kesempatan ini saya hendak mengucapkan syukran jazilan kathiran kepada semua yang memberikan sumbangan dari segi moral dan juga wang ringgit.
Jasa kalian cukup besar kerana membantu hambaNya mencari ilmu dalam bidang agama..ini menyahut seruan Tuhan ayat 122 surah At-Taubah yang bermaksud “Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka,mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.)( at-Taubah:122)
Huraian lanjut berkenaan dengan ayat 122 Surat at-Taubah boleh dilihat di tafsir surah at-taubah
Ibnu Ibrahim.
Labels:
sambung belajar,
santai,
yemen
Tuesday, August 2, 2011
PARAM?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Belasungkawa
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memberikan sedekah al-Fatihah buat insan-insan yang hebat ini kerana pergi menemui Sang Pencipta. Semoga rohnya ditempatkan bersama para sollihin. Insya Allah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah. Insan-insan tersebut ialah:-
1. En. Ahmad Izzudin Abdullah, bekas boss ketika saya bertugas sebagai Penolong Juru Ukur Bahan selama 2 tahun di AIA Assocites.
2. Cikgu Radhi, seorang pimpinan PAS di Gombak ketika saya bersama teman-teman para Pemuda PAS Gombak selama 6 tahun di Gombak.
3. Dr. Lo'lo, seorang pimpinan Muslimat PAS yang istiqamah dalam perjuangan. Saya dan zaujah pernah berurusan dengan beliau ketika beliau bertugas di Hospital Kohilal.
Menyuburkan kembali ladang
Fuh...fuh.. habis berabuk opis alam mayaku ini. Apa khabar semua teman pengunjung sekalian? Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah hari ni semua umat Islam menyambut 2 Ramadhan. Ramadhan Kareem buat semua. Sebenarnya selama 2 bulan blog ini kosong tanpa berita sebenarnya disebabkan tuan punya ladang ini mengahadapi masalah kesihatan. Periksa akhir semester pun saya terpaksa tangguh. Huhu orang lain dah siap sedia menerima Diploma dah. Saya masih belum mengetahui lagi apa keputusannya. Doakan saya bersama teman seperjuangan lain agar dapat naik ke pentas bersama. Insya Allah.
PARAM sudah kembali
Semalam saya berpeluang untuk meninjau keadaan PARAM. Kalau diikutkan hati, saya ni bukannya suka sangat membeli juadah berbuka puasa di pasar. Lagi pula kalau pasar tersebut ramai pengunjungnya. Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pun tidak suka untuk ke pasar. Baginda juga menyarankan agar kita membaca doa sebelum memasuki pasar. Saya pergi semalam pun untuk membeli sedikit juadah terutamanya air soya. Teman-teman tahu apa itu PARAM? Hehe kami ketika di alam kampus UTM suatu ketika dahulu mengenali Pasar Ramadhan dengan nama PARAM. Macam nama India plak. Ntahlah. Ringkas punya pasal. Terkejut beruk saya dibuatnya apabila melihat lautan manusia mengambil kesempatan memeriahkan PARAM. Kemungkinan ada yang datang hendak membeli dan ada yang mengambil kesempatan menjamah mata.. Fuh semangat.
Saya menyarankan agar rakyat Malaysia berfikir 2 kali untuk ke pasar. Ini kerana banyak sangat mudharatnya. Ye lah bila dah ramai tu maka terpaksalah berhimpit-himpit melalui gerai-gerai makanan. Yang datang tu pulak datang dengan pelbagai fesyen. Ish sakit mata dibueknya. Kalau teringin sangat hendak pergi tu, pergilah seawal mungkin iaitu dalam pukul 5.00 petang untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan kita sakit mata. Apa yang menjadi kerisauan ialah takut definisi bulan Ramadhan ditafsirkan menjadi bulan mencari rezeki dan bulan memperabih duit. Akhirnya semoga menjadi ingatan kita semua agar sentiasa berpada-pada membeli juadah untuk berbuka puasa. Dengan kata lain ber'wasatiah' atau bersederhana untuk mengelakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitan.
Akhirnya selamat menjalani ibadah puasa dan sempat berjumpa di Ramadhan tahun depan. Insya Allah.
Ramadhan Kareem.
Ibnu Ibrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
BelasungkawaTerlebih dahulu marilah sama-sama kita memberikan sedekah al-Fatihah buat insan-insan yang hebat ini kerana pergi menemui Sang Pencipta. Semoga rohnya ditempatkan bersama para sollihin. Insya Allah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah. Insan-insan tersebut ialah:-
1. En. Ahmad Izzudin Abdullah, bekas boss ketika saya bertugas sebagai Penolong Juru Ukur Bahan selama 2 tahun di AIA Assocites.
2. Cikgu Radhi, seorang pimpinan PAS di Gombak ketika saya bersama teman-teman para Pemuda PAS Gombak selama 6 tahun di Gombak.
3. Dr. Lo'lo, seorang pimpinan Muslimat PAS yang istiqamah dalam perjuangan. Saya dan zaujah pernah berurusan dengan beliau ketika beliau bertugas di Hospital Kohilal.
Menyuburkan kembali ladang
Fuh...fuh.. habis berabuk opis alam mayaku ini. Apa khabar semua teman pengunjung sekalian? Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah hari ni semua umat Islam menyambut 2 Ramadhan. Ramadhan Kareem buat semua. Sebenarnya selama 2 bulan blog ini kosong tanpa berita sebenarnya disebabkan tuan punya ladang ini mengahadapi masalah kesihatan. Periksa akhir semester pun saya terpaksa tangguh. Huhu orang lain dah siap sedia menerima Diploma dah. Saya masih belum mengetahui lagi apa keputusannya. Doakan saya bersama teman seperjuangan lain agar dapat naik ke pentas bersama. Insya Allah.
PARAM sudah kembali
Semalam saya berpeluang untuk meninjau keadaan PARAM. Kalau diikutkan hati, saya ni bukannya suka sangat membeli juadah berbuka puasa di pasar. Lagi pula kalau pasar tersebut ramai pengunjungnya. Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pun tidak suka untuk ke pasar. Baginda juga menyarankan agar kita membaca doa sebelum memasuki pasar. Saya pergi semalam pun untuk membeli sedikit juadah terutamanya air soya. Teman-teman tahu apa itu PARAM? Hehe kami ketika di alam kampus UTM suatu ketika dahulu mengenali Pasar Ramadhan dengan nama PARAM. Macam nama India plak. Ntahlah. Ringkas punya pasal. Terkejut beruk saya dibuatnya apabila melihat lautan manusia mengambil kesempatan memeriahkan PARAM. Kemungkinan ada yang datang hendak membeli dan ada yang mengambil kesempatan menjamah mata.. Fuh semangat.
Saya menyarankan agar rakyat Malaysia berfikir 2 kali untuk ke pasar. Ini kerana banyak sangat mudharatnya. Ye lah bila dah ramai tu maka terpaksalah berhimpit-himpit melalui gerai-gerai makanan. Yang datang tu pulak datang dengan pelbagai fesyen. Ish sakit mata dibueknya. Kalau teringin sangat hendak pergi tu, pergilah seawal mungkin iaitu dalam pukul 5.00 petang untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan kita sakit mata. Apa yang menjadi kerisauan ialah takut definisi bulan Ramadhan ditafsirkan menjadi bulan mencari rezeki dan bulan memperabih duit. Akhirnya semoga menjadi ingatan kita semua agar sentiasa berpada-pada membeli juadah untuk berbuka puasa. Dengan kata lain ber'wasatiah' atau bersederhana untuk mengelakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitan.
Akhirnya selamat menjalani ibadah puasa dan sempat berjumpa di Ramadhan tahun depan. Insya Allah.
Ramadhan Kareem.
Ibnu Ibrahim.
Wednesday, May 18, 2011
Istikharahlah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.
Usrah di tepi pantai
Wah!! Banyaknya habuk dan sawang-sawang dalam blog ini dek kerana tidak terurus dengan baik. Seperti kebiasaan apabila hendak menulis ada sahaja halangan yang dating. Alhamdulillah di kesempatan dan kekuatan yang ada ini saya mengambil kesempatan untuk menulis. Sekurang-kurangnya ada juga bahan untuk dikongsi dengan pengunjung sekalian.
Semalam tepat jam 10:30 pagi saya berserta seramai 6 orang pelajar tahun satu bertolak ke pantai Teluk Ketapang bagi memenuhi takwim mahasiswa KUDQI iaitu usrah mingguan. Dalam suasana yang damai dan berangin kami berusrah dalam keadaan yang harmoni. Kami membentuk satu halaqah di bawah pohon rhu yang teduh di tepi jalan. Walaupun kami dipandang pelik oleh orang ramai yang lalu lalang kami tetap meneruskan usrah sehinggalah habis.
Seperti biasa, usrah dimulakan dengan bacaan al-quran dan terjemahan oleh setiap ahli usrah yang hadir. Kemudian, diisi pula dengan pengisian teks usrah harakiah, (sirah nabawiyah tidak sempat) dan diakhiri dengan isu-isu semasa dan muhasabah. Alhamdulillah..respon yang baik telah diberikan oleh adik-adik tahun satu sepanjang usrah berjalan. Sebelum mengakhiri usrah saya sempat memberikan sedikit pengisian berkenaan dengan Nidzom (Unit) Baitul Muslim. Nidzom Baitul Muslim sehingga ke hari ini telah berjalan dengan baik setelah ianya diwujudkan dua sesi yang lepas. Cuma sambutannya agak kurang memberangsangkan. Insya Allah ‘slow-slow’ kata orang Bangladesh.
Baitul Muslim jalan terbaik
Maklumlah mungkin ianya perkara baru bagi mahasiswa KUDQI. Tidak sama dengan saya dan teman-teman yang sempat belajar di universiti-universiti tempatan yang lain. Sesi kali ini saya masih lagi diamanahkan sebagai Pengerusi Nidzom Baitul Muslim. Saya bersyukur sepanjang kewujudan Nidzom Baitul Muslim KUDQI sedikit sebanyak ianya mengurangkan masalah ‘couple’ di kalangan mahasiswa KUDQI. Pelbagai ragam mahasiswa. Ada yang bersyukur dengan kewujudan unit ini dan terus menggunakan sepenuhnya saluran yang ada bagi menyatakan hasrat untuk berbaitul muslim. Ada juga mahasiswa yang menolak perlunya kewujudan unit ini dengan alasan yang tidak munasabah dan hanya sekadar alasan semata-mata.
Berbalik dengan penerangan saya tadi, penerangan ini merupakan salah satu daripada aktiviti Nidzom Baitul Muslim. Nidzom Baitul Muslim adalah merupakan satu unit yang ditubuhkan di bawah pemantauan Hal Ehwal Pelajar (HEP) KUDQI. Di antara tujuan diwujudkan Nidzom Baitul Muslim adalah untuk memperkenalkan kepada mahasiswa KUDQI tentang kaedah sebenar untuk menyatakan hasrat kepada pasangan yang diminati. Ini merupakan satu kaedah yang disuruh oleh syariat Islam dan bukannya menjadikan saluran yang lain seperti sms dan telefon untuk berkenalan dengan pasangan.
Matlamat Nidzom Baitul Muslim KUDQI
Membentuk keperibadian individu Muslim dan Rumahtangga Muslim yang diredhai Allah SWT.
Objektifnya
1. Sebagai wadah dalam menyampaikan hasrat pelajar muslimin atau pelajar muslimat kepada bakal pasangan yang diingini untuk membina rumahtangga muslim.
2. Mendedahkan pelajar-pelajar KUDQI kepada kaedah perhubungan yang mengikut syariat Islam tanpa menafikan hak-hak sebagai seorang manusia yang mempunyai naluri untuk menyayangi dan disayangi.
3. Membimbing pelajar-pelajar KUDQI dalam memahami tanggungjawab dan hak dalam hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
4. Membantu mempermudahkan urusan perkahwinan bagi pasangan yang berhasrat untuk berkahwin tetapi dihalang oleh keluarga.
Konsep yang digunakan
1. Bertawakkal kepada Allah SWT dengan menjadikan Solat Istikharah sebagai jambatan dalam membuat keputusan dan pasrah dengan apa jua ketentuan Allah SWT.
2. Menjaga kerahsiaan hubungan atau ikatan yang terjalin antara pasangan pelajar Muslimin dan Muslimat.
3. Mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam hubungan yang terjalin dengan memperbanyakkan munajat kepada-Nya dan menjauhkan diri dari sebarang unsur yang merangsang nafsu syahwat dan membawa kepada kemurkaan Allah.
4. Memelihara tutur kata dan tingkah laku agar tidak menjerumuskan diri dan pasangan ke dalam perkara-perkara yang melampaui batas-batas syariat. Ia juga merupakan persediaan dalam membina rumahtangga dan melahirkan zuriat keturunan yang diberkati Allah.
Kesimpulan
Apa yang dapat saya simpulkan ialah saluran Baitul Muslim adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ‘couple‘ di kalangan mahasiswa. Konsep seperti istikharah kedua-dua pasangan, menjaga kerahsiaan dan adanya batas di dalam hubungan adalah merupakan konsep untuk memastikan hubungan yang dibina adalah berlandaskan asas taqwa dan mencari mardhotilLah. Menjaga kerahsiaan misalnya, merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam sepanjang tempoh pertunangan.
Apatah lagi sebelum termeterainya ikatan pertunangan. Ini bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan perkara-perkara yang boleh mengaibkan pihak perempuan mahupun lelaki jika pertunangan tersebut terpaksa diputuskan. Sungguh, terlalu banyak hikmah yang terdapat di sebalik setiap suruhan dan tuntutan Ilahi..ada yang mampu kita singkap dengan akal fikiran dan ada juga yang tidak mampu disingkapkan oleh akal seorang hamba yang kerdil di sisi Yang Maha Mengetahui..
Wallahu A'lam.

Saturday, March 19, 2011
Jika masih ada rezeki
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Jika ada rezeki
“Lepas ni anta hendak sambung di mana?”. Inilah soalan yang seringkali dilontar kepadaku. Tambahan pula ini merupakan semester yang terakhir buatku. Insya Allah mudah-mudahan dapatlah aku menamatkan pengajian dalam bidang agama iaitu Diploma Syariah. “Insya Allah jika ada rezeki hendak menyambung di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Kalau tiada rezeki kerja dahululah jawabnya.” Balasku ringkas untuk menjawab persoalan tersebut. Insya Allah ianya tidak akan terhenti setakat Diploma, malah cita-citaku untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Phd. Insya Allah. Ini janji kepada diriku. Semoga diriku dan sahabat-sahabat lain terus thabat (istiqamah) dalam bidang da’wah.
Bagi menghadapi hari-hari dalam semester terakhir sudah terasa beratnya. Maklumlah menjadi mahasiswa sepenuh masa dalam keadaan sudah berumur. Ini menyebabkan banyak tanggungan yang perlu dipikul. Hendak menyara keluarga lagi di samping yuran pengajian dan perbelanjaan seharian yang agak tinggi menyebabkan terasa bebanannya. Tambahan pula kami saya dan isteri belajar sekali. Poket sudah ke paras yang kritikal. Dalam erti kata lain sudah ke tahap merah dah.
Maka saya dengan merasa rendah diri ingin memohon sumbangan daripada tuan dan puan yang budiman. Jika ada sumbangan zakat daripada syarikat tuan dan puan, amatlah saya alu-alukan. Insya Allah segala sumbangan yang diberikan tidak akan saya sia-siakan. Segala sumbangan yang diberikan saya dahulukan dengan ucapan jazakalLahu khairan kathira. Semoga tuan dan puan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allahu Subhanahu Wa Taala. Di sini saya sertakan butiran perbelanjaan yang terpaksa ditanggung.
a. Yuran pengajian RM 860.00 X 2 orang = RM 1,720.00
b. Buku pengajian RM 100.00 X 2 orang = RM 200.00
c. Sewa rumah RM 200.00 X 6 bulan = RM 1,200.00
d. Perbelanjaan isi rumah dan keperluan harian RM 1,000.00 X 6 bulan = RM 6,000.00
(Jumlah kesemua perbelanjaan a+b+c+d = RM 9,120)
Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan peribadi atau zakat salurkan ke akaun maybank saya iaitu yang bernombor: (1640 7049 5621) - Ismail bin Ibrahim

santai
Subscribe to:
Posts (Atom)