Sunday, August 14, 2011

Terima kasih di atas sumbangan kalian..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Melanjutkan pengajian

Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberikan hidayah yang tidak terhingga. hari ini kita semua diberikan kesempatan memasuki hari ke 14 di bulan ramadhan. Semoga kita semua dapat meneruskan berpuasa hingga ke akhirnya dan diberikan kesempatan untuk berjumpa di ramadhan akan datang. Insya Allah.

Setelah beberapa tahun diri ini merantau ke tempat orang, diri ini merasakan banyak kekosongan yang melanda diri. Maka ekoran daripada itu, saya dan isteri telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama pulak. Kami pun membuat keputusan untuk ke Yaman pada 1997. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk menuntut kedua-dua ilmu. Satu ilmu yang menyentuh hal-hal keduniaan di universiti tempatan. Saya di UTM manakala isteri di UPM. Manakala ilmu yang satu lagi ialah ilmu yang menyentuh hal-hal keagamaan. Di sini saya juga menyeru agar teman-teman yang sudi membaca blog ini mengambil peluang keemasan seperti ini jika diberikan kesempatan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala.

Sumbangan individu dan syarikat

Sebelum bertolak, saya juga sempat menanyakan kepada teman-teman yang lain tempat-tempat yang sesuai untuk pergi. Ada yang menyarankan ke Syria, Yaman dan juga KUDQI (Terengganu). Alhamdulillah Allah dorongkan kami ke Yaman setelah berurusan dengan sahabat yang sudah berada di sana ketika itu. Syukran ya akhi kerana banyak membantu.. Begitu juga sahabat-sahabat yang banyak membantu dari sudut kewangan. Banyak tempat juga saya mengikuti ustaz-ustaz yang memberikan kuliah untuk meminta sumbangan daripada orang ramai..

Di samping itu saya juga membuat surat untuk memohon sumbangan daripada individu-individu dan syarikat-syarikat. Ada yang sudi memberi dan ada yang tidak. Kepada yang sudi untuk menghulurkan sumbangan hatta rm 10.00, jika sekiranya ia adalah ikhlas ianya dikiranya suatu amalan yang cukup besar di sisi Allahu Subhanahu Wa Taala. Di kesempatan ini saya hendak mengucapkan syukran jazilan kathiran kepada semua yang memberikan sumbangan dari segi moral dan juga wang ringgit.

Jasa kalian cukup besar kerana membantu hambaNya mencari ilmu dalam bidang agama..ini menyahut seruan Tuhan ayat 122 surah At-Taubah yang bermaksud “Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang,oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari setip-tiap puak diantara mereka,supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama,dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya yang keluar berjuang apabila orang-orang itu kembali kepada mereka,mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah.)( at-Taubah:122)

Huraian lanjut berkenaan dengan ayat 122 Surat at-Taubah boleh dilihat di tafsir surah at-taubah

Ibnu Ibrahim.

No comments:

Post a Comment