Tuesday, August 2, 2011

PARAM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Belasungkawa

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memberikan sedekah al-Fatihah buat insan-insan yang hebat ini kerana pergi menemui Sang Pencipta. Semoga rohnya ditempatkan bersama para sollihin. Insya Allah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah. Insan-insan tersebut ialah:-
1. En. Ahmad Izzudin Abdullah, bekas boss ketika saya bertugas sebagai Penolong Juru Ukur Bahan selama 2 tahun di AIA Assocites.

2. Cikgu Radhi, seorang pimpinan PAS di Gombak ketika saya bersama teman-teman para Pemuda PAS Gombak selama 6 tahun di Gombak.

3. Dr. Lo'lo, seorang pimpinan Muslimat PAS yang istiqamah dalam perjuangan. Saya dan zaujah pernah berurusan dengan beliau ketika beliau bertugas di Hospital Kohilal.

Menyuburkan kembali ladang

Fuh...fuh.. habis berabuk opis alam mayaku ini. Apa khabar semua teman pengunjung sekalian? Harap-harap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah hari ni semua umat Islam menyambut 2 Ramadhan. Ramadhan Kareem buat semua. Sebenarnya selama 2 bulan blog ini kosong tanpa berita sebenarnya disebabkan tuan punya ladang ini mengahadapi masalah kesihatan. Periksa akhir semester pun saya terpaksa tangguh. Huhu orang lain dah siap sedia menerima Diploma dah. Saya masih belum mengetahui lagi apa keputusannya. Doakan saya bersama teman seperjuangan lain agar dapat naik ke pentas bersama. Insya Allah.

PARAM sudah kembali

Semalam saya berpeluang untuk meninjau keadaan PARAM. Kalau diikutkan hati, saya ni bukannya suka sangat membeli juadah berbuka puasa di pasar. Lagi pula kalau pasar tersebut ramai pengunjungnya. Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pun tidak suka untuk ke pasar. Baginda juga menyarankan agar kita membaca doa sebelum memasuki pasar. Saya pergi semalam pun untuk membeli sedikit juadah terutamanya air soya. Teman-teman tahu apa itu PARAM? Hehe kami ketika di alam kampus UTM suatu ketika dahulu mengenali Pasar Ramadhan dengan nama PARAM. Macam nama India plak. Ntahlah. Ringkas punya pasal. Terkejut beruk saya dibuatnya apabila melihat lautan manusia mengambil kesempatan memeriahkan PARAM. Kemungkinan ada yang datang hendak membeli dan ada yang mengambil kesempatan menjamah mata.. Fuh semangat.

Saya menyarankan agar rakyat Malaysia berfikir 2 kali untuk ke pasar. Ini kerana banyak sangat mudharatnya. Ye lah bila dah ramai tu maka terpaksalah berhimpit-himpit melalui gerai-gerai makanan. Yang datang tu pulak datang dengan pelbagai fesyen. Ish sakit mata dibueknya. Kalau teringin sangat hendak pergi tu, pergilah seawal mungkin iaitu dalam pukul 5.00 petang untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan kita sakit mata. Apa yang menjadi kerisauan ialah takut definisi bulan Ramadhan ditafsirkan menjadi bulan mencari rezeki dan bulan memperabih duit. Akhirnya semoga menjadi ingatan kita semua agar sentiasa berpada-pada membeli juadah untuk berbuka puasa. Dengan kata lain ber'wasatiah' atau bersederhana untuk mengelakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitan.

Akhirnya selamat menjalani ibadah puasa dan sempat berjumpa di Ramadhan tahun depan. Insya Allah.

Ramadhan Kareem.
Ibnu Ibrahim.

No comments:

Post a Comment