Tuesday, September 6, 2011

Kembali ke alam pekerjaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Cita-cita

"Apakah cita-cita kamu?" Tanya Cikgu Aminah. Cikgu Aminah adalah guru di Sekolah Rendah Bukit Jejulong yang paling kuingat. Cikgu lain pun kuingat cuma yang lebihnya Cikgu Aminah. "Jadi guru". Naik sekolah menengah pulak cita-citaku bertukar. "Saya nak jadi ustaz.". Tetapi apabila memasuki alam universiti ku memilih bidang 'muhandis mimari' atau dalam bahasa melayunya Jurukur Bahan. Pernah juga bercita-cita hendak menjadi seorang Juru Ukur Bahan Muslim. Segala-galanya boleh berubah atas kehendak kita. Apa yang penting ialah segala kerja yang kita lakukan mestilah atas tujuan untuk Islam.

Bermulanya tugas seorang pendidik

Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua diriku kembali ke alam pekerjaan setelah hampir 4 tahun melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Soalan yang sama juga ku ajukan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Ghazali, Bandar Tasik Puteri, Rawang. "Apakah cita-cita antum semua?". Pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menjawab "Saintis", "Guru", "Polis", "Askar". Ada yang agak luar biasa cita-citanya. "Saya hendak menjadi dj radio, ustaz" "Saya pula hendak menjadi tukang masak yang hebat, chef, ustaz." Apa-apa pun cita-cita kita, apabila ianya bersandarkan Islam dan ikhlas kerana Allah, maka ianya akan berada di bawah rahmat Allah dan mendapat pahala di sisiNya. Insya Allah.

Semoga anak-anak pelajar ini membesar sebagai orang Islam yang faham akan tuntutan Islam yang sebenar kelak. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment