Friday, June 28, 2013

Kenapa Pas Menggunakan Saluran Demokrasi?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Demokrasi adalah wasilah

Jihad melalui demokrasi adalah jalan atau wasilah untuk Islam menang dan berkuasa dengan aman. Dan inilah jalan yang digunakan oleh Gerakan Islam Pas buat masa ini. Apakah pandangan Islam terhadap demokrasi? Apakah tanggungjawab rakyat secara umumnya?

 Ikuti kuliah Tuan Guru Presiden berkenaan dengan demokrasi.




Video 1 - Demokrasi ; Kita memilih Jihad Secara Pilihanraya - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Video 2 - TG Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang - Pandangan Islam tentang Demokrasi



Isu Dakwat Kekal - Pandangan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Isu dakwat kekal di dalam pilihanraya

Kenapa ya seolah-olah tiada penjelasan yang terbaik untuk diterima daripada pihak kerajaan berkenaan dengan isu dakwat kekal ini. Ayuh kita ikuti pandangan penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai perkara ini.

Kata beliau:

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.

Thursday, June 27, 2013

Pertembungan Dua Ideologi Bakal Berlaku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Ta'ziah kepada ahli keluaraga


Semalam iaitu 26 Jun 2013 rakyat telah digemparkan dengan berita bahawa seorang Adun di Terengganu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.40 pagi. Rata-rata pengamal politik meramalkan akan berlaku Pilihanraya Kecil yang pertama selepas PRU Ke 13 baru-baru ini. Maka akan berlakulah semula pertembungan dua ideologi politik dan dasar perjuangan di Kuala Besut.

Adalah diharapkan pertembungan ini berlaku dengan suasana yang baik, aman dan tiada kata keji mengeji di antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya semoga keputusan akan berpihak kepada pihak yang menjadikan Islam sebagai ideologi perjuangannya akan menang.

Adun Kuala Besut meninggal, PRK pertama

Anis Nazri, 26 Jun 2013 

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.


Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.


PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
 

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.  

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).


harakahdaily; adun kuala besut meninggal pilihan raya kecil pertama

Pas Harapan Rakyat Dikala Oic Tiada Suara

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Harapan rakyat terhadap Pas

Rakyat kebanyakkan mengharapkan agar Pas dapat memainkan peranan di dalam isu Syria. Ini memandangkan bahawa Pas mewakili Parti Islam di Malaysia dan sekaligus menjadi suara kepada masyarakat Islam di Malaysia. Dalam suasana OIC dan PBB seolah-olah ditutup mulut daripada berkata mengenai Syria alangkah baiknya Gerakan Islam Pas maju ke hadapan membela rakyat Syria daripada terus menerus dizalimi oleh Basyar Asad laknatulLah.

Kenyataan media Presiden Pas

KENYATAAN MEDIA RINGKAS PRESIDEN PAS 25 Jun 2013

"PAS AKAN BERSAMA DENGAN GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU BAGI MERUNGKAI KONFLIK DI SYRIA"

1. Konflik berdarah dan kezaliman terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.

2.  Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria sendiri untuk menentukannya.

3. Sepanjang tempoh ini juga kepimpinan PAS selain dari mengadakan protes, telah juga mengambil tindakan tertentu bertemu dengan berbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi mencadangkan penyelesaian terhadap konflik yang semakin hari semakin buruk itu, selain dari membantu rakyat Syria yang berdepan dengan kesukaran dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

4. Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk "Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam" pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.

5. Langkah terbaru pada bulan Julai ini yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang lebih hampir.

6. PAS mengharapkan iringan sokongan doa dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

PRESIDEN PAS

Tuesday, June 25, 2013

Seronok Berusrah Malam Ini

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Malam yang terisi


AlhamdulilLah. Seperti biasa pada setiap minggu, Isnin malam Selasa kami terisi dengan pengisian usrah. Apa itu usrah? Usrah dalam bahasa 'arab ialah keluarga. Dalam erti kata lain ialah "pertemuan berorientasikan ukhuwwah". Usrah bukan hanya mendengar kupasan kitab-kitab malah kami juga mengadakan usrah di dalam bentuk makan-makan, mandi-manda, main bowling dan pelbagai bentuk yang lain lagi. Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membentuk kefahaman dan ukhuwwah di kalangan anggota Gerakan Islam.

AlhamdulilLah, baru sebentar tadi kami telah dihidangkan dengan taujihat, mau'izzah dan mutiara yang sangat berguna kepada seluruh pejuang islam. AlhamdulilLah kelihatannya ramai anak-anak muda bersama program Usrah Gabungan (UG) pemuda pada malam ini. UG pada malam ini berkisar kepada akhlak seorang pejuang Islam. Pengisian pada malam ini ialah daripada Naib Yang Di Pertua Pas Gombak iaitu al-fadhil Ustaz Kamalulhysham (Farhan).

Ustaz menghuraikan ayat-ayat daripada Surah al-Hujurat: Ayat 1, Ayat 2, Ayat 6 dan Ayat 9. Ustaz memulakan bicaranya dengan menghuraikan secara ringkas pengenalan. Hujurat dengan makna bilik-bilik Isteri-isteri Nabi. Surah ini diturunkan di Madinah.

Akhlak ahli Gerakan Islam Pas 

Seterusnya ustaz memulakan bicaranya. 

Akhlak pertama (Ayat 1) - Janganlah mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah.

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’(Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)."

Di dalam ayat ini ustaz menjelaskan bahawa janganlah seseorang bertindak mendahului Allahu Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya di dalam apa jua perkara.
 
Akhlak kedua (Ayat 2) - Janganlah kamu meninggikan suara di depan Nabi. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus amalan kamu, sedangkan kamu tidak menyedari."
Ustaz ada menceritakan kisah seorang sahabat nabi yang ada masalah pendengaran dan kebiasaan berbicara dengan nada yang kuat. Apabila turunnya ayat ini, dia merasakan ayat tersebut diturunkan kerananya. Kata Nabi  Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukan diturunkan kerananya. 

Akhlak ketiga (Ayat 6) - Siasat dahulu berita yang diterima 

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
Ustaz menjelaskan bahawa fasiq ialah keluar daripada syara'. Apakah akhlak seorang ahli Gerakan apabila berdepan dengan keadaan sedemikian? Dia hendaklah 'tabayun' iaitu menyiasat terlebih dahulu apakah berita tersebut benar ataupun sebaliknya. 

Akhlak terakhir (Ayat 9) - Damaikan dua mukmin yang berperang 

"Dan jika dua golongan daripada orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Maka jika salah satu daripada kedua-duanya berbuat aniaya terhadap yang lain, maka perangilah yang berbuat aniaya itu sehingga kembali kepada perintah Allah. Maka jika telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil. Dan hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."
 Ustaz ada menceritakan bahawa ajaibnya peluk seseorang boleh menyebabkan ikatan silaturrahim akan bertambah kuat antara satu dengan lain.

Acara pada malam ini diakhiri dengan mengisi perut. Seronok kan berusrah... :)

WalLahu A'lam.

Artikel berkaitan: 

Saturday, June 22, 2013

Awas! Anak-anak Anda Di Dalam Bahaya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Jaga ahli keluarga anda

Beberapa hari yang lalu terdapat satu laporan polis yang menyatakan gadis dirogol. Itulah padahnya apabila mudah dan murahnya gadis di zaman ini. Moga ianya tidak menimpa ahli keluarga kita semua. Ameen.

Kampung Bukit Parit adalah terletak di sebuah pedalaman. Sepuluh tahun yang lalu saya ada terdengar kes sebegini yang tidak sepatut saya catatkan di sini. Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Sampai bilakah perkara seperti ini menimpa umat Islam? Sama-samalah kita memikirkannya.

Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol


Posted on the June 20th, 2013 under Tempatan by admin

MARANG – Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam. 

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya. 

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa. 

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian. 

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Sumber: harian metro online; terpedaya cinta facebook gadis dirogol

Thursday, June 20, 2013

Isu Pasar Payang Hangatkan Dun Terengganu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Pasar Payang Warisan Terengganu

Daripada dahulu sampailah sekarang Payar Payang adalah merupakan destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong daripada luar Negeri Terengganu Darul Iman. Di Pasar Payang ini, para pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan basah dan kering dengan harga yang berpatutan. Di samping itu juga ada dijual pelbagai jenis pakaian, batik, sutera dan songket. Ada juga segelintir menamakan Pasar Payang sebagai Syurga batik, sutera dan songket. Wikipedia juga ada mencatatkan perihal Pasar Payang.

Sebelum daripada ini timbul isu Pasar Payang ini bakal dirobohkan. Hendak dibina apakah selepas dirobohkan?Yang pastinya jika dibina semula pasar di dalam bentuk yang lebih moden dan canggih yang pastinya rakyat dibebani dengan kos sewa yang agak mahal. Kesian rakyat Terengganu. Kesian kepada rakyat negeri saya di lahirkan.

Sidang DUN Terengganu bermula

Isu perobohan Pasar Payang ini telah hangat diperbahaskan. Semoga ianya menatijahkan yang terbaik buat rakyat Negeri Terengganu. InsyaAllah.

MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang

Hazayani Zakaria 
20 Jun 2013 

KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.

Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.

Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.

"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.

Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'

"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.

Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.

"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.

"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad.

Sumber: harakahdaily; mb terengganu mengamuk isu pasar payang

Monday, June 17, 2013

Ustaz Nasruddin Hassan Bakal Menemui Hampir 90,000 Peminatnya

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Pemimpin dekat di hati rakyat


Alhamdulillah. Pada hari ini kita dapat melihat telah ramai pimpinan Gerakan Islam Pas yang bersosial melalui laman-laman sosial, facebook, tweeter dan lain-lain. Antara kesan yang dapat kita lihat ialah pimpinan dekat di hati rakyat walaupun berjauhan beribu-ribu kilometer. Melalui laman-laman sosial rakyat dapat meluahkan kritikan serta pandangan kepada pimpinan.

Syabas kepada Ahli Parlimen Pas Temerloh yang juga Ketua Pemuda Pas kerana mampu untuk istiqamah berinteraksi dengan rakyat melalui medium ini. Semoga berterusan.

Ikuti luahan beliau sepanjang berinteraksi dengan rakyat melalui facebook beliau.

'Kekadang hati menangis kerana terhiris'

Harakahdaily, 17 Jun 2013 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan mengakui kadang-kadang hatinya terhiris dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan di ruangan komen di laman sosial facebooknya.

Berkongsi pengalamannya bersosial di alam maya hampir tiga tahun, beliau berkata, biarpun kritikan itu pedas dan tajam, namun dia suka untuk melihatnya dari sudut yang positif.

"Sungguhpun pada saat - saat tertentu, kritikan mereka membuatkan hati saya menangis sendirian kerana terhiris, namun saya tetap akan mengagahkan diri untuk mempelajari sesuatu dari kritikan tersebut," katanya dalam entri bertajuk "3 tahun sahaja" di akaun laman peminat facebooknya.

Bercerita lanjut, beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sepanjang mengndalikan facebooknya sejak tiga tahun lalu pelbagai warna posting dan gaya status ditemuinya.

Baginya, ia mencerminkan rencamnya pemikiran manusia yang ada di dunia ini yang seharusnya diterima.

"Saya telah temui 1001 satu jenis dan kategori pemikiran manusia melalui komen, ulasan, kritikan, teguran, nasihat, sokongan, herdikan, cacian dan nista yang dihamburkan. Begitulah rencamnya pemikiran masyarakat diluar sana. Aneka karenah dan ragam pembaca yang melintas di laman sosial milik saya ini.

"Saya banyak mempelajarinya malah mengambil iktibar darinya. Meskipun saya tidak punya banyak masa untuk menjawab, tetapi paling tidak saya akan membaca keseluruhan komen dan bahagian yang paling saya suka ialah bahagian kritikan pedas dan keras," luahnya lagi.

Biarpun begitu, beliau tetap mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung samaada terdiri dari rakan-rakan seperjuangan mahupun "pengkritik tetap".

Malah katanya, ada sesetengah tindakan yang dibuat khususnya dalam dewan pemuda adalah hasil daripada komen-komen yang diterinya melalui facebook.

"Insyaallah, ada masa kelak dan mungkin di musim cuti sekolah akhir tahun ini, saya nak anjurkan gathering fan club saya yang terdiri dari sebahagian besar pengunjung facebook ini.

"Kita santai sambil beramah mesra meskipun berbeza latar politik dan akademik. Are you ready?," soalnya menutup coretan entri itu.

Untuk rekod, sehingga berita ini ditulis, laman peminat Nasrudin Hassan kini mempunyai sejumlah 89,405 peminat.

Sumber: harakahdaily; kekadang hati menangis kerana terhiris

Tindakan Tepat Kerajaan Mesir

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Putuskan hubungan langkah tepat

Isu Syria masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Yang terbaru ialah Kerajaan Mesir telah pun memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Syria. Bagaimana dengan negara-negara umat Islam yang lain? 

Mesir hentikan hubungan diplomatik dengan Syria



KAHERAH: Mesir menghentikan jalinan hubungan diplomatik dengan Syria dan turut mengarahkan Kedutaan Damsyik di Kaherah ditutup, demikian menurut Presiden Mesir, Mohammed Morsi hari ini.

Beliau turut memberitahu penyokongnya dalam satu perhimpunan hari ini bahawa kerajaan akan membawa keluar pegawai kedutaan daripada Kaherah di Damsyik.


Pada masa sama, Morsi turut menggesa pejuang Islam Lubnan, Hezbollah untuk meninggalkan Syria. - AP

Sumber: bharian; Mesir hentikan hubungan diplomatik dengan Syria