Friday, October 15, 2010

Dah 2 Bulan Rupanya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Maaf, maaf, maaf.

Terlebih dahulu, maaf, maaf, maaf kepada sahabat-sahabat yang mungkin seringkali datang untuk melihat perkembangan blog ini. Permohonan maaf inilah yang akan saya mulakan jika pada masa-masa yang akan datang blog ini tidak di update dalam jangka waktu yang lama. Insya Allah jika masih diberikan kesempatan waktu dan masa saya akan cuba untuk mengisi blog ini dengan bahan-bahan yang boleh memberikan manfaat buat kita semua. Insya Allah.

Tersenyum saya apabila membuka laman sesawang kesayangan ini apabila hendak mengemaskini blog. Rupa-rupanya sudah 2 bulan tidak terusik. Ini sudah rekod baru ni. Hehe. Banyaknya sawang labah-labah... Cemburu saya melihat blog rakan-rakan yang sentiasa up-to-date blognya. Saya mencuba sedaya upaya agar ianya sentiasa dikemaskini. Perasaan cemburu merupakan fitrah seseorang manusia apabila melihat orang lain lebih terkehadapan di dalam sesuatu perkara. Dalam mata pelajaran 'Da'wah' semalam, kami semua pelajar Tahun 3 Syariah diberikan mauizzah oleh Ustaz Nik berkenaan dengan 'cemburu'. Beliau ada mengatakan bahawa Allah Subhanahu Wata'ala lebih cemburu daripada makhluknya. Allah Subhanahu Wa'taala cemburu melihat hamba-hambanya yang melakukan maksiat kepadanya.

Jika kita melihat di mana-mana dengan mudah kita akan dapati bahawa adanya orang yang tidak segan silu untuk melakukan maksiat. Bergurau senda antara dengan bukan mahram, berbonceng, tidak memakai tudung dan banyak lagi. Itu di tempat yang orang lain boleh melihat perbuatan maksiat tersebut. Di internet apatah lagilah. Moga kita semua dijauhi oleh Allah Subhanahu Wata'ala berdepan dengan makhluk-makhluk tersebut. Dan kita semua dipelihara dan tidak diuji ketika iman kita berada ditahap yang lemah. Amin.

Tahun 3 kena bertanding? Habislah kita.

Berbalik kepada perkara untuk mengemaskini blog, sebenarnya sentiasa terlintas di fikiran akan perkara-perkara yang ingin dikongsi dengan teman-teman pengunjung. Dahulu pernah terlintas untuk menulis berkenaan dengan umur 'blog hijau biru' ini. Tetapi apakan daya ianya ditelan waktu dan zaman. Tahun ini merupakan tahun cabaran buat semua Tahun 3. Tahun ini merupakan tahun akhir bagi yang sedang menuntut di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (KUDQI). Maka Tahun 3 inilah merupakan tahun untuk memperbaiki result yang terdahulu. Malah mentaliti ini sentiasa berlegar di kalangan mahasiswa Tahun Akhir. Akibat dipengaruhi dengan mentaliti yang pada saya kurang sihat ini telah menyebabkan satu usul khas yang memohon pihak pentadbiran membenarkan mahasiswa Tahun 3 untuk bertanding pilihanraya MPMKUDQI telah ditolak oleh mahasiswa.

Jujur, saya sendiri juga terpengaruh dengan mentaliti seperti ini. Entah kenapakah mentaliti seperti ini sukar untuk dibuang dan dikikis di kalangan mahasiswa. Mungkin disebabkan oleh kemuraman 'budaya i'lmu'. Maka dengan melihat kemasukan mahasiswa Tahun 1 yang baru maka saya berdoa agar 'budaya ilmu' dapat dihidupkan kembali. Saya juga memerlukan doa sahabat-sahabat agar hasrat ini tercapai. InsyaAllah.

Saya ada mengatakan dengan sahabat saya yang juga AJK untuk menggubal Perlembagaan MPMKUDQI, "Allah Subhanahu Wata'ala tidak melihat BERJAYA ATAU TIDAK tetapi apa yang Allah Subhanahu Wata'ala melihat ialah kita buat atau pun tidak". Alhamdulillah itulah ungkapan terbaik untuk menenangkan hati walaupun AJK Perlembagaan tidak berhak untuk mempertahankan usul, tetapi apa yang boleh dilakukan hanya menerang dan menjelaskan sahaja. Tidak perlulah saya nyatakan hujah-hujahnya cukup saya mengatakan bahawa di sana ramai contoh bekas mahasiswa tahun akhir yang cemerlang ketika berada di kampus universiti. Antaranya sebagai contoh Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (UZAR). Dalam keadaan beliau memegang amanah kepimpinan peringkat kebangsaan sebagai Bekas Presiden Gamis yang pertama pun masih lagi mampu untuk cemerlang di dalam bidang akademik.

Ini sekaligus membuktikan bahawa jika kita sibuk setakat mana pun tetapi perngorbanan yang kita lakukan demi Islam maka Allah Subhanahu Wata'la akan memberikan kemudahan kepada hambanya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

WalLahu A'lam.
Ibnu Ibrahim.

2 comments:

  1. Ana ada jugak dengar tentang ni.. Ramai sahabt2 dari yaman yang balik baru ni cerita perkembangan.. Kita kena buat sesuatu untuk KUDQI tercinta.. Hmm... Sedih ni.. (T_T)

    ReplyDelete
  2. ana pun sedih lah jugak akan perkembangan yang berlaku ini. banyak juga perkara yang kita lakukan demi kebaikan bersama ditolak begitu sahaja. ana selaku abang di sini tidak lain dan tidak bukan ingin berkongsi pengalaman yang dilalui semasa di kampus. jika adik-adik di KUDQI hendak menerima pandangan alhamdulillah. tetapi sekiranya adik-adik telah meletakkan 'gap' tidak mahu akan perubahan. apakan daya.. kita hanya merancang Tuhan jua yang menentukannya. dan sebaik-baik perancang ialah Allahu Subhanahu Wata'ala. Teremosilah plak.. :)

    ReplyDelete