Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Seperti memegang bara api
Bersempena dengan hari ini Hari Jumaat yang merupakan ‘sayyidul ayyam’ iaitu penghulu segala hari, marilah kita merafa’kan setinggi-setinggi syukur kepada Tuhan Semesta Alam di atas kurniaanNya yang tidak terhingga. Alhamdulillah juga kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan taufiq serta hidayah kepada diriku ini selaku hamba yang hina lagi dhaif ini menyiapkan satu medium untukku menyampaikan da’wah kepada masyarakat di luar sana. Khas kuucapkan syukran jazilan kathiran buat isteri tersayang di atas sokongan dan dokongan. Tidak dilupakan juga ianya semoga menjadi ingatan kepada diri sendiri dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Menjaga agama di zaman ini seolah-olah seperti ‘menggenggam bara api’.Terima kasih 'pakcik google'
Berbekalkan sedikit pengalaman dalam mengendalikan satu laman web semasa bekerja dahulu memudahkan diriku membuat blog. Dengan bantuan ‘pakcik google’ selama 3 hari maka inilah hasilnya. di sini ku bermula. Alhamdulillah. Membuat blog dengan menggunakan blogspot.com sangat mudah. Bak kata orang 'macam kacang je’. Yang penting kita hendaklah banyak bertanya kepada ‘pakcik google’ dan banyak melakukan ‘try and error’. Ataupun bertanyakan sahabat-sahabat yang sudah mempunyai blog. Alhamdulillah. Idea dan ilham daripada Allah SWT datang mencurah-curah untuk menghasilkan artikel. Tinggal lagi bagaimana menguruskan waktu dan masa untuk mengendalikan blog agar segala kerja tersusun. Ya Allah, permudahkan segala urusanku. Amin, Ya Allah. Sesungguhnya usaha ini sangat kecil berbanding ulama’-ulama’ yang terdahulu yang menghabiskan masanya dengan ilmu.
Dr. Karim Zaidan seorang ulama' yang gigih
No comments:
Post a Comment