Friday, June 7, 2013

Amankah Negara Kita?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Kena bayar cash

Sudah lah tidak dapat meragut, kena tangkap pula. Begitulah nasib seorang peragut yang ingin meragut seorang wanita hamil lima bulan. Kes ragut masih lagi berlaku sehingga ke hari ini walaupun sudah ramai peragut yang dapat ditangkap. Amankah negara kita? Jawapannya adalah tidak. Rakyat pada hari ini berada di dalam ketakutan. Saya merasakan sudah sampai masanya rakyat celik mata betapa perlunya sebuah pemerintahan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Jom baca berita tersebut. 

Suami belasah peragut

WARTAWAN SINAR HARIAN

7 Jun 2013
Suami belasah peragut
Keadaan suspek yang berjaya ditangkap orang ramai ketika cuba meragut wanita hamil lima bulan di Mentakab, kelmarin.
MENTAKAB – Tindakan pantas suami mangsa bergelut dengan seorang peragut dibantu orang ramai berjaya menangkap penjenayah tersebut di hadapan sebuah pusat membeli belah, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku semasa mangsa, seorang wanita berusia 36 tahun yang mengandung lima bulan, baru tiba di pusat membeli-belah itu bersama suaminya dan berjalan masuk ke pintu utama.

Bagaimanapun katanya, tiga lelaki menaiki tiga motosikal menghampiri mereka dan seorang daripadanya bertindak meragut beg tangan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun memegang beg tangan itu dengan kuat. Kemudiannya, suspek cuba menarik rantai leher mangsa, tetapi berjaya dihalang mangsa.

“Suspek menolak mangsa jatuh dan ketika itu juga, suspek jatuh. Suami mangsa kemudiannya bertindak bergelut dengan peragut terbabit dan menangkapnya dengan bantuan orang ramai serta pengawal keselamatan,” katanya pada sidang media, semalam.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 24 tahun yang berasal dari Batu Caves, Selangor itu sudah lama melakukan jenayah ragut di Kuala Lumpur dan pernah ditangkap atas kesalahan sama.

Menurutnya, polis akan menyiasat rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah itu untuk mengambil tindakan. sewajarnya.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan atau denda jika didapati bersalah.

Beliau berkata, mangsa yang sudah menjalani pemeriksaan kesihatan itu mengalami pendarahan pada peranakan, namun keadaan dia dan kandungannya selamat.

Sumber: sinarharian: suami belasah peragut

Thursday, June 6, 2013

Gerakan Islam Pas Terus Unggul

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Kepemimpinan Gerakan Islam Pas

Jatuh dan bangun menghiasi corak perjuangan Gerakan Islam Pas. Ada kalanya menjulang tinggi ke udara dan adakalanya merosot. Akan tetapi pada kurun ini Gerakan Islam Pas semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda. Walaupun demikian coraknya saya tetap yaqin dan percaya bahawa Gerakan Islam Pas pada hari ini sudah pun matang dengan dengan segala mehnah dan tribulasi perjuangan. Gerakan Islam Pas telah melalui beberapa fasa kepemimpinan. Sehinggalah apa yang kita lihat pada hari ini dan mengecapi nikmatnya. Segala pahit dan maung ditempuhi dengan baik walaupun pelbagai usaha musuh dalaman dan juga luaran telah lakukan demi memastikan perjuangan Islam terhenti begitu sahaja.

Alhamdulillah. Sekarang ini kepemimpinan ulama' masih lagi menerajui tampuk kepimpinan Pas Pusat. Kepimpinan ulama' yang diasaskan pada tahun 1982-an itu berterusan sehinggalah ke saat ini. Dengan harapan ianya terus kekal pada masa-masa yang akan datang. Pada saya biarlah orang yang faqeh dalam bidang agama menerajui pucuk pimpinan agar perjalanan Gerakan Islam Pas selari dengan tuntutan Islam.

Perlukan gandingan mantap

Ya, saya sangat bersetuju dan semestinya bersertuju dengan tulisan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat iaitu al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang terbaru iaitu Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini. Beliau ada menulisnya di dalam facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/ustaztantawi.

Kupasan beliau yang panjang lebar serta padat itu secara kesimpulannya adalah betapa perlunya gandingan ulama', aktivis dan profesional. Saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain. Masing-masing dengan kepakaran masing-masing. Golongan ulama' sudah semestinya mahir dalam bidang keagamaan, fiqh (hukum-hakam) berkaitan kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan dengan negara-negara lain. Aktivis pula dekat dengan masyarakat dan kepakaran aktivis parti adalah berkomunikasi dengan masyarakat bawahan. Manakala golongan profesional pula sudah semestinya mahir dalam bidang pengurusan dan perkara teknikal.

Akhirnya jika sekiranya gandingan mantap ini dapat diterjemahkan semaksimum yang mungkin di dalam Gerakan Islam Pas, maka Islam akan terus mendapat tempat di hati masyarakat. InsyaAllah.

WalLahu A'lam.

Ibnu Ibrahim.

Ulama', Aktivis dan Profesional Anggota Gerakan Islam Pas

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Mari sama-sama kita hayati satu artikel yang cukup menarik karangan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Walaupun tidak terlalu panjang tetapi padat dengan ingatan yang sangat berguna buat seluruh pendokong serta penyokong Gerakan Islam Pas. Ikuti kupasan beliau.

Jangan Pisahkan Trio Kepimpinan ini.

1. Tiada dikotomi antara ulama', profesional dan aktivis dalam PAS. Ini penegasan saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Malah ini juga konsensus kami seluruh saf kepimpinan Jawatan Kuasa Harian, EXCO dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sebarang usaha memisahkannya adalah kerja jahat musuh luar atau dalam yang mahu merosakkan reputasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam unggul di negara ini.

2. Ulama' memerlukan Profesional dan Aktivis bagi memacu perjuangan suci ini ke mercu jaya. Sebagaimana Profesional memerlukan Ulama' untuk terus memimpin dan mentarbiyah serta memandu arah bahtera perjuangan ini. Demikian jua Ulama' dan Profesional tidak boleh meminggirkan para Aktivis PAS untuk melaksanakan tugas-tugas besar perjuangan ini agar ia dipikul bersama dan menempa kejayaan dengan gemilang.

3. Kepimpinan Ulama' bukan istilah atau slogan juga bukan konsep untuk mewujudkan dikotomi sekaligus memisahkan Trio Kepimpinan PAS yang berlangsung sejak dulu. Sebaliknya Kepimpinan Ulama' adalah konsep sebuah Kepimpinan "Ilmu" dan "pendokongnya yang berilmu" menepati kehendak Islam untuk memimpin perjuangan atau parti ini dengan benar dan pula menepati Manhaj Perjuangan Islam. Bukan konsep kepimpinan yang memisahkan semua unsur baik dan positif bagi memperkukuhkan jamaah.

4. Semua pihak mesti menginsafi keperluan Trio Kepimpinan ini. Ulama', Profesional dan Aktivis mesti saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan saling hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan saling kutuk mengutuk. Justeru semua segmen mempunyai kekurangan tersendiri yang mesti diakui sebagaimana semua segmen itu juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mesti dihormati.

5. Apabila kesilapan atau kepincangan berlaku, maka ia adalah mewakili individu tersebut bukan ulama' atau profesional atau aktivis. Jangan rosakkan institusi Ulama', Profesional dan Aktivis yang merupakan institusi penting untuk kekal dan wujud dalam bahtera perjuangan ini. Sebagai contoh, apabila seorang guru melakukan perbuatan mungkar seperti zina maka kita tidak boleh menghukum Guru adalah Penzina sebaliknya individu tersebutlah penzina. Demikian juga dalam hal ini.

6. Kepimpinan Ulama' yang diperjuangkan dan diasaskan sejak 1982 yang lalu dan menjadi Konsep Kepimpinan yang sangat berjaya menjulang PAS sebagai sebuah Gerakan Islam Kontemporary yang disegani dari dalam dan luar negara akan terus dipertahankan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan gandingan seimbang serta sepadu antara Ulama', Profesional dan Aktivis.

7. PAS adalah sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam agar cara dan gaya hidupnya dapat direalisasikan dalam masyarakat negara kita. Justeru itu, pemimpin dan anggotanya mesti berilmu bagi memastikan dasar dan matlamat perjuangan dapat didokong serta dilaksanakan dengan baik. Berilmu bukan sahaja kewajipan pemimpin dan anggota PAS malah ia adalah kewajipan asas seorang muslim justeru Islam menentang dan memusuhi kejahilan.

8. Mana - mana individu atau pihak yang meletakkan diri mereka bertentangan dengan dasar dan matlamat perjuangan Islam yang didokong oleh PAS, hendaklah diluruskan agar ia kembali melandasi matlamat dan dasar perjuangan yang betul. Ulama' kah ia, Profesional kah ia atau Aktivis kah ia , itu bukan persoalannya. Persoalannya sikap individu yang memesong diri dari dasar, matlamat, ilmu, amal, adab dan akhlak perjuangan Islam mesti diluruskan. Sementara kebiadaban dan kedegilan mempertahankan sikap yang salah itu pula mesti ditentang.

9. Islam adalah agama hikmah. Islam adalah agama yang maha luas dan kaya dengan pendekatan yang hebat dan menarik menepati zaman dan tempat. Maka pendokongnya juga mesti berhikmah dan berpandangan luas serta hebat seiring dengan kehebatan Islam dalam melayan karenah zaman, tempat dan seluruh warganya.

10. Kepimpinan Ulama' adalah antara hikmah yang dipamerkan oleh PAS yang menggandingkan semua segmen [Ulama', Profesional dan Aktivis secara seimbang dan sepadu]. Gandingan ini pula melahirkan sebuah kehebatan bagi meletakkan PAS mampu bersaing dipentas politik moden pada hari ini. Lantaran itu, usah tolak Kepimpinan Ulama' sebaliknya tolak individu atau mereka yang merosakkan jamaah, mereka yang membocorkan rahsia jamaah, mereka yang menikam jamaah dari belakang, mereka yang menabur fitnah dan tohmahan dalam jamaah, mereka yang melaga - lagakan pemimpin dan 1001 salah laku yang mesti diaudit dengan teliti terlebih dahulu sebelum memuktamadkan tindakan .

Ringkas Pengalaman Saya

a] Zaman Dato' Mahfuz Omar menjadi Ketua DPPP dan Sdr Yb Salahudin Ayub menjadi Timbalan Ketua DPPP, pada waktu itu saya adalah EXCO DPPP dan saya menyokong dan mendokong kepimpinan beliau masa rebah dan tegak.

b] Zaman Yb Salahudin Ayub menjadi Ketua DPPP sementara Ust Idris Ahmad menjadi Timbalan Ketua DPPP bergandingan dengan Sdr Mazlan Aliman sebagai naib Ketua DPPP dan kemudiannya saya menjadi Timbalan Ketua DPPP. Saya menyokong dan mendokong kepimpinan beliau masa jatuh dan bangun.

c] Dua penggal kepimpinan Dato' Mahfuz dan tiga penggal kepimpinan Yb Salahudin Ayub [10 tahun] saya bekerja di bawah mereka dan saya selesa bersama mereka tanpa mencetuskan polemik kepimpinan ulamak.

d] Kini saya dengan segala kelemahan diri ditakdir dan dipilih oleh jamaah untuk memimpin DPPM, Ust Azman Syafawi dan Ust Nik Mohd Abduh bergandingan dengan Sdr Sabki Yusuf dan Dr Raja Iskandar masing - masing sebagai Timbalan dan Naib Ketua DPPM selama dua penggal saya menerajui DPPM, saya harap polemik kepimpinan Ulama' tidak dicetuskan. Justeru ia adalah gandingan mantap yang dipertahankan sejak dulu.

Salam dari bumi Multazam

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


 Kredit https://www.facebook.com/ustaztantawi

Lawak hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Lawak 1

Polis: Awak nampak lampu merah tu?
Amin: Nampak tuan.
Polis: Kenapa awak tidak berhenti?
Amin: Sebab saya tidak nampak tuan, tuan. Kalau tidak saya berhenti tuan

Lawak 2

Cikgu: Buku dalam bahasa omputih?
Botak: ‘Book’, cikgu.
Cikgu: Kalau buku itu?
Botak: ‘That book’, cikgu.
Cikgu: Kalau buku jatuh?
Botak: ‘Buk gede buk’
Cikgu: Pak Hang!!!!





Ribut Tidak Akan Menggoyahkan Gerakan Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Jemaah Islam

Mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam Gerakan Islam Pas hari ini sedikit sebanyak telah melahirkan perasaan yang kurang senang di kalangan penyokong dan pendokong. Isunya tidaklah terlalu rumit untuk difahami. Cumanya kemungkinan ada sedikit teknikal yang menyebabkan para penyokong sukar memahaminya secara mendalam dan tepat. Apabila berlakunya sedikit ribut, ada penyokong yang tenang dan ada penyokong yang cepat melatah. Sifat para pejuang Islam ialah ianya hanya mudah menerima dengan tenang sesuatu isu yang melanda. Setelah menerima, dia berfikir dengan iman akhirnya menerima dengan baik.

Segalanya bermula apabila kemenangan total tidak berpihak kepada Gerakan Islam Pas serta Pakatan Rakyat di dalam Pru ke 13 baru-baru ini. Ada yang menerima dengan tenang keputusan tersebut dan ada yang tidak boleh menerima langsung akan keputusan tersebut.Kepada yang tidak menerima keputusan tersebut, maka dia akan menggali dan akan mereka akan menjadikannya sesuatu isu dan seterusnya menimbulkan keributan.

Bagi ulama' yang meminpin gerakan ini sentiasa mengingatkan "adalah hikmahnya tu". Alhamdulillah. Kita bersyukur bahawa kita dipimpin oleh ulama'-ulama' yang sentiasa menanamkan 'aqidah perjuangan ke dalam diri para setiap pejuang. 

Jemaah mana yang tidak ditimpa ujian?

Walaupun sebesar mana badai yang melanda Gerakan Islam Pas, kita kena tetap yaqin bahawa Allah akan sentiasa menjaga jemaah ini. Ujian akan menimpa kepada Gerakan Islam dan setiap para pejuangnya. Hanya pejuang yang mengikuti tarbiyah yang disusun boleh menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah.

Menghadapinya dengan dada yang lapang dan sentiasa mencari jalan untuk menutup segala kelemahan yang ada. Akhirnya hanya yang benar-benar ikhlas akan dipiih oleh Allah meninggal dalam jemaah untuk menegakkan perjuangan islam. Semenjak dari dahulu lagi sampailah sekarang kita sebagai sebuah gerakan yang menyambung lidah nabi. Alhamdulillah. Itulah sifat Gerakan Islam sebenarnya.

Mampu bertahan walaupun ribut kencang melanda. Semoga kita diberikan taufiq serta hidayah untuk terus thabat, intima' dan wala' kepada Gerakan Islam Pas ini. Seterusnya Gerakan Islam terus menerus mendapat tempat di hati masyarakat.

WalLahu A'lam.

Ibnu Ibrahim. 

Mengenali Sifat Diri

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Mari kita mengenali bagaimana sifat diri kita. Adakah kita tergolong dalam golongan seperti ini? Jika ya marilah kita cuba melakukan perubahan. Artikel ini saya ambil daripada Facebook Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pemarah

Selain 'expectation' atau harapan, punca kemarahan datang daripada ego sendiri. Orang yang panas baran, mudah marah lazimnya:
1. Menganggap dirinya lebih penting daripada orang lain...
    a. Mengapa aku dilayan bagai orang biasa...
    b. Mana aku nak letak air muka aku kalau macam ni.

2. Menganggap diri mereka sentiasa betul...
    a. Itu hak saya... (walaupun tak pernah usaha)
    b. Aku pejuang sebenar, orang yang mengkritik cara    aku, semua anti-perjuangan...
    c. Kan dah suruh abang buat itu dulu, sekarang tengok apa terjadi...

Orang yang mempunyai kedua-dua ciri di atas akan mudah marah apabila mereka tidak mendapat sesuatu yang dihajatkan. Ingatlah, terdapat 6.8 billion manusia di muka bumi Allah. Kadangkala untuk seseorang lain mendapat sesuatu, kita terpaksa hidup tanpa sesuatu benda itu.

Semua orang ada kelemahan masing-masing, yang muka jelita tapi hatinya busuk, yang hati baik tapi tak handsome...itulah uniknya ciptaan Allah - supaya boleh saling menerima, saling memanfaatkan kelebihan masing-masing.

Orang yang marah juga suka bertengkar dengan realiti...
1. Hari ini tidak sepatutnya hujan.
2. Pencuri itu tak patut curi...
3. Jalan ini tak sepatutnya jem.
4. Kawan tak sepatutnya lambat.

5. Boss sepatutnya layan saya dengan baik...

Sedarlah perbuatan di atas hanyalah membazir tenaga dan masa. Apabila kawan dah terlewat, adakah kita nak marah sehingga masa yang dijanjikan bersama dia dihabiskan dengan muka masam?

Jika anda berasa marah terhadap sesuatu situasi yang berulang-ulang, ingatlah ini bukan kerana situasi itu berulang-ulang, ini adalah kerana anda tidak mengubah cara pemikiran anda...

Ingatlah, adalah lebih mudah anda mengubah diri daripada mengharapkan perubahan pada orang lain.Sekadar untuk renungan. SENYUM.


Kesimpulan

Artikel ini sangat bagus untuk kita mengenali diri kita dan seterusnya mengkoreksi diri ke arah yang baik.

Ibnu Ibrahim

Wednesday, June 5, 2013

Nasihat Yang Berguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Berjumpa guru lama

AlhamdulilLah. Allah mengurniakan waktu untukku menziarahi bekas guru mengajiku sewaktu bujang dahulu. Khabar tentangnya telah lama kudengar. Akan tetapi kekangan waktu telah menyebabkan tidak berkesempatan menziarahi beliau. Agak kekok juga untuk berbual, tetapi ku abaikan sahaja dan terus berborak. Bertanyakan akan kesihatan serta pengajarannya sekarang. Beliau sudah kelihatan berumur berbanding 10 tahun dahulu sewaktuku menjadi anak muridnya. AlhamdulilLah kelihantannya masih dalam keadaan yang sihat. Oh ya terlupa pulak.

Nama beliau adalah Ustaz Hasbullah bin Ali al-Hafiz. Ramai anak-anak murid yang dapat mengkhatamkan al-Quran dengan beliau dan seterusnya dianugerahkan Ijazah Sanad. Sewaktuku belajar dahulu ada di kalangan anak murid beliau adalah daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Semoga Allah memberikan kesihatan yang berterusan kepada beliau. Insya Allah. 

"Al-Quran jangan tinggal.."

"Al-Quran jangan tinggal..". Itulah nasihat beliau kepadaku selepas meminta beliau memberikan nasihat kepadaku selaku bekas anak murid beliau. Nasihat tersebut juga merupakan nasihat daripada orang tua kepada orang muda sepertiku.

Ayuh anak-anak muda di luar sana ambillah nasihat ini untuk kebaikan kita bersama. Walaupun nasihat ini hanya untukku. Anggaplah nasihat yang cukup berguna ini untuk semua anak muda yang seangkatan denganku di luar sana.

Akhirnya semoga dengan ziarahku tadi terus menerbitkan rasa sayang kepada beliau dan terus menghormati beliau selaku bekas Guru al-Quranku suatu ketika dahulu.

Wallahu a'lam.

Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.  

Fenomena blog sudah tenggelam?

Wajah lama blog
Dek kerana fenomena kewujudan media baru seperti facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya telah menyebabkan sedikit sebanyak menenggelamkan kewujudan blog. Ada kemungkinan dengan kewujudan media baru ini telah memudahkan 'blogger' yang hendak mengemaskini sesuatu isu dengan ringkas, cepat dan mudah. Akan tetapi sebaliknya agak menyukarkan kepada pelayar internet untuk mencari sesuatu bahan. Ini kerana media-media baru tersebut hanyalah merupakan catatan semasa sahaja dan bukanlah catatan berbentuk ilmiah.  

Template Menarik

Akan tetapi pada hari ini saya sangat gembira dan tertarik untuk mengemaskininya kembali. Saya mendapati wujudnya sesuatu yang sangat menarik perhatian saya untuk mengemaskini blog. Apakah perkara tersebut? Iaitu wujudnya aplikasi untuk kita menukar template blog dengan mudah. Cuma pilih sahaja template yang disediakan dan berkenan di hati. Insya Allah saya akan pastikan usaha mengemaskini blog ini berjalan dengan baik dan lancar. Sebelum ini agak statik sebab hendak menukar template perlu kepada beberapa langkah.

Terima kasih atas sokongan yang diberi.

Ibnu Ibrahim,
Kuala Lumpur,
05 June 2013

Friday, September 7, 2012

Terkini: 1 Orang lagi wanita serah diri semalam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. 

Perhimpunan: Seorang lagi wanita serah diri 

6 September 2012

KUALA LUMPUR - Seorang lagi wanita menyerah diri semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjan Kuala Lumpur berhubung dengan siasatan kes memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara dan membawa bendera "Sang Saka Malaya" pada perhimpunan "Janji Demokrasi" 30 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berumur 21 tahun itu menyerah diri pada pukul 10 malam semalam di IPK Kuala Lumpur.

Polis telah membebaskan wanita itu dengan ikat jamin setelah merakam percakapannya, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini seramai empat daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan oleh media,  telah dikenalpasti dan dirakam percakapan serta dibebaskan dengan ikat jamin.

Sementara sebanyak 238 laporan polis telah diterima berhubung kejadian tersebut, katanya.

Dua individu turut menyerah diri semalam iaitu seorang pelajar kolej di Kuala Kubu Baru, Selangor berusia 19 tahun yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1 tengah hari, dan seorang model sambilan wanita berusia 19 tahun yang menyerah diri di Balai Polis Sentral Johor Baharu pada 11 pagi.

Pada Selasa lepas, seorang pelajar lelaki kolej swasta di sini yang didakwa menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara ditahan di Cheras. Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis merekodkan keterangannya.

Ku turut mengesahkan pihak polis hari ini telah merakamkan percakapan penganjur perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu, Maria Chin Abdullah, dan Sasterawan Negara A. Samad Said di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Sementara itu, kedua-dua mereka yang ditemui pemberita selepas siasatan itu enggan mengulas mengenai tindakan sekumpulan peserta perhimpunan yang bertindak biadab itu, dan Maria hanya berkata "ia bukan bermula dari pihak kami."

Turut hadir peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang merupakan pengerusi perhimpunan Bersih 3.0. - Bernama

sumber: sinarharian; perhimpunan-seorang-lagi-wanita-serah-diri