Thursday, July 4, 2013

Sejarah Baru Telah Bermula

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Akhirnya kerajaan Morsi diguling


Alangkah sedihnya dunia apabila pada pagi ini dikejutkan dengan berita kerajaan Dr. Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir. Kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Dr. Morsi telah berjaya dibentuk oleh sistem demokrasi yang disokong oleh rakyat Mesir. Parti FJP telah memenangi pilihanraya Mesir yang lalu dengan kemenangan majoriti dan Dr. Morsi telah dipilih sebagai Presiden Mesir.

Dr. Morsi telah bersungguh-sungguh memperkenalkan sistem pemerintahan Islam kepada rakyat Mesir, di samping cengkaman sekularisme yang sudah sebati di dalam pemerintahan sebelumnya. Sesungguhnya ujian ini sangat berat kepada Dr. Morsi serta pimpinan kerajaannya. Allahu Rabbi.

Saya terfikir bagaimanakah keadaannya apabila Parti Islam SeMalaysia dapat memerintah bumi Malaysia nanti. Adakah perkara yang sama akan berulang? Semoga Allah menjauhkan bala' tersebut dan memastikan Parti Islam SeMalaysia dapat memerintah dengan baik dan lancar. Insya Allah.

Akan ada yang akan mempertikaikan kemampuan Parti Islam SeMalaysia untuk memerintah Malaysia. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan. Kun Fa Yakun. Jadi, maka jadilah.

Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah

KAHERAH-MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih lagi pemimpin sah negara itu.

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu.

Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.

Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.

Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.

El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.


Sumber: sinarharian; rampasan kuasa morsi kini ditahan di rumah 

 

No comments:

Post a Comment