Sunday, February 13, 2011

Yang Mana Satu Lebih Diingati?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Antara Dua Sambutan; Mulia atau Keji

Lazimnya pemuda-pemudi lebih alert dengan Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentines Day daripada Maulidur Rasul. Persoalannya kenapakah perkara ini berlaku di dalam sebuah negara yang digembar-gemburkan sebuah Negara Islam?

Jawapannya adalah penghayatan Islam tidak dihayati sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Tambahan pula golongan muda dileka dan dihidangkan dengan budaya hiburan setiap hari. Dari pada pejam mata sehinggalah celik mata. Bangun sahaja daripada tidur, sambil menjamah jemput-jemput mata memandang televisyen yang sedang menyiarkan rancangan hiburan pagi. Itulah natijahnya remaja yang ada pada hari ini.

Jika ditanya kepada golongan remaja apakah peristiwa yang kamu tahu bakal berlaku dalam masa terdekat ini? Saya percaya dan yakin bahawa majoriti yang akan menjawab: "Valentines Day". Sedih melihat fenomena yang melanda. Sedangkan sebagai remaja Islam sepatutnya dia menjawab "Sambutan Maulidur Rasul". Tanggal 14hb Februari setiap tahun media-media menmpromosikan secara besar-besaran sambutan Valentines Day. Yang sedihnya pada malam sambutan akan berlakulah 'aktiviti meraikan kekasih'.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa apabila dua anak adam yang berlainan jantina bertemu maka akan ada yang ketiga iaitu syaitan laknatullah. Maka tidak mustahil akan berlakulah perbuatan yang keji dan terkutuk iaitu zina. Wal I'ya Zubillah. Remaja sepatutnya lebih awal mengetahui akan sejarah bagaimana ber sambutan Valentines Day

Sejarah Valentine

Ensiklopedia Katolik menyebutkan tiga versi tentang Valentine, tetapi versi terkenal adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama Nasrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.

Dalam versi kedua, Claudius II memandang para pemuda yang bujang adalah lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah berkahwin yang sejak awal lagi menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sehingga akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan puteri seorang penjaga penjara yang sedang diserang penyakit. Ia mengubatinya sehingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah kad yang bertulis "Dari yang tulus cintanya, Valentine." Hal itu terjadi setelah anak tersebut memeluk agama Nasrani (Kristian) bersama 46 kerabatnya.

Versi ketiga menyebutkan ketika agama Nasrani tersebar di Eropah dan di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul pada setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya diambil akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kad yang bertuliskan "dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu kad ini." Akibat sukarnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan menggantikan kalimat "dengan nama tuhan Ibu" dengan kalimat " dengan nama Pendeta Valentine" sehingga mampu mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nasrani.

Versi lain mengatakan St.Valentine ditanya tentang Atharid, tuhan perdagangan, kefasihan, kemungkaran dan pencurian, dan Jupiter, tuhan orang Romawi yang terbesar. Maka dia menjawab tuhan-tuhan tersebut buatan manusia dan bahwasanya tuhan yang sesungguhnya adalah Isa Al Masih, maka disebabkan itu ia dihukum mati. Maha Tinggi Allah dari apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim tersebut. Bahkan saat ini beredar kad-kad perayaan keagamaan ini dengan gambar anak kecil dengan dua sayap terbang mengelilingi gambar hati sambil mengarahkan anak panah ke arah hati yang sebenarnya itu merupakan lambang tuhan cinta bagi orang-orang Romawi!!!

Hukum Valentine

Keinginan untuk taqlid atau mengikut memang ada dalam diri manusia, akan tetapi hal tersebut menjadi tercela dalam Islam apabila orang yang diikuti berbeza dengan kita dari sisi keyakinan dan pemikirannya. Apalagi bila mengikuti dalam perkara akidah, ibadah, syi'ar dan kebiasaan. Padahal Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang untuk mengikuti tata cara peribadatan selain Islam: "Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (HR. At-Tirmidzi). Apabila merayakannya dengan niat untuk mengenang kembali Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa ia telah kafir, adapun bila ia tidak bermaksud demikian maka ia telah melakukan suatu kemungkaran yang besar.

Sebenarnya banyak lagi sambuatan lain yang boleh dilakukan antaranya Sambutan Hari Ibu dan Bapa. Tetapi kedua-dua sambutan ini tidak hanya disambut pada tibanya hari tersebut malah ianya hendaklah disambut dan diraikan pada setiap hari dan ketika. Sambutan-sambutan seperti ini adalah lebih bermakna berbanding dengan sambutan Hari Kekasih yang boleh mengundang 1001 kemungkinan. Maka kembalilah kita kepada Islam yang sebenar dan syumul. Pasti kita akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment