Tuesday, February 8, 2011

Melahirkan Nuqaba' Yang Berkesan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Nuqaba' yang berkesan mewujudkan bi'ah solehah

Tepat jam 12.30pm sebentar tadi maka berakhirlah satu program Kursus Nuqaba' anjuran Lajnah Tarbiyah MPM Kudqi. Selama 3 tiga hari 2 malam kami bermukim di Bukit Kecil, Kuala Terengganu untuk melaksanakan kursus ini. Seramai 20 lebih nuqaba' muslimin dan muslimat yang meghadiri kursus ini. Kursus yang meliputi 5 Kuliah Dasar, 4 Bengkel dan 2 Modul ini bertujuan sebagai persediaan sebagai nuqaba' yang berkesan.

Dengan berakhirnya program kursus nuqaba' ini mudah-mudahan semua peserta yang terlibat dapat menggunakan sepenuhnya ilmu yang diperolehi demi memastikan agenda perubahan dapat berjalan dengan lancar dan tersusun.

Tugas yang mencabar menanti

Para nuqaba' akan berdepan dengan pelbagai ragam anak usrah. Akan ada anak usrah yang agak culas dengan usrah, akan ada anak usrah yang suka membuat lawak sehinggakan mengganggu perjalanan usrah dan lain-lain. Semuanya ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai nuqaba' yang memiliki pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada maka segala permasalahan yang wujud akan dapat diatasi. InsyaAllah.

Sebagai Ketua Fasi

Sekali lagi saya diamanahkan sebagai Ketua Fasi untuk program Kursus Nuqaba'. Berbekalkan dengan pengalaman yang ada maka dapatlah saya mengendalikan sesi bengkel dan sesi modul dengan baik. Di samping wujud juga kelemahan-kelemahan pada diri sepanjang mengendalikan kedua-dua sesi tersebut.

Antara Modul yang dijalankan ialah:
1. Teknik Pengendalian Usrah
2. Debat

Antara Bengkel yang dijalankan ialah:
1. Peranan Nuqaba' (Menjadi Nuqaba' Berkesan)
2. Antara Uswah dan Qudwah Hasanah
3. Memahami Fiqh al-Awlawiyyat

No comments:

Post a Comment