Wednesday, August 1, 2012

Salam ramadhan kareem 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Salam ramadhan kareem 1433H

Dikesempatan saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Sedar tidak sedar sekarang ini kita sudah memasuki fatrah kedua bulan ramadhan iaitu 'ausotuhu maghfirah'. Mari kita menyemak adakah puasa kita selama 11 hari yang lalu meninggalkan kesan kepada kita? Jika ada kesan alhamdulillah.

Saya hendak berkongsi dengan pengunjung berkenaan hakikat betapa degilnya nafsu, makhluk Tuhan yang dikurniakan kepada makhlukNya yang diberi nama manusia. 

Kejadian manusia

Hakikat kejadian seorang manusia terdiri daripada 3 unsur:-
1. Jasad
2. Roh
3. Nafsu
Dan apabila ditiupkan roh maka hiduplah ketiga-tiga unsur tersebut. Maka berlakulah dialog di antara sang pencipta dengan makhluk2nya.

Apabila dipanggil jasad. Allah bertanya "man ana wa man anta"? maka jawab jasad "aku hamba dan Engkau Tuhanku". Selepas itu Allah bertanya pula dengan roh. Maka jawapan roh adalah sama dengan jawapan jasad.

Akhirnya Allah bertanya pula kepada nafsu "man ana wa man anta"?
Maka jawab nafsu "ana, ana wan anta, anta". Maka Allah ulang-ulang soalan sama dan jawapan yang sama diberikan oleh nafsu. Begitulah betapa degilnya nafsu ini.
Allah telah memasukkan atau merendamkan nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu datang mengadap dan bertanya lagi. Maka nafsu memberikan jawapan yang sama "ana, ana wan anta, anta". Allah kemudian memasukkan atau merendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Allah bertanya lagi, dan nafsu menjawab, "ana, ana wan anta, anta".

Allah kemudian memasukkan semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula untuk kali ke-4 dan bertanya soalan yang sama dan nafsu nafsu menjawab, "Engkaulah Allah Taala yang Maha Besar dan akulah hambamu yang sangat hina."

Akhirnya nafsu tunduk

Begitulah nafsu. Selepas 3000 tahun direndamkan dalam api neraka, baru nafsu tunduk kepada Allah.

No comments:

Post a Comment