Saturday, March 12, 2011

Sukarnya Mengakui Kesilapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Lama tiada pengisian

"Aku jatuh lagi". Keluh diriku yang hina lagi dhaif ini. Alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan untuk bangun kembali. Dan begitulah adat sebagai seorang manusia yang lemah akan imannya. Dan Allah selaku Tuhan kepada hambaNya sangat menyukai kepada hambaNya yang tidak mengenal erti putus asa. Dan hambaNya itu berusaha untuk melepaskan diri daripada belenggu musuh diri yang tidak jemu-jemu menggoda hambaNya ke jurang kebinasaan. "Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami dalam keadaan kami sedar dan tidak sedar. Sesungguhnya hambaMu ini adalah insan yang lemah yang sentiasa memerlukan tunjuk ajar serta tarbiyah daripadaMu. Ameen Ya Rabb."

Ahh.. beratnya jariku untuk menulis entry blog untuk kali ini. Sebenarnya saya tidak berminat sangat untuk menjawab tulisan orang lain di alam maya ini. Tetapi oleh kerana ianya memang ditujukan kepada diri maka saya perlu untuk merungkai segala persoalan yang melanda. Lagi pula saya dilabel OKT. Bukan Orang Kena Tahan tetapi 'Orang Kuat Tarbiyah'. Ya Allah jauh sekali diriku ini menganggap diri sebagai orang yang kuat tarbiyah. Atas neraca apakah diriku ini dilabel sebagai orang kuat tarbiyah.? WalLahu A'lam.

Maka untuk tulisan kali ini saya menyusun sepuluh jari andai kata ada tulisan yang tidak menepati piawaian pembaca lain atau mengguris hati individu-individu tertentu. Tiada niat lain melainkan untuk saling ingat-mengingati dan saling tegur-menegur antara satu dengan yang lain. Maka bersamalah kita berlapang dada untuk menilai dan bermuhasabah adakah tindakan kita itu menepati kehendak sebenar syariat Islam atau sebaliknya. Kepada individu-individu tertentu, saya menyarankan supaya menilai kembali apa yang telah ditulis. Jika di pihak saya yang salah maka tegurlah saya.

Ampunkan daku jika mengikut pandanganMu aku salah

Hari terus berlalu, kuliah sudah hendak memasuki minggu yang ketiga pengkuliahan. Banyak lagi buku-buku kuliah yang masih belum ada. Sedikit sebanyak ianya merumitkan mahasiswa untuk belajar dengan baik. Semoga minggu hadapan dapatlah semua buku-buku kuliah. Sambil menjelajah di alam maya, saya meninjau tulisan sahabat yang belajar nun jauh di sana maka ada satu artikel yang menarik perhatianku. Dan sekaligus ianya menimbulkan persoalan "aku kah yang dimaksudkan?"

Maka bertitik tolak daripada artikel tersebut saya 'menyelinap' masuk ke blog yang dimaksudkan beliau. Dan memang betul adanya artikel berkenaan dengan 'orang kuat tarbiyah'. Lantas dalam masa yang terdekat juga saya bertanya kepada kepada beberapa orang sahabat lain dan ianya sah ditujukan kepada saya. Pada malam itu juga saya menelefon beliau yang menulis artikel tersebut dan meminta penjelasan apakah relevennya beliau menulis artikel yang demikian? Dan barulah saya dapat tahu bahawa apa yang saya tegur dahulu mendapat reaksi yang agak negatif pada pandangan saya.

Pada malam tersebut lama juga saya bermuzakarah dengan beliau meminta penjelasan dan saya menjelaskan tindakan saya yang dianggap 'memalukan' tersebut. Beliau juga mengakui bahawa sayalah yang dimaksudkan di dalam artikel tersebut. Saya merasa tidak selesa jika ada orang yang mempunyai masalah dengan saya. Tambahan pula menulisnya di ruang siber. Dan bukan menjadi impian saya untuk menimbulkan masalah dengan orang lain. Jika pada pandangan saya ianya salah dari segi syariat maka saya akan membuat teguran. Saya perlu ditegur selepas itu sekiranya teguran saya itu tidak menepati piawaian si penerima teguran.

Pada hemat saya segala 'kekhilafan' boleh di selesaikan dengan empat mata. Dunia tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang melanda diri. Tetapi saya mendapat kekuatan baru dan meyakini bahawa begitulah lumrahnya perjuangan da'wah. Telah terbukti apa yang berlaku kepada diri.

Beberapa point penting dan persoalan

1. Tindakan saya menegur di dalam 'post-mortem' adalah bertujuan untuk muhasabah bersama dan sebagai memenuhi tanggungjawab 'amar ma'ruf nahi mungkar'. Dah namanya post-mortem program. Tiada niat langsung untuk memalukan mana-mana individu ataupun mana-mana pihak. Tambahan pula ianya sebagai teguran seorang kawan dan abang kepada adik-adik. Tiada pun terlintas di hati hendak menunjukkan bahawa diri lebih bertarbiyah dan orang lain lagho. Wal I'ya ZubilLahi Min Zalik. Beratnya tuduhan yang dilemparkan.

2. Sekali dibaca keseluruhan artikel yang ditulis seolah-olah saya juga siap menunding jari dan membuat renungan mata. Sedangkan saya sama sekali tidak melakukan yang demikian. Apa yang saya lakukan ialah hanya membuat teguran secara umum dengan tidak menyebut nama dan tiada tuding-menuding jari. Awas! Amat bahaya jika kita menulis seperti itu kerana orang yang membaca artikel akan mempunyai tanggapan yang buruk kepada yang didakwa.

3. Apa yang saya perhatikan bahawa tulisan beliau ini penuh dengan prasangka dan emosi. Hindarilah diri kita daripada emosi dalam penulisan. Jika betul tindakan saya salah mengapa saya tidak ditegur sejurus selepas majlis tersebut dan menyatakan bahawa tindakan saya menegur tersebut adalah tidak betul dan memalukan.

3. Mengapakah beliau melenting dan seolah-olah beliau yang melakukan kesilapan tersebut.

4. Muhasabah bersama "mengapakah sukarnya kita mengakui kesilapan?". Tiada ruginya jika mengakui kesilapan kita.

5. Sekiranya penjelasan telah diberi dan pandangan kita dipandang sinis itu lumrah alam dan biasa kepada para da'ie.

7. Saya berharap tiada lagi selepas ini orang yang bermasalah dengan saya bertindak menerbitkan artikel di blog. Blog bukan penyelesai masalah. Berjumpa dan bermuzakarahlah kerana di sana satu-satunya jalan peneyelesaian. Saya bukannya orang yang sukar untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain.

2 comments:

  1. Terima kasih atas teguran abg we..kalau ada aper2 harap jgn lah ditujukan dlm mesyuarat..ader beza(pandgn ana jer ni) antara teguran yg bersifat umum dan khusus..contoh, ada shbt ana bgtau kalau menegur tidak perlu lah disebutkan unit mana2 yg boleh myebabkan semua ajk lain tahu jugak..ataupun kalau teguran sesama muslimin lebih elok lah kesalahan itu ditegur secara 4 mata atau mesyuarat sesama Muslimin sahaja..

    abg we tulis "Jika betul tindakan saya salah mengapa saya tidak ditegur sejurus selepas majlis tersebut dan menyatakan bahawa tindakan saya menegur tersebut adalah tidak betul dan memalukan." okey insya Allah ana akan wat gini..

    abg we tulis"2. Sekali dibaca keseluruhan artikel yang ditulis seolah-olah saya juga siap menunding jari dan membuat renungan mata. Sedangkan saya sama sekali tidak melakukan yang demikian. Apa yang saya lakukan ialah hanya membuat teguran secara umum dengan tidak menyebut nama dan tiada tuding-menuding jari." memang tak sebut nama, tp org2 dalam mesyuarat tu tau dah siapa yg dimaksudkan..tntang renungan mata tu, itu memang bukan abg we..itu org lain..ana cuma mengatakan ada dua kes yg ana alami..satunya kes dgn abg we, dan satu lagi kes dgn org lain..akhirul kalam, ana menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala kesalahan ana..ana dah delete beberapa tulisan yg ana rasa perlu dalam artikel tersebut..ana pun rasa yg ana cuma membesar2kan perkara yg kecil dan remeh..tp ana tetap mengharapkan, semoga selepas ini tegur lah secara 4 mata kerana itu lebih berkesan dan tidak mengaibkan...ky wallahu'alam...ana harap kita sama2 akui kesilapan kita..tiada manusia yg sempurna di dunia ini..ridhonnaasi ghayatun la tudraku(keridhaan semua manusia matlamat yg tak mungkin tercapai)...serulah dan dakwahlah manusia dgn cara yg baik...kerana setiap manusia, ada egonya masing2..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  2. 3. Mengapakah beliau melenting dan seolah-olah beliau yang melakukan kesilapan tersebut.


    ini tak sama dgn konsep siapa makan cili terasa pedasnya..tak sama..ana nak terangkan pun tak pandai..melenting kerana diaibkan tnpa kesalahan..teguran abg we tak sebut nama, tp secara umum tp hakikatnya khusus(umum tp khusus)..erm pnjg pulak ana nak tulis..cukuplah tu, ana pun dah letih dah..harap kita sama2 baiki diri masing2...

    Pencari PDA

    ReplyDelete