Friday, September 13, 2013

Kehangatan Makin Terasa

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Kehangatan Muktamar Kian Terasa

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi Parti Islam Se Malaysia akan mengadakan muktamar agung tahunannya. Pada tahun ini muktamar  Parti Islam Se Malaysia dijangka begitu hangat dan akan mendapat liputan massa. Topik utama yang sering menjadi 'menu' media adalah topik kepimpinan. Banyak media yang menjadikan topik ini sebagai topik yang hangat untuk melariskan jualannya. Ada yang menyembunyikan fakta sebenar dan ada yang terlajak memberikan fakta.

Apa yang penting ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) sudah menjadi sebuah parti yang sentiasa digeruni oleh kawan dan lawan. Apakah resepi kejayaan ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah Parti Islam Se Malaysia meletakkan dirinya jauh ke hadapan dengan menjalankan tiga elemen utama iaitu sebagai Parti Siyasah, Tarbiyah dan Da'wah seiring dan sejalan.

Tidak lupa juga resepi kejayaan lain ialah trio kepimpinan yang mantap iaitu gandingan ulama', aktivis dan profesional di dalam saf kepimpinan. Ikuti temuramah Ketua Dewan Pemuda dengan Akhbar Utusan.

Formasi Kepimpinan PAS

1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian : Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama' ?

Saya jawab, Ya ! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar - benar menguasai dasar , prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap]

2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka." Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.

3. Saya konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS. Ulama' , Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk.

4. Saya tidak pernah membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing - masing selama mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

5. Justeru saya yakin bahawa ahli PAS mahupun pemuda akan membuat pilihan yang baik dan tepat untuk kebaikan parti. Mungkin saya tidak terpilih malah mungkin tiada pencalonan pun. Segalanya hak anggota jamaah dan mereka telah dididik untuk bijak dan benar memilih mengikut skima yang diajar oleh Islam.

6. Sekiranya wartawan itu atau siapa jua yang bertanya: "apakah ustaz bersetuju profesional menjadi timbalan presiden ? " Nescaya saya juga akan menjawab : Ya ! Saya setuju. Tetapi profesional yang haraki. Profesional yang perform dan profesional yang benar - benar mendalami dan menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan profesional yang jahil tentang Islam.

7. Ulama' atau profesional atau aktivis mestilah memiliki kriteria layak sebelum menjadi pemimpin jamaah. Asas utama kelayakan itu ialah ilmu Islam lantaran perjuangan yang kita dokong ini adalah perjuangan Islam. Sangat tidak munasabah jika perjuangan Islam ini dipimpin oleh mereka yang tidak memahami dan mendalami manhaj perjuangan Islam. Apatah lagi yang menyanggahi nas dan ketetapan syara'.

8. Kita mahu pemimpin yang memelihara asolah [ketulenan] manhaj perjuangan Islam warisan peninggalan Rasulullah saw. kerana PAS adalah Parti Islam Se Malaysia dan ia menepati sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini. Tentu sahaja kita tidak mahu mereka yang membawa pengaruh negatif apalagi menodai ketulenan manhaj perjuangan Islam biarpun ia datang atas nama pembaharuan. Pembaharuan tidak semuanya betul sebagaimana tradisional tidak semuanya salah.

9. Posisi dalam parti ini banyak, bukan hanya posisi sebagai presiden dan timbalan presiden. Paling penting kesepaduan, kesefahaman dan keseimbangan trio formasi kepimpinan ini terus dipelihara dan dipertahankan. PAS bergerak secara kolektif atau jamaei.

10. Usahlah semuanya bimbang. Pasti ahli PAS memilih dengan betul dan tepat berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Mereka tentunya sedar dan faham mengenai dosa pahala. Tidak perlu kita merendahkan nilai keintelektualan anggota parti. Hanya saya berpandangan bahawa

a - pemimpin parti Islam ini mestilah yang mendalami dan menguasai ilmu Islam, bertaqwa dan dekat dengan Allah swt pula perform dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin.

b- Mampu membaca gerak musuh yang menentang Islam serta bijak mengesan tindakan anggota parti yang merugikan Islam.

c - Memahami uslub dakwah dan menguasai approach politik semasa dalam kerangka atau frame al Quranil Karim dan sunnah An Nabawi dengan sifat kontemporary pada tindakan, fundamental pada pegangan dan futuristik pada pemikiran.

Maka berasaskan pandangan itu , saya meletakkan keutamaan dan kesesuaian kepada alim ulama' kita yang berjuang untuk mengisi posisi dua kepimpinan tertinggi tanpa menafikan kelayakan profesional dan aktivis dalam parti, sementara profesional dan aktivis adalah rakan ganding yang mantap untuk mengisi posisi - posisi yang sesuai pula bagi membentuk formasi hebat membawa parti berjaya dan memenangi PRU akan datang sekaligus berjaya mendaulat dan menobatkan Islam di atas tanahair tercinta.


Sumber: facebook Nasrudin Hassan; Formasi Kepimpinan PAS

Wednesday, August 14, 2013

Seperti Yahudi Yang Dahagakan Darah Merah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.  

Dataran rumah kedua


Semenjak hari pertama rampasan kuasa yang dibuat oleh askar, rakyat Mesir yang cintakan demokrasi terus menerus melahirkan bantahan kudeta yang dilakukan oleh pihak askar. Seolah-olah mereka sudah lupa akan kampung halaman mereka. Mereka merasakan nikmat berada di Dataran lebih berbanding berada di rumah. Mereka mengimpikan syahid dan tidak takut akan peluru. Bukannya peluru tiruan malah peluru hidup. Mereka cukup mahir menguruskan diri apabila berada di Dataran Nahdhah dan Dataran Rabi'atul Adawiyah. Selama sebulan di bulan ramadhan mereka bermunajat kepada Allah bersama-sama dengan ribuan rakyat Mesir. 

Askar mula mengganas


Hari ini tempat mereka berkumpul telah diceroboh oleh askar yang kelihatannya tidak senang duduk dengan bantahan yang telah dilakukan oleh rakyat Mesir Itu. Khabarnya sehingga kini bilangan syuhada' semakin meningkat ke angka 300 orang. Dijangka akan terus meningkat. Bayangkan betapa mereka sangat dahaga akan darah merah para penyokong Dr. Mursi dan rakyat Mesir yang bersama membuat bantahan. Tidak ubah lagi mereka seperti Yahudi yang dahagakan darah Umat Islam Palestin. Allahu Akbar.

Sekadar beberapa keping gambar yang cukup menyayat hati. Bukan setakat ditembak malah sudah ada yang dibakar hingga rentung. Allahu Rabbi.

Ini antara senjata para penyokong Dr. Mursi


Lihatlah senjata-senjata mereka berbanding senjata-senjata yang digunakan oleh askar-askar yang menggila itu.

Semoga Allah hancur leburkan usaha jahat mereka itu. Ikuti kenyataan media Dewan Pemuda Pas Malaysia mengutuk akan serangan terbaru ini. Catatan ini boleh didapati di dalam facebook: Ustaz Nasrudin Tantawi

DPPM MENGUTUK SERANGAN TERBAHARU REJIM  MESIR
(14 Ogos 2013)

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serangan besar-besaran tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour di negara tersebut. Kejadian terbaharu pada hari ini apabila pasukan tentera menggempur ribuan demonstran melalui gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup mengakibatkan saat ini lebih 200 orang mati syahid manakala lebih 8000 orang cedera.

2. DPPM menganggap kejadian terbaharu ini sebagai tindakan paling kejam, zalim dan di luar peri kemanusiaan rejim Mesir terhadap rakyatnya sendiri. Ia berlaku di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr di mana pasukan tentera menggempur para demonstran melalui gas pemedih mata dan penembak tepat di atas bangunan. Lebih membimbangkan lagi apabila ambulans tidak dibenarkan masuk ke medan Rabiatul Adawiyah yang menyaksikan banyak pertumpahan darah.

3. Apakah kerajaan kudeta Mesir mahu menukarkan negaranya sama seperti Syria yang sudah bergolak selama 3 tahun? Apakah pemimpin kudeta Jeneral Abdul Fattah As Sisi mahu membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri sama seperti Basyar Al Assad lakukan terhadap rakyat di negaranya? Berapa ramai lagi harus mati syahid terbunuh oleh kekejaman kerajaan kudeta Mesir?

4. DPPM menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mesir pada hari ini tidak akan menyelsaikan konflik berdarah di negara tersebut. Semakin rakyat dizalimi, semakin ramai bangkit menolak kerajaan kuku besi negara tersebut. Membunuh rakyat yang tidak bersalah tidak akan mematikan hasrat jutaan rakyat yang menuntut keadilan melalui proses demokrasi yang tulen. Hanya meja rundingan serta menyerahkan kembali mandat kuasa negara kepada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat iaitu Dr Mohammad Morsi mampu mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara itu.

5. Selain itu, DPPM mempersoalkan apakah tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani konflik terkini di Mesir. Malaysia sepatutnya mengambil langkah terkehadapan dengan menyatakan bantahan secara lantang terhadap tindakan kerajaan kudeta Mesir. DPPM juga  menggesa kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dengan kerajaan kudeta Mesir sehingga keamanan dan kerajaan yang sah kembali berkuasa. Tidak ada gunanya kerajaan mengiktiraf kerajaan haram yang telah membunuh ribuan rakyatnya serta merampas kuasa secara zalim daripada pemimpin yang sah di negara tersebut.

6. Malam ini, sejurus selesai solat Maghrib berjamaah, DPP kawasan - kawasan diarahkan supaya anjur majlis Solat dan Munajat Perdana di kawasan masing - masing secara serentak untuk menghantar bantuan doa kepada rakyat Mesir yang sedang dibantai teruk oleh regim.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, July 15, 2013

Harga Barang Naik Lagi

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Esok akan naik harga


Pada 9 haribulan Julai 2013 iaitu sehari sebelum berpuasa, saya pergi ke kedai untuk mendapatkan bekalan lauk mentah. Penjual memberitahu harga bekalan lauk mentah akan naik pada hari berpuasa. Ayoyo. Ini sudah pelik bin ajaib. Sepatutnya pada bulan ramadhan inilah umat Islam digalakkan untuk membuat 'amal. Apa salahnya pada bulan ramadhan harga barang dijual pada harga biasa atau lebih murah daripada biasa.

Ini akan menimbulkan persepsi negatif di dalam masyarakat iaitu, akan keluarlah kata-kata yang tidak manis didengar iaitu "apalah, bulan ramadhan sahaja, harga barang mesti naik." Sedangkan pada bulan ramadhan inilah kita boleh memperlihatkan atau mempromosi kelebihan yang ada pada bulan ramadhan kepada orang yang belum Islam.

Situasi yang lain pula, suatu hari saya pergi membeli lauk untuk berbuka di bazar ramadhan. Terkejut dibuatnya. Harga sepotong ayam yang kecil harganya mencecah RM 5.00. Masya Allah, mahalnya.Satu lagi sejarah tercipta.

Harga ayam sekarang ini telah naik sehingga mencecah RM9.00 satu kilogram.


Manipulasi harga punca ayam naik

PUTRAJAYA 12 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlaku manipulasi harga oleh peruncit yang menyebabkan harga ayam naik secara mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana semakan harga di ladang oleh pihaknya menunjukkan harga tidak banyak berubah iaitu sekitar RM5 sekilogram, manakala bekalan di pasaran pula mencukupi.

"Tapi yang saya dengar harga ayam telah naik sehingga RM8.50 ke RM9 dan saya khuatir ada pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, harga siling di pasaran yang ditetapkan kementerian masih pada RM7.80 bagi setiap kilogram.
Beliau diminta mengulas kenaikan harga ayam yang dikesan berlaku secara mendadak di kebanyakan negeri dalam tempoh dua minggu ini.

Katanya, permintaan terhadap ayam pada hari-hari biasa ialah 1.2 juta ekor namun meningkat kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari pada bulan Ramadan sehingga sambutan Aidilfitri.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan telah membuka permit import ayam bulat bagi menangani isu itu dan secara teorinya lambakan ayam di pasaran akan menurunkan harga barang berkenaan.

Dua bulan lepas memang berlaku peningkatan permintaan terhadap ayam tempatan apabila China menghentikan eksport poltri susulan penularan wabak H7N9, namun wabak telah berakhir dan pengimport kembali membawa masuk ayam dari negara itu, katanya.

Sidang media itu diadakan bagi menghebahkan Tekun Nasional memenangi Anugerah 'Best Innovation in Financial Services' pada satu majlis di Karlsruhe, Jerman. -BERNAMA

Sumber: utusan; Manipulasi harga punca harga ayam naik

Wednesday, July 10, 2013

Sesuatu Yang Bakal Berlaku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

16:16

Rata-rata rakyat di negeri keropok lekor riuh kedengaran akan teori 16:16. Ada yang bertanya nombor apakah itu? Pukul 4:16 minit ke? Bukan. No ekor ke? Bukan. Itu no bilangan Adun di dalam Dewan Undangan Negeri nanti sekiranya Parti Islam SeMalaysia (Pas) bakal memenangi Pilihan Raya Kecil (PrK) di Dun N01 Kuala Besut. Kata makcik penjual songket di sebuah pasar yang begitu seronok untuk melihat perkembangan ini benar-benar berlaku.

InsyaAllah. Jika teori ini menepati kehendak taqdir Tuhan maka tidak mustahil Islam akan kembali bertapak di bumi keropok lekor itu. Kedua-dua calon telah pon diperkenalkan oleh kedua-dua pemimpin parti.

Rabu, 24 Julai 2013 sudah pasti

Pada hari itu seluruh umat Islam di Malaysia berpuasa pada hari yang ke-15 hari di bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Apakah muslihat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh itu tiada siapa pon tahu. Hanya mereka dan keluarga mereka yang mengetahui di sebalik muslihat tersebut. Wallahu a'lam.

Lupakan pasal muslihat dan mari pula kita melihat bagaimanakah sejarah Islam telah membuktikan bahawa Islam telah memenangi Peperangan Badar ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Umat Islam ketika itu menjadi sangat kuat ketika berpuasa. Allah telah memberikan tenaga luar biasa kepada hambaNya yang telah menjadi pengikut NabiNya.

Di bulan Ramadhan pada kali ini juga jangan kita lupa dan abaikan nasib yang berterusan menimpa umat Islam di dunia. Yang terbaru ialah konflik di bumi para ambiya yang telah mengorbankan puluhan syuhada'. Semoga Allah berpihak kepada mereka. Insya Allah. Ameen.

Calon Pas calon

Sebelum itu tahniah dan ta'ziah diucapkan kerana telah dipilih sebagai calon untuk mewakili Parti Islam se Malaysia (Pas) pada Pilihan Raya Kecil (PrK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut nanti. Semoga berjaya memenangi

Seorang anak tempatan yang merupakan ahli perniagaan yang juga terkenal di kalangan masyarakat telah dipilih sebagai calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PrK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Muka baru yang dikenali sebagai Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang berumur 48 tahun.

Beliau yang merupakan anak tempatan Kuala Besut tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut di mana kawasan ini adalah dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini. Lokasi rumahnya sangat berdekatan dengan Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru akan memudahkan petugas beramah mesra dengan beliau nanti.

Che Long telah diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut. Pemilihan beliau dibuat dan telah diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Pemilihan calon muka baru dilihat sebagai suatu pendekatan baru yang diambil oleh Pas di dalam menghadapi calon Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Kecil (PrK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kali ini.

Beliau juga merupakan seorang kontraktor dan juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon. 

Pilihan Raya Kecil (PrK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut  itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.


Kredit to: omakkau

Tuesday, July 9, 2013

Esok Raya! Opss.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Satu hari sahaja lagi

Esok raya!

Opps. Esok puasa. Selamat berpuasa di bulan ramadhan 1434H pada tahun ini kepada seluruh umat Islam di dunia. Kesempatan ni'mat kurniaan Tuhan ini seharusnya digunakan sebaiknya. Melipatgandakan 'amalan-'amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan, maghfirah serta keampunan Tuhan. Mengaharapkan rahmatnya.

AlhamdulilLah tahun ini saya dan keluarga beraya di kampung halaman. Hampir setahun tidak pulang ke kampung. Rindu kampung halaman.

Kenangan indah


Kenangan yang cukup berharga semasa berada di perantauan beberapa tahun yang lalu. Sweet. Indah dan sukar untuk dilupuskan daripada ingatan. Kenangan terindah apabila berpuasa di perantauan.

Apabila hampir tibanya bulan ramadhan entah kenapa rinduku kepadaMu semakin bertambah..Ya Allah jadikanlah Ramadhan pada kali ini ramadhan yang paling berma'na buatku..

Yaman dengan gelaran "bumi iman dan hikmah" sering menjadi suatu kenangan terindah terutama ketika di bulan Ramadhan. Suasana sambutan masyarakat 'Arab Yaman membuatkan kita menginsafi hakikat sebenar berpuasa.

Kenapa? Ini kerana suasananya yang cukup berbeza dengan berpuasa di tanahair sendiri. Tiada pembaziran malah galakan untuk ber'ibadat di bulan ini cukup menggalakkan. Ramadhan adalah sinonim dengan umat Islam Yaman. Tidak hairan kita melihat mereka sangat gembira menyambut ramadhan.

Hari ini 09hb Julai 2013 bekas anak murid yang kini berada di Beijing mula berpuasa dan esok hari rabu, 10hb Julai 2013, kita yang berada di Malaysia pula akan berpuasa.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini. semoga ramadhan pada kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. insyaAllah.

Jangan lupa solat sunat tarawikh. :)

Lagi artikel berkenaan puasa (taip perkataan puasa di dalam kotak cari atas sebelah kanan)

Monday, July 8, 2013

Sang Bidadari Tertunggu-tungu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Syuhada tersenyum tanda puas

Di kala engkau berjuang bermati-matian, sang bidadari mengintai-intai akan sang suaminya di dunia. Bagai tidak sabar mahu berjumpa. Ternanti-ternanti. Begitu juga apabila sang suami bermusafir jauh beberapa hari, maka sang permaisuri menanti-nanti kepulangan sang arjunanya itu. Rindu tidak terkata.

Begitu juga keadaannya dengan sang bidadari syurga yang jauh lebih cantik daripada mana-mana perempuan di atas dunia ini. Dan Allah menciptanya jauh berbeza dengan makhluknya di bumi. Engkau menghembuskan dalam keadaan senyum menandakan engkau telah pun dapat melihat akan ni'mat yang bakal engkau kecapi nanti. Allahu Akbar.

Apabila sang mujahid menutup mata dan tidak akan melihat lagi segala kezaliman yang melata dibumi dan meninggalkan semua yang ada di dunia yang sementara ini. Meninggalkan semua yang dimilikinya dahulu. Meninggalkan kaum kerabat, harta benda, malah perjuangan yang didokong selama ini. Apa yang akan dibawa untuk mengadap Tuhannya ialah amalan ketika di dunia dahulu.

Doakan juga kami akan bersama dengan mu, di akhirat nanti. Kami juga ingin sepertimu.

Selamat berbahagialah mu di sana wahai para syuhada.

Saturday, July 6, 2013

Teruja Dan Kagum

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Teruja

Saya sangat teruja membaca babak-babak akhir sebelum penahanan Dr. Mursi. Beliau sangat tegas akan pendirian dan sangat menghormati tetamu. Walaupun di dalam hati kita penuh dengan amarah terhadap bekas Menteri Pertahanannya, Jeneral Abdel Fattah al Sisi. Semoga beliau dan seluruh kepimpinan Ikhwan al-Muslimun tabah dengan ujian yang sangat berat ini.

Sesungguhnya Allah apabila hendak mengurniakan sesuatu, Dia akan menguji hambaNya. Hidup mulia atau mati syahid. Allahu Akbar.

Babak akhir sebelum Mursi ditahan

‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang.

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

“Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel. 


Langkah mayat saya dulu!

“Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.

Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando.

“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.

“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.

“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.

Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.

“Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.

“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.

“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi.

“Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!

“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.

************


Tolak tawaran

“Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,” katanya.

“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu.

Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.

“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”

“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.

“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.

“Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam 'alaikum!” Ganggang terus diletakkan.

‘"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati.

************

Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi  askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir.

Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti.

“Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan,” begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen. 


Sumber:sinarharian - babak akhir sebelum mursi ditahan

Friday, July 5, 2013

Wujudkah Simpati Malaysia Buat Dr. Morsi?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Apa respon Kerajaan Malaysia?


Rata-rata saya melihat respon kepimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia bukan menyatakan simpati kepada Dr. Morsi malah menyalahkan cara majoriti rakyat Mesir yang inginkan perubahan. Saya merasakan sangat sedih akan komentar yang sebegini. Salahkah mereka yang memilih untuk mendukung demokrasi?  Dan siapakah yang mencabul demokrasi sebenarnya? Dr. Morsi naik melalui demokrasi tetapi diturunkan dengan cara yang jijik.

Gambaran tersebut seolah-olah jalan yang dipilih oleh rakyat Mesir adalah jalan salah. Jalan manakah lagi yang harus rakyat Mesir gunakan?

Jika kita melihat respon Perdana Menteri langsung tiada simpati buat Morsi. Cuba lihat respon tersebut.

PM mahu rakyat ambil iktibar konflik Mesir

LONDON - ENGLAND - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
  
Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
  
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
  
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
  
Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.

Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
  
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
  
Mengenai tindakan rakyat di beberapa negara termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang dilaksanakan secara demokrasi dan pemimpin dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib berkata apa yang penting ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.
  
"Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.
  
Najib kemudian berlepas pulang ke tanah air setelah berada di London sejak Isnin, dan sebelum itu menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salam, Tanzania. - Bernama


Sumber: sinarharian; pm mahu rakyat ambil iktibar konflik mesir

Thursday, July 4, 2013

Dosa Dr. Morsi Sehinggakan Diguling

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Dosa bagi mereka

Apakah sebab sebenarnya Dr. Morsi digulingkan? Apakah dosa-dosa yang telah dilakukan Dr. Morsi sehinggakan tentera sangat bernafsu untuk merampas kuasa dan Dr. Morsi digulingkan? Rupa-rupanya Dr. Morsi digulingkan bersebab. Antara sebab bagi puak-puak yang tidak senang akan Islam berkuasa ialah pembaharuan yang Dr. Morsi telah lakukan. Pembaharuan-pembaharuan ini dianggap dosa kepada mereka. Apabila Islam memerintah, banyaklah keinginan hawa nafsu yang terhalang oleh hukum-hukum Tuhan tersebut.

Banyak sebenarnya pembaharuan yang telah Dr. Morsi lakukan. Tetapi apabila maklumat tidak sampai ke bawah menyebabkan rakyat tidak mendapat maklumat yang sebenarnya. Media-media juga dikuasai oleh bangsa asing. Media yang berat sebelah, mereka melaporkan berita dengan tujuan untuk menaikkan kemarahan rakyat. Maka berlakulah apa yang telah berlaku sekarang ini.

Yang masih tinggal di hadapan kita ialah Negara Turki. Negara Turki sewajarnya mengambil pengajaran di atas apa yang sudah berlaku ini. Begitu juga dengan negara-negara yang lain. Harakah Islam mesti mempersiapkan diri, memperkemaskan ahli-ahlinya dengan sebaiknya. Menyediakan plan sekiranya berlaku perkara yang seumpama ini dikemudian hari.

Mari kita tinjau apakah dosa-dosa Dr. Morsi.


Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.

Berikut tulisan lengkapnya:

1. Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

2. Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

3. Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

4. Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

5. Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

6. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

7. Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

8. Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

9. Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

10. Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

11. Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

12. Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

13. Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

14. Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

15. Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

16. Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

17. Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

18. Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.


Sumber: Whatsapp daripada sahabat.