Friday, January 21, 2011

Gopoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Belasungkawa

Di sini merupakan sambungan penyakit yang kedua selepas pasif. Dikesempatan ini saya mengucapkan takziah kepada keluarga Aimanudin yang telah kembali menemui Tuhannya. Tentang beliau ada saya titipkan di dalam blog ini. Penyakit Al-Fatihah. Dan marilah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang memperjuangkan agamaNya. Ameen. Saya tidaklah rapat dengan beliau. Tetapi sempat menziarahi beliau ketika beliau berada di Hospital Sultanah Zanariah beberapa bulan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Isti’jal (gopoh)

- Ialah keinginan untuk merubah reality penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip tanpa menilai tentang kesan buruk yang akan berlaku di samping itu tidak memahami suasana persekitaran yang melingkungi mereka. (kitab ‘Wabak Sepanjang Jalan’ karangan Dr. Al Syed Muhammad Noh)

Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya isti’jal ialah:-
a. Dorongan hawa nafsu manusia.
b. Semangat yang terlalu tinggi.
c. Terpengaruh dengan keadaan semasa.
d. Terpengaruh dengan keadaan musuh.
e. Tidak memahami uslub musuh.
f. Terlalu banyak kemungkaran di samping tidak tahu cara mencegah kemungkaran itu.
g. Tidak berupaya memikul dan menanggung kesulitan di dalam meneruskan perjuangan ini.
h. Berjaya diperingkat permulaan atau sebahagian daripada pendekatan tanpa mengira a’kibatnya.
i. Tiada program harian, mingguan dan bulanan yang tetap.
j. Bekerja dengan tidak berpengalaman dan tidak pula dibantu oleh orang-orang yang berpengalaman.
k. Lupa akan sunnatulLah di dalam perubahan a’lam.
l. Berlaku kecuaian di dalam a’malan harian, seperti terlebih bangkit untuk menunaikan solat, jarang mengerjakan yang sunat dan lain-lain.
m. Termakan makanan-makanan yang tidak halal atau syubhah.
n. Menghayati ajaran agama dalam sudut-sudut tertentu sahaja seperti mengambil berat tentang a’qidah sahaja dan meninggalkan yang lain.
o. Terlupa kepada sunnatullah di bumi dan dalam a’lam kehidupan manusia, di mana sesuatu sesuatu perubahan yang besar itu tidak dapat dilakukan sekaligus malahan ia memakan masa.
p. Tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi segala ujian dan rintangan di dalam perjuangan.
q. Bersahabat dengan orang-orang yang berjua lemah dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi.
r. Menjalankan tugas-tugas dalam bentuk yang tidak terancang, bertindak secara spontan sahaja.
s. Terlupa kepada matlamat sebenar perjuangan Islam.
t. Bersahabat dengan mereka-mereka yang bersifat gopoh.

Semoga mendapat manfaat bersama. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment