Thursday, November 4, 2010

Semoga amanah berterusan di Galas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Di saat saya membuat coretan ini, apa yang berlaku di Galas adalah seperti berikut.

Langsung proses pengundian PRK N.45 Galas
Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria, Mohd Nor Yahya
GUA MUSANG, 4 Nov: Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas akan membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

8.20 am: Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.

8.15 am: Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong dan perayu undi BN tidak mahu berganjak dari kawasan pintu pagar sekolah setelah diarah pihak polis.

Penyokong kedua-dua belah pihak diminta berada pada jarak lebih 50meter dr pintu masuk tempat pembuangan undi.

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

8.07 am: TG Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Sek Ren Keb Tengku Muhammad Fakri.

8.05 am: Dr. Zulkefli tiba di pusat pengundian Sek Keb Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. galas
Mu'tamar Thanawi MPM KUDQI

Lebih kurang jam 9.30 malam tadi telah berakhirnya Mu'tamar Thanawi MPM KUDQI sessi 2009/2010. Alhamdulillah secara rasmi amanah yang digalas iaitu sebagai Pengerusi Tetap atau Speaker telah selesai. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan mu'tamar pada kali ini. Secara jujur inilah pengalaman yang paling berharga kerana banyak perkara baru yang saya pelajari.

Ini merangkumi apakah tugas sebenar seorang Pengerusi Tetap antaranya:-
a. Apakah tugas sebenar sebagai seorang pengendali menyuarat agung.
b. Bagaimana cara mengendalikan masa yang telah ditetapkan.
c. Bagaimana cara mengendalikan sessi perbahasan.
d. Bagaimana cara mengendalikan isu-isu yang hangat.
e. Bagaimana cara hendak menghangatkan suasana dewan yang hambar.
f. Bagaimana cara hendak mengendalikan ahli dewan yang pelbagai ragam.

Saya mengucapkan berbanyak syukur di atas anugerah serta ni'mat yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Secara peribadi saya merasakan mu'tamar thanawi pada tahun ini merupakan mu'tamar yang terbaik dari segi pengurusan, isu-isu yang diutarakan dan ramai pewakilan yang berani tampil untuk berbahas. Walaupun di sana masih terdapat kekurangan yang perlu ditampung dan diperbaiki pada masa hadapan.

Wind of change

Kita mengharapkan "wind of change" ini terus mendapat tempat di hati mahasiswa KUDQI dan mengharapkan agar ramai lagi mahasiswa yang berani melakukan anjakan paradiqma kepada diri sendiri dan berani untuk melakukan perubahan kepada suasana atau bi'ah yang lebih solehah yang menepati kehendak syariat Islam.

"Kita hendak 'wind of change' yang merupakan tajuk kepada sebuah lagu yang seringkali menjadi siulan anak-anak muda akan terus bertapak di bumi KUDQI". Kataku selaku Pengerusi Tetap semasa mengendalikan dewan.

Saya mengakhiri tugas sebagai Pengerusi Tetap dengan berkata: "Saya mendoakan agar calon yang terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa MPMKUDQI untuk sessi 2010/2011 akan terus mendepani cabaran".

WalLahu a'lam.
Ibnu Ibrahim.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga mantan tuan pengerusi tetap dirahmati Allah...ana minta maaf lah pada abg we sebab bikin panas masa muktamar thanawi/muktamar agung MPMKUDQI tu..Semoga kita terus berada dalam ukhuwah fillah tanpa ada dendam yang terlekat di hati..Semoga ana, abg we, dan sekalian pejuang Islam, ahli2 dan pimpinan2 Pas akan terus istiqamah dan bersatu hati dalam menegakkan Islam dalam diri dan negara..amin..Doa kan ana mati syahid dalam perjuangan menegakkan Islam...ky assalamualaikum warahmatullah..

    ReplyDelete
  2. mantan (mundar mandir tanpa jawatan) hehe.
    amnin...semoga anta juga dapat mengendalikan mu'tamar pada sessi yang akan datang dengan lebih baik dan jayanya..
    insyaAllah..

    ReplyDelete