Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Syria, you are not alone
Antara slogan pada perhimpunan aman semalam. Dengan menyertai perhimpunan aman tersebut semalam, merasakan itulah sumbangan kecil untuk menyatakan sokongan kepada umat Islam di Syria. Tahniah kepada yang hadir untuk memberikan sokongan kepada umat Islam Syria. Perhimpunan aman ini juga adalah tanda bantahan kita terhadap tindakan zalim kerajaan Syria Bashar Asa
ad.
Apabila isu melibatkan saudara kita umat Islam, kehadirannya tidaklah seramai perhimpunan-perhimpunan yang lain seperti Turun Harga Minyak dan Bersih. Kenapa ya?
Lebih 1,000 sertai bantahan di Kedutaan Syria
KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 umat Islam hari ini berarak dan berhimpun di
hadapan kedutaan Syria, Kuala Lumpur bagi membantah kekejaman tentera
regim Bashar Assad terhadap rakyat negara itu.
Bantahan anjuran
Dewan Pemuda PAS Malaysia itu turut disertai wakil NGO Islam serta hak
asasi manusia yang turut sama membantah kekejaman berterusan di negara
bergolak itu.
Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), NGO Muslim Care serta Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis).
Mengetuai
bantahan itu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS
Malaysia Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Ketua
Penerangan Pemuda Riduan Mohd Nor dan pimpinan serta exco dewan itu yang
lain.
Sebelum itu, mereka berarak hampir dua kilometer dari
Masjid Tabung Haji menuju ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat
Jumaat bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat Syria..
Biarpun
cuaca ada ketikanya panas, para peserta himpunan aman itu tidak
berganjak sementara menunggu enam wakil selesai menyerahkan memorandum
kepada wakil kedutaan Syria.
Malah, turut kelihatan menyertai
himpunan solidariti itu juga bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia,
tetapi juga beberapa rakyat Syria ada ketikanya mendominasi perhimpunan
dengan slogan perjuangan mereka.
Sementara itu, pada sidang media
yang diadakan sejurus selesai urusan penyerahan memorandum, Ketua
Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan berkata kesal dengan tindakan
kedutaan Syria yang enggan menerima memorandum yang diserahkan mereka.
Malah, delegasi mereka juga tidak dibenarkan masuk.
"Memorandum
ini antara lainnya membantah kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria
terhadap penduduknya hampir tiga tahun. Kita juga tidak mendapat satu
sumber maklumat yang jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di Syria.
Malangnya, kita tidak dapat bertemu pada hari ini untuk emndapatkan
gambaran sebenar.
"Tapi apa yang penting, banyak campur tangan
dari kerajaan luar yang menyebabkan rakyat makin tertindas dan akhirnya
menjadi pelarian. Justeru, kerajaan Syria perlu menolak campur tangan
asing yang tidak membantu ke arah pendamain dan keamanan negara itu,"
tegas beliau.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia (Abim), Amidi Abdul Rahman, berkata tindakan kedutaan Syria
yang enggan menerima memorandum bantahan itu menunjukkan sikap tidak
demokratik negara itu dalam menangani isu sensitiviti semua pihak
membabitkan rakyatnya sendiri.
Katanya, ia berbeza dengan sikap
yang ditunjukkan kedutaan Turki di Malaysia yang turut menerima
memorandum daripada delegasi berhubung pembinaan Taman Gezi, di Istanbul
yang mewujudkan konflik di kalangan rakyat yang menyebabkan ribuan
rakyat mengadakan protes ke jalan raya.
Tegas Amidi, berdasarkan
pertemuan dengan wakil Turki tadi, delegasi itu dimaklumkan Perdana
Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, bertindak menemui para demonstran
dan kemudiannya memulangkan isu taman tersebut ke mahkamah bagi
memutuskan sama ada taman itu boleh dibina atau sebaliknya.
"Kami
memuji sikap Perdana Menteri Turki yang sanggup turun berbincang dengan
demonstran, bukan hanya mengadakan pembantaian semata-mata. Sayangnya,
ia tidak berlaku di kedutaan Syria yang bukan sahaja tidak mahu
menerima memorandum kami, tetapi tidak membenarkan kami masuk ke
kedutaan," tegas beliau.
Sementara itu, peserta himpunan bersurai kira-kira jam 3.35 petang tadi dengan suasana aman.
Sumber: harakahdaily: lebih 1,000 sertai bantahan di kedutaan syria
No comments:
Post a Comment