Harapan rakyat terhadap Pas
Rakyat kebanyakkan mengharapkan agar Pas dapat memainkan peranan di dalam isu Syria. Ini memandangkan bahawa Pas mewakili Parti Islam di Malaysia dan sekaligus menjadi suara kepada masyarakat Islam di Malaysia. Dalam suasana OIC dan PBB seolah-olah ditutup mulut daripada berkata mengenai Syria alangkah baiknya Gerakan Islam Pas maju ke hadapan membela rakyat Syria daripada terus menerus dizalimi oleh Basyar Asad laknatulLah.
Kenyataan media Presiden Pas
KENYATAAN MEDIA RINGKAS PRESIDEN PAS 25 Jun 2013
"PAS AKAN BERSAMA DENGAN GERAKAN ISLAM ANTARABANGSA UNTUK MEMBANTU BAGI MERUNGKAI KONFLIK DI SYRIA"
1. Konflik berdarah dan kezaliman
terhadap rakyat Syria yang telah bermula awal 2011 telah meragut puluhan
ribu nyawa yang tidak berdosa. Sepanjang tempoh ini, berbagai inisiatif
telah digerakkan oleh komuniti antarabangsa berbagai negara dan badan
bukan kerajaan, malah oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.
2. Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga
telah menyatakan sebelum ini bahawa semua kuasa asing yang mempunyai
kepentingan strategik masing-masing itu untuk keluar dari negara yang
sedang bergolak itu dan menyerahkan penyelesaiannya kepada rakyat Syria
sendiri untuk menentukannya.
4. Saya juga telah menulis satu artikel bertajuk "Rakyat Syria Mangsa Kezaliman dan Kesilapan Negara Umat Islam" pada 25 Jun 2013 untuk menjelaskan kedudukan percaturan konflik ini secara menyeluruh supaya kita semua menyedari siapakah musuh sebenar kita.
5. Langkah terbaru pada bulan Julai ini
yang akan diambil oleh PAS ialah memikul tanggungjawab untuk
bersama-sama dengan pimpinan Gerakan Islam Antarabangsa terutamanya dari
Sudan dan Turki bagi mengusahakan penyelelesaian ke peringkat yang
lebih hampir.
6. PAS mengharapkan iringan sokongan doa
dan harapan dari semua rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat
antarabangsa secara umumnya dalam mengambil langkah ini. Semoga usaha
ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
PRESIDEN PAS
No comments:
Post a Comment