Keadaan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Terkini dari Kedah
Semoga beliau cepat pulih.. InsyaAllah.
[TERKINI]
Telah sebulan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menerima rawatan.
Petang tadi telah menjalani pemeriksaan bahagian dalaman dan rawatan
serta pembedahan kecil mengubah kedudukan tiup saluran makanannya oleh
doktor-doktor pakar. Urusan tersebut selesai sekitar jam 6:20 petang.
Keadaan beliau nampaknya semakin bertambah baik berbanding
sebelum-sebelum ini. Tetapi, kelihatan seperti keletihan lantaran
terbaring terlalu lama.
Beliau kerap berada dalam keadaan lali
disebabkan kesan suntikan ubat dan antibiotik yang diberikan padanya.
Namun, bibirnya dilihat tersusun menutur sesuatu berulang-ulang di mana
mungkin beliau sedang berzikir. Sekali sekala beliau dilihat berusaha
mengangkat tangannya seolah-olah sedang berdoa.
Marilah sama-sama kita terus berdoa untuknya.
Mesej dari: Harakah Kedah
No comments:
Post a Comment