Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Mari
kita mengenali bagaimana sifat diri kita. Adakah kita tergolong dalam
golongan seperti ini? Jika ya marilah kita cuba melakukan perubahan.
Artikel ini saya ambil daripada Facebook Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pemarah
Selain 'expectation' atau harapan, punca kemarahan datang daripada ego sendiri. Orang yang panas baran, mudah marah lazimnya:
1. Menganggap dirinya lebih penting daripada orang lain...
a. Mengapa aku dilayan bagai orang biasa...
b. Mana aku nak letak air muka aku kalau macam ni.
2. Menganggap diri mereka sentiasa betul...
a. Itu hak saya... (walaupun tak pernah usaha)
b. Aku pejuang sebenar, orang yang mengkritik cara aku, semua anti-perjuangan...
c. Kan dah suruh abang buat itu dulu, sekarang tengok apa terjadi...
Orang yang mempunyai kedua-dua ciri di atas akan mudah marah apabila
mereka tidak mendapat sesuatu yang dihajatkan. Ingatlah, terdapat 6.8
billion manusia di muka bumi Allah. Kadangkala
untuk seseorang lain mendapat sesuatu, kita terpaksa hidup tanpa sesuatu
benda itu.
Semua orang ada kelemahan masing-masing, yang
muka jelita tapi hatinya busuk, yang hati baik tapi tak
handsome...itulah uniknya ciptaan Allah - supaya boleh saling menerima,
saling
memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Orang yang marah juga suka bertengkar dengan realiti...
1. Hari ini tidak sepatutnya hujan.
2. Pencuri itu tak patut curi...
3. Jalan ini tak sepatutnya jem.
4. Kawan tak sepatutnya lambat.
5. Boss sepatutnya layan saya dengan baik...
Sedarlah perbuatan di atas hanyalah membazir tenaga dan masa. Apabila
kawan dah terlewat, adakah kita nak marah sehingga masa yang dijanjikan
bersama dia dihabiskan dengan muka masam?
Jika anda berasa
marah terhadap sesuatu situasi yang berulang-ulang, ingatlah ini bukan
kerana situasi itu berulang-ulang, ini adalah kerana anda tidak mengubah
cara pemikiran anda...
Ingatlah, adalah lebih mudah anda mengubah diri daripada mengharapkan perubahan pada orang lain.Sekadar untuk renungan. SENYUM.
Kesimpulan
Artikel ini sangat bagus untuk kita mengenali diri kita dan seterusnya mengkoreksi diri ke arah yang baik.
Ibnu Ibrahim
No comments:
Post a Comment