Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Ta'ziah kepada sahabat-sahabat
Ekoran gegaran bermagnitud 6.1 itu telah meruntuhkan sebuah masjid dan menyebabkan sekurang-kurangnya 24
orang termasuk enam orang kanak-kanak terbunuh ketika mereka sedang
membaca al-Quran di sebuah masjid.Dengan berlakunya gempa bumi ini telah menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk dan semua pelajar di Acheh.
Kepada semua sahabat yang masih berada di bumi Acheh, bersabarlah dengan musibah yang menimpa. Saya mengucapkan ta'ziah kepada sahabat semua. Semoga semuanya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Gempa bumi Aceh: 24 maut, 210 cedera
JAKARTA - Korban jiwa dalam bencana gempa bumi berkekuatan 6.2 pada
skala Richter di daerah Bener Meriah, Aceh meningkat dua orang hari ini,
menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat kejadian itu kepada 24 orang.
Laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mencatatkan
bahawa 14 orang meninggal dunia di daerah Bener Meriah manakala di Aceh
Tengah, 10 orang terkorban.
Dua orang penduduk pula dilaporkan hilang di daerah Bener Meriah.
Sejumlah 249 orang yang cedera dalam bencana itu kini diberikan rawatan
di hospital daerah Bener Meriah dan Aceh Tengah.
Gempa bumi pada pukul 2.37 petang Selasa waktu tempatan dan berpusat di
35km Barat Daya daerah Bener Meriah diikuti dengan dua gempa susulan di
tempat yang sama pada sebelah malamnya dengan catatan magnitud 5.5 pada
skala Richter dan 5.3 skala Richter.
Laporan awal menyebut bahawa gegaran kuat gempa itu memusnahkan ribuan bangunan serta rumah penduduk.
Data yang dikumpul oleh BNPB setakat ini menyebut bahawa 75 bangunan
dan rumah penduduk di Bener Meriah musnah akibat gempa bumi itu manakala
bangunan dan rumah penduduk yang musnah di Aceh Tengah berjumlah 300.
BNPB menyatakan bahawa sejak kejadian petang semalam hingga tengah hari
ini, sebanyak 16 gempa susulan berlaku di kawasan Bener Meriah.
Kepala BNPB Syamsul Maarif melaporkan perkembangan bencana itu kepada
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono serta langkah yang diambil
oleh pihak berkuasa bagi menangani bencana itu.
Kemusnahan itu membabitkan bangunan masjid dan bangunan pejabat
kerajaan manakala sejumlah penduduk terpaksa ditempatkan di 10 pusat
pemindahan.
Syamsul berkata kerajaan segera melakukan usaha menangani bencana itu
dan pada masa ini pasukan gabungan BNPB dengan semua kementerian serta
agensi berkaitan berada di Bener Meriah untuk melakukan penyelarasan
usaha bantuan dan penilaian pantas.
"BNPB juga menghantar sebuah helikopter Collibri tentera udara
Indonesia (TNI AU) dari Pekanbaru ke Aceh untuk wilayah perbatasan
antara Bener Meriah dan Aceh Tengah," katanya pada Rabu.
BNPB turut menggunakan pesawat CN 235 tentera udara Indonesia untuk
melakukan foto udara dan penilaian pantas dari udara mengenai kesan
kemusnahan daripada kejadian gempa bumi itu. - Bernama
Sumber: sinarharian; gempa-bumi-aceh 22 maut 210 cedera
No comments:
Post a Comment