Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Satu hari sahaja lagi
Esok raya!
Opps. Esok puasa. Selamat berpuasa di bulan ramadhan 1434H pada tahun ini kepada seluruh umat Islam di dunia. Kesempatan ni'mat kurniaan Tuhan ini seharusnya digunakan sebaiknya. Melipatgandakan 'amalan-'amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan, maghfirah serta keampunan Tuhan. Mengaharapkan rahmatnya.
AlhamdulilLah tahun ini saya dan keluarga beraya di kampung halaman. Hampir setahun tidak pulang ke kampung. Rindu kampung halaman.
Kenangan indah
Kenangan yang cukup berharga semasa berada di perantauan beberapa tahun yang lalu. Sweet. Indah dan sukar untuk dilupuskan daripada ingatan. Kenangan terindah apabila berpuasa di perantauan.
Apabila hampir
tibanya bulan ramadhan entah kenapa rinduku kepadaMu semakin
bertambah..Ya Allah jadikanlah Ramadhan pada kali ini ramadhan yang
paling berma'na buatku..
Yaman dengan gelaran "bumi iman dan
hikmah" sering menjadi suatu kenangan terindah terutama ketika di bulan
Ramadhan. Suasana sambutan masyarakat 'Arab Yaman membuatkan kita
menginsafi hakikat sebenar berpuasa.
Kenapa? Ini kerana
suasananya yang cukup berbeza dengan berpuasa di tanahair sendiri. Tiada
pembaziran malah galakan untuk ber'ibadat di bulan ini cukup
menggalakkan. Ramadhan adalah sinonim dengan umat Islam Yaman. Tidak
hairan kita melihat mereka sangat gembira menyambut ramadhan.
Hari
ini 09hb Julai 2013 bekas anak murid yang kini berada di Beijing mula
berpuasa dan esok hari rabu, 10hb Julai 2013, kita yang berada di
Malaysia pula akan berpuasa.
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.
semoga ramadhan pada kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun
sebelumnya. insyaAllah.
Jangan lupa solat sunat tarawikh. :)
Lagi artikel berkenaan puasa (taip perkataan puasa di dalam kotak cari atas sebelah kanan)
No comments:
Post a Comment