Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Akhirnya kerajaan Morsi diguling
Alangkah sedihnya dunia apabila pada pagi ini dikejutkan dengan berita kerajaan Dr. Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir. Kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Dr. Morsi telah berjaya dibentuk oleh sistem demokrasi yang disokong oleh rakyat Mesir. Parti FJP telah memenangi pilihanraya Mesir yang lalu dengan kemenangan majoriti dan Dr. Morsi telah dipilih sebagai Presiden Mesir.
Dr. Morsi telah bersungguh-sungguh memperkenalkan sistem pemerintahan Islam kepada rakyat Mesir, di samping cengkaman sekularisme yang sudah sebati di dalam pemerintahan sebelumnya. Sesungguhnya ujian ini sangat berat kepada Dr. Morsi serta pimpinan kerajaannya. Allahu Rabbi.
Saya terfikir bagaimanakah keadaannya apabila Parti Islam SeMalaysia dapat memerintah bumi Malaysia nanti. Adakah perkara yang sama akan berulang? Semoga Allah menjauhkan bala' tersebut dan memastikan Parti Islam SeMalaysia dapat memerintah dengan baik dan lancar. Insya Allah.
Akan ada yang akan mempertikaikan kemampuan Parti Islam SeMalaysia untuk memerintah Malaysia. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan. Kun Fa Yakun. Jadi, maka jadilah.
Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah
KAHERAH-MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara
demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh
pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih
lagi pemimpin sah negara itu.
Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh
Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan
kejatuhan presiden itu.
Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.
Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya
bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.
Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal
diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk
mengisytiharkan perlembagaan baru.
El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka
yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan
Morsi.
Sumber: sinarharian; rampasan kuasa morsi kini ditahan di rumah
No comments:
Post a Comment