Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Dr. Mursi rela darahnya ditumpahkan
Rabu, 03 Julai 2013 I 12.34 malam
Antara keratan ucapan Dr.Muhammad Mursi :
"Saya rela darah saya ditumpahkan demi untuk menjaga negara ini dan
perlembagaannya. Allah akan menjadi penjaga dan pengawas setiap yang
saya lakukan. Dan saya telah membuka dan sentiasa membuka dan mengajak
untuk mengadakan dialog dan perbincangan."
Maklumat tentang samseng bergerak menyerang Rabaah
Ir. Amru Zaki bekas ahli parlimen dan merupakan anggota tertinggi Parti
Hurriyah Wal-Adalah (FJP) di Kaherah menyatakan maklumat yang
diperolehi mereka menyebutkan bahawa ada sekumpulan puak samseng pemberontak sedang bersiap untuk menyerang penunjuk perasaan (penyokong Presiden Morsi) di Raba'ah Al-Adawiyah.
Beliau ketika ditemubual dalam telefon menerusi channel MISR 25 turut
mendakwa KDN telah menyiapkan plan dalam pertemuan ketua-ketua
keselamatan yang sudah selesai beberapa jam yang lalu untuk menyerang
Dataran Raba'ah Al-Adawiyah pada jam 5 pagi ini. Pemimpin FJP itu
meletakkan kesemua ketua keamanan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
jika berlaku apa-apa terhadap penunjuk perasaan di Dataran Raba'ah waktu
ini.
Sumber:
Laporan 04:16 pagi
03/07/2013, web berita Fjp
via Abd Muin Abd Manan
Sumber: facebook; DPPMalaysia
No comments:
Post a Comment