Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.
Dataran rumah kedua
Semenjak hari pertama rampasan kuasa yang dibuat oleh askar, rakyat Mesir yang cintakan demokrasi terus menerus melahirkan bantahan kudeta yang dilakukan oleh pihak askar. Seolah-olah mereka sudah lupa akan kampung halaman mereka. Mereka merasakan nikmat berada di Dataran lebih berbanding berada di rumah. Mereka mengimpikan syahid dan tidak takut akan peluru. Bukannya peluru tiruan malah peluru hidup. Mereka cukup mahir menguruskan diri apabila berada di Dataran Nahdhah dan Dataran Rabi'atul Adawiyah. Selama sebulan di bulan ramadhan mereka bermunajat kepada Allah bersama-sama dengan ribuan rakyat Mesir.
Askar mula mengganas
Hari ini tempat mereka berkumpul telah diceroboh oleh askar yang kelihatannya tidak senang duduk dengan bantahan yang telah dilakukan oleh rakyat Mesir Itu. Khabarnya sehingga kini bilangan syuhada' semakin meningkat ke angka 300 orang. Dijangka akan terus meningkat. Bayangkan betapa mereka sangat dahaga akan darah merah para penyokong Dr. Mursi dan rakyat Mesir yang bersama membuat bantahan. Tidak ubah lagi mereka seperti Yahudi yang dahagakan darah Umat Islam Palestin. Allahu Akbar.
Sekadar beberapa keping gambar yang cukup menyayat hati. Bukan setakat ditembak malah sudah ada yang dibakar hingga rentung. Allahu Rabbi.
Ini antara senjata para penyokong Dr. Mursi
Lihatlah senjata-senjata mereka berbanding senjata-senjata yang digunakan oleh askar-askar yang menggila itu.
Semoga Allah hancur leburkan usaha jahat mereka itu. Ikuti kenyataan media Dewan Pemuda Pas Malaysia mengutuk akan serangan terbaru ini. Catatan ini boleh didapati di dalam facebook: Ustaz Nasrudin Tantawi
DPPM MENGUTUK SERANGAN TERBAHARU REJIM MESIR
(14 Ogos 2013)
1.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk serangan besar-besaran
tentera Mesir di bawah Presiden Interim Adly Mansour di negara tersebut.
Kejadian terbaharu pada hari ini apabila pasukan tentera menggempur
ribuan demonstran melalui gas pemedih mata serta tembakan peluru hidup
mengakibatkan saat ini lebih 200 orang mati syahid manakala lebih 8000
orang cedera.
2. DPPM menganggap kejadian terbaharu ini sebagai
tindakan paling kejam, zalim dan di luar peri kemanusiaan rejim Mesir
terhadap rakyatnya sendiri. Ia berlaku di Medan Raba'ah dan di Madinah
Nasr di mana pasukan tentera menggempur para demonstran melalui gas
pemedih mata dan penembak tepat di atas bangunan. Lebih membimbangkan
lagi apabila ambulans tidak dibenarkan masuk ke medan Rabiatul Adawiyah
yang menyaksikan banyak pertumpahan darah.
3. Apakah kerajaan
kudeta Mesir mahu menukarkan negaranya sama seperti Syria yang sudah
bergolak selama 3 tahun? Apakah pemimpin kudeta Jeneral Abdul Fattah As
Sisi mahu membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri sama seperti Basyar Al
Assad lakukan terhadap rakyat di negaranya? Berapa ramai lagi harus
mati syahid terbunuh oleh kekejaman kerajaan kudeta Mesir?
4.
DPPM menegaskan bahawa kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mesir pada
hari ini tidak akan menyelsaikan konflik berdarah di negara tersebut.
Semakin rakyat dizalimi, semakin ramai bangkit menolak kerajaan kuku
besi negara tersebut. Membunuh rakyat yang tidak bersalah tidak akan
mematikan hasrat jutaan rakyat yang menuntut keadilan melalui proses
demokrasi yang tulen. Hanya meja rundingan serta menyerahkan kembali
mandat kuasa negara kepada kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat iaitu
Dr Mohammad Morsi mampu mengembalikan keamanan dan kestabilan di negara
itu.
5. Selain itu, DPPM mempersoalkan apakah tindakan kerajaan
Malaysia dalam menangani konflik terkini di Mesir. Malaysia sepatutnya
mengambil langkah terkehadapan dengan menyatakan bantahan secara lantang
terhadap tindakan kerajaan kudeta Mesir. DPPM juga menggesa kerajaan
Malaysia memutuskan hubungan dengan kerajaan kudeta Mesir sehingga
keamanan dan kerajaan yang sah kembali berkuasa. Tidak ada gunanya
kerajaan mengiktiraf kerajaan haram yang telah membunuh ribuan rakyatnya
serta merampas kuasa secara zalim daripada pemimpin yang sah di negara
tersebut.
6. Malam ini, sejurus selesai solat Maghrib berjamaah,
DPP kawasan - kawasan diarahkan supaya anjur majlis Solat dan Munajat
Perdana di kawasan masing - masing secara serentak untuk menghantar
bantuan doa kepada rakyat Mesir yang sedang dibantai teruk oleh regim.
HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment