Tuesday, August 28, 2012

Tanda Dicintai Oleh Jin Betina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Gangguan jin 

Juga dikenali dengan gangguan makhluk halus. Fenomena terkena gangguan jin seringkali berlaku di dalam masyarakat kita. Ada di kalangan yang terkena mampu dipulihkan dengan mudah dan ada juga yang sukar dipulihkan. Tiada cara melainkan dengan melakukan ikhtiar dengan membuat rawatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quranul Kareem. Sentiasa melazimi dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah merupakan penawar yang berkesan.

20 Tanda lelaki dicintai jin betina atau jin asyik
 
Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini. Antaranya :-

1.    Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2.    Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3.    Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantic contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

4.    Anda suka bersendirian berjalan malam.

5.    Anda suka duduk melamun dan melayan perasan di bawah cahaya bulan purnama.

6.    Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala. Begitu juga ia bergantung kepada  kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

7.    Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

8.    Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

9.    Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan. Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin Nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

10.  Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, seseorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

11.  Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

12.  Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

13.  Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

14.  Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

15.  Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

16.  Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

17.  Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

18.  Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan  rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

19.  Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

20.  Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya. Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan
kepala. Wallahua’lam.

 

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=376399725764167&set=a.171238609613614.40838.171232506280891&type=1&theater 

Sunday, August 5, 2012

Artis dan Dunia Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Fenomena golongan artis berhijrah

Bermula dengan Bob Lokman, kemudian disusuli artis-artis seperti Hairie Othman, Aishah, Sham Kamikaze dan lain-lain lagi. Ekoran telah disuluh dengan cahaya hidayah maka sekarang ini mereka merasa ni'mat hidup dalam dunia yang baru dan jauh berbeza daripada zaman sebelum ini. Mereka juga bersama-sama memperjuangkan cara hidup yang syumul. Alhamdulillah.


Artis di zaman Rasulullah

Kita melihat bagaimana di zaman Nabi Muhammad saw juga terdapat penyair yang terkenal telah bertaubat dan berhijrah iaitu Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma. Nabi Muhammad saw juga telah telah menghadiahkan burdah (jubah) yang dipakai oleh beliau kepada Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma. Ka’ab bin Zuhair bin Abi Salma, adalah merupakan seorang penyair terkenal Muhadramin (penyair dua zaman iaitu Jahiliyyah dan Islam)

Hidup dalam dunia berbeza

Kalau dahulu mereka hidup didalam kehidupan yang penuh maksiat, bercampur antara lelaki dengan perempuan sudah menjadi lumrah didalam dunia artis. Setelah mendapat suluhan cahaya iman dan Islam maka akhirnya mereka berhijrah daripada kegelapan jahiliyah kepada Islam. Penampilan mereka berubah daripada tidak memakai tudung kepada istiqamah memakai tudung.

Perubahan mereka juga dapat dilihat daripada sudut sosial iaitu artis yang sudah meninggalkan zaman kegelapan ini banyak berkongsi pengalaman dengan orang awam. Ada antaranya menitiskan air mata di hadapan ribuan orang kerana menyesali akan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Semoga mereka diberikan hidayah berterusan dan istiqamah dalam kehidupan Islam mereka.

Ujian dan dugaan

Sudah menjadi lumrah di dalam kehidupan ini manusia akan diuji dengan mehnah dan tribulasi. Kadang kala ujian dan dugaan yang dihadapi adalah untuk menguji sejauh mana keinginan mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Ujian dan dugaan juga adalah untuk meningkatkan keimanan mereka peringkat demi peringkat. Semoga mereka kekal di dalam hidayah Allah. Begitu juga dengan kita.

Proses tarbiyah

Cuma tinggal lagi cabaran untuk mendidik dan mentarbiyah mereka secara berterusan agar mereka tidak kembali semula ke jalan yang telah mereka lalui sebelum ini. Kesediaan untuk menerima mereka perlulah ada kepada setiap individu muslim. Terimalah mereka dengan hati yang penuh terbuka dan lapang dada. Jauhkan diri daripada mengkritik mereka. Sebaliknya berilah sokongan kepada mereka. Ajaklah mereka untuk menghadiri usrah. Usrah adalah merupakan elemen terpenting untuk memastikan hati-hati para artis ini diikat dengan ikatan yang sangat kukuh.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.
16 Ramadhan 1433H/05hb Ogos 2012
Ibnu Ibrahim.

Wednesday, August 1, 2012

Salam ramadhan kareem 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Salam ramadhan kareem 1433H

Dikesempatan saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Sedar tidak sedar sekarang ini kita sudah memasuki fatrah kedua bulan ramadhan iaitu 'ausotuhu maghfirah'. Mari kita menyemak adakah puasa kita selama 11 hari yang lalu meninggalkan kesan kepada kita? Jika ada kesan alhamdulillah.

Saya hendak berkongsi dengan pengunjung berkenaan hakikat betapa degilnya nafsu, makhluk Tuhan yang dikurniakan kepada makhlukNya yang diberi nama manusia. 

Kejadian manusia

Hakikat kejadian seorang manusia terdiri daripada 3 unsur:-
1. Jasad
2. Roh
3. Nafsu
Dan apabila ditiupkan roh maka hiduplah ketiga-tiga unsur tersebut. Maka berlakulah dialog di antara sang pencipta dengan makhluk2nya.

Apabila dipanggil jasad. Allah bertanya "man ana wa man anta"? maka jawab jasad "aku hamba dan Engkau Tuhanku". Selepas itu Allah bertanya pula dengan roh. Maka jawapan roh adalah sama dengan jawapan jasad.

Akhirnya Allah bertanya pula kepada nafsu "man ana wa man anta"?
Maka jawab nafsu "ana, ana wan anta, anta". Maka Allah ulang-ulang soalan sama dan jawapan yang sama diberikan oleh nafsu. Begitulah betapa degilnya nafsu ini.
Allah telah memasukkan atau merendamkan nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu datang mengadap dan bertanya lagi. Maka nafsu memberikan jawapan yang sama "ana, ana wan anta, anta". Allah kemudian memasukkan atau merendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Allah bertanya lagi, dan nafsu menjawab, "ana, ana wan anta, anta".

Allah kemudian memasukkan semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula untuk kali ke-4 dan bertanya soalan yang sama dan nafsu nafsu menjawab, "Engkaulah Allah Taala yang Maha Besar dan akulah hambamu yang sangat hina."

Akhirnya nafsu tunduk

Begitulah nafsu. Selepas 3000 tahun direndamkan dalam api neraka, baru nafsu tunduk kepada Allah.

Monday, May 28, 2012

Semoga engkau masih bernafas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

3 Bulan tidak dibelai..


Maafkan daku sayang. Sudah 3 bulan dirimu diabai tanpa kasih sayang. Hari ini aku cuba belaimu. Aku Tidak tahu kenapa? Pernah suatu ketika aku merasakan hendak meninggalkanmu. Tapi hari ini aku merasa sayang kembali kepadamu. Fuh. Ayat jiwang sikit pagi ini. Entahlah bila dah 'bermuka buku' ni jarang sekali membuka blog hatta blog sendiri. Hebatnya penangan facebook. Apa pun ada juga hasrat untuk mengaktifkan kembali blog ini walaupun 2 bulan sekali, 3 bulan sekali atau.....?

Mengenai situasi umat Islam hari ini akhbar melaporkan Calon Ikhwan FJP telah mendahului pilihan raya Presiden Mesir (24 Mei 2012). Ikuti berita penuh mengenainya.

Calon Ikhwan FJP dahului pilihan raya Presiden Mesir

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 24 Mei 2012

Hari ini merupakan hari kedua Pilihanraya Presiden Mesir. Setakat ini ianya berjalan dengan penuh tenang dan aman dengan undi luar memberikan kemenangan kepada calon Ikhwan dari FJP.

Adalah dijangkakan proses pembuangan undi buat lebih 50 juta rakyat Mesir akan terus berjalan lancar bagi memilih Presiden Mesir pertama kali setelah kejayaan revolusi 25 Januari yang yang telah menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Pada hari kedua ini saya berada bersama beberapa pemerhati pilihanraya telah melawat tempat membuang undi di kawasan Asyar yang terletak di pinggir Kota Kairo.

Proses pengundian yang berjalan selama 2 hari kini semakin menjelaskan pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak.

Seramai 13 senarai calon yang bertanding tetapi empat calon yang paling popular setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon’im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu ‘Amru Musa dan Shafik.

Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter dan pemerhati antarabangsa dari Carter Center kini berada di Mesir untuk menyaksikan pilihanraya bersejarah ini, sepertimana beliau juga ke Gaza untuk menyaksikan Pilihanraya Parlimen Palestin pada 25 Januari 2006 yang berakhir dengan kemenangan HAMAS. Setakat ini proses undian berjalan lancar dimana setiap pengundi di wajibkan ‘celup jari’ bagi meengelakkan ‘pengundi hantu’ dan penipuan.

Sementara itu hakim-hakim yang diikitiraf telah dilantik bagi menyelia proses pengundian di tempat-tempat mengundi.

Bagi menjaga keamanan dan keselamatan setiap tempat pengundian, puluhan ribu yang terdiri dari kalangan anggota tentera dan polis telah dikerahkan untuk berkawal dalam tempoh dua hari ini.

Bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan, Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri, sambil diperhatikan oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yng bertanding.

Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian.

Inilah catatan awal perjalan pilihanraya yang sedang berjalan sekarang ini.

Bagi keputusan pilihanraya Presiden bagi rakyat Mesir yang menetap di luar negara, Dr. Mohamad Mursi dari FJP telah mendapat tempat pertama dengan lebih 37% undi dan Dr Abd Mun’im mendapat tempat kedua dengaan 27% undi.

Calon-calon lain tidak mendapat undi yang banyak dalam pemilihan ini. Pencapaian awal Dr. Mursi ini mungkin menjadi indikator positif kepada calon Ikhwan Muslimin dalam menentukan keputusan penuh pilihanraya Presiden Mesir yang sedang berjalan ini.

calon ikhwan di hadapan

Wednesday, February 1, 2012

situasi hari ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin. 

Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?

Posted by Saiful at 9:11 AM | | 5 comments

2 Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah. Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.

Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.

Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.

Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan “Pembangunan yang tidak pernah kelihatan” bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.

Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.

Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/

Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.

Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya “Rakyat didahulukan”??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?

Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA’AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.

Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.

Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.

Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : “Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak”.

Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klik http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.

Dikutip daripada Ada Hati Perut ke JKKK, Adun Paka & MB Terengganu?

Wednesday, November 9, 2011

Tanpa disedari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Apa khabar kalian?

Kaifahalukum? Arjukum fissaa'dah wassihah. Lama jari ini tidak menari atas keyboard. Entri kali ini saya hendak mengajak sahabat-sahabat pengunjung untuk mengamalkan kesihatan di dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bab pemakanan. Al-ma'lumlah kecik-kecik dulu suka sangat makan 'chicken dish' atau 'jajan' kata orang jerman. Ada lagi iaitu mee segera. En. Mamee atau en. Maggi lah tu. Dua-dua makanan ni memang merupakan 'favourite' saya masa kecik-kecik. Orang lain saya tidak tahulah.

Sampai ke hari ini masih lagi teringin hendak merasa mamee (maggi saya tidak makan). Pada suatu hari, saya pun bertanyalah pakcik google berkenaan kedua-dua makanan ini. Ada satu artikel tu menyatakan bahawa barang sesiapa yang memakan maggi atau seumpamanya akan menyebabkan rambutnya gugur. Ada lagi iaitu cepat lupa. Ini adalah kajian yang dibuat oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang).

Jom kita makan buah

Tanpa kita sedari bahawa buah-buahan ternyata mengandung zat-zat yang dapat menggantikan nutrisi dari makanan seperti daging.

1. Epal

Kombinasi kandungan garam mineral dan pektin dalam epal, serta kandungan asam oksalik pada bayam membentuk substansi unik yang memenuhi dinding-dinding usus dan melalui gerakan kimia yang kuat tetapi berupaya "melepaskan" kotoran yang ada di usus besar yang telah terenap berhari-hari, berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Kandungan zat pektin dalam epal juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan triglycerides yang mengganggu fungsi jantung.

Jus Epal
Fungsi utamanya:
- Mengurangi nafsu makan
- Mengendalikan tekanan darah dan kadar gula darah
- Pembersihan racun dalam usus

2. Avocado

Kandungan kalori, lemak dan minyak yang tinggi di dalamnya bukan sahaja menjadi sumber tenaga yang melimpah yang diperlukan ketika berpuasa, tetapi juga mengurangi kadar kolesterol dan menjaga kelenturan otot-otot sendi.

Jus Avocado
Fungsi utamanya:
- Melembabkan dan mengencangkan kulit
- Membantu pembentukan sel darah merah
- Mencegah anemia

3. Pisang

Isi buah pisang yang lembut melapisi dinding-dinding lambung dan usus sehingga dapat menjadi lapisan anti radang. Pisang sangat membantu bagi mereka yang mengalami masalah peradangan lambung atau usus. Kerana isi buah pisang sangat lembut, dianjurkan untuk tidak dijadikan jus. Sangat baik untuk pencernaan.

4. Kurma

Kandungan gula kurma yang tinggi membuat kurma menjadi buah yang menghasilkan energi tinggi. Bahkan ada legenda bahwa Nabi Muhammad SAW berbuka puasa hanya dengan 3 butir kurma, tentunya yang berkualiti tinggi. Kandungan gula kurma sangat membantu menyembuhkan luka. Hati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit diabetes, jangan terlalu banyak memakan buah ini.



5. Betik dan mangga

Jus campuran betik dan mangga memiliki kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi. Jus segar ini bermanfaat dalam menanggulangi pembengkakan dan peradangan, gangguan pencernaan dan demam. Jus mangga sendiri dapat mengurangi dehidrasi dan melancarkan peredaran darah. Ianya juga melancarkan untuk membuang air besar dan mengatasi sembelit.

Jus Mangga
Fungsi utamanya:
- Mencegah bau badan
- Desinfektan bagi tubuh dan membersihkan darah
- Meremajakan sel

6. Pear

Memakan buah Pear membantu mengatasi rasa tidak enak di perut akibat kadar asam yang berlebihan yang berasal dari makanan berkalori tinggi, berminyak dan pedas. Jus pear juga dapat dicampur dengan epal dan sedikit jeruk nipis.

Jus Pear
Fungsi utamanya:
- Mengendalikan hipertensi
- Mencairka dan menghilangkan kahak
- Mengatasi gangguan perut

7. Nanas

Enzim bromealin dalam nanas melarutkan lendir yang sangat kental dalam sistem pencernaan sehingga boleh menghancurkan bisul bila ada.

8. Delima

Di Iraq dan Iran, jus delima yang dibuat untuk berkumur terlebih dahulu sebelum diminum membantu membersihkan mulut dan gigi, serta mencegah jangkitan sehingga membantu menghilangkan bau mulut yang tidak sedap. Memakan dengan perlahan-lahan buah delima dan mengeluarkan bijinya dapat menjernihkan suara yang serak dan mengelakkan kekeringan tekak. Manfaat lain, kandungan zat tanin dalam buah delima dapat membius cacing gelang, cacing kremi dan cacing pita dalam usus sehingga mereka dapat dikeluarkan melalui air besar. Cara ini sudah biasa digunakan oleh penduduk Mesir dan Vietnam.

Jus Delima

Fungsi utamanya:
- Mengikis kanser

9. Tomato

Jus tomato segar sangat membantu pembentukan glycogen dalam liver. Menurut kajian didapati bahawa jus tomato menyeimbangkan fungsi hati dengan cepat dan dengan demikian bererti menjaga stamina tubuh dan menyihatkan badan. Garam mineral yang kaya dalam tomato meningkatkan nafsu makan dan merangsang aliran air liur sehingga membolehkan makanan dicerna dengan baik. Pengambilan tomato yang teratur membantu mengubati penyakit anoreksia (kehilangan nafsu makan).

Jus tomato

Fungsi utamanya:
- Mengawal kadar gula dan darah
- Menggiatkan fungsi hempedu dan hati
- Memperbaiki stamina seks

10. Tembikai

Terlalu banyak memakan daging (terutama musim eidul adha sekarang ini), manis-manisan, makanan bergoreng, kopi dan minuman ringan sering membuatkan darah terlalu banyak mengandungi kandungan asamnya dan mengakibatkan bintik-bintik merah di kulit.

Jus tembikai akan memusnahkan asam tersebut dan memperbaiki kandungan darah. Bagi pesakit diabetes, pengambilan secara teratur jus tembikai dapat menjaga peningkatan gula darah. Kandungan asid urik yang berlebihan dalam tubuh akan menyebabkan arthritis dan keracunan urea dapat dihilangkan dengan meminum jus semangka secara teratur dua kali sehari.

11. Belimbing

Meminum atau memakan buah belimbing dan menelannya secara perlahan dapat mencegah dan mengatasi jangkitan mulut dan tekak. Campuran belimbing dan madu juga boleh membantu mencegah dan mengatasi kencing batu.

Jus belimbing

Fungsi utamanya:
- Menurunkan tekanan darah
- Mencegah dan merawat sariawan
- Mencairkan kahak

12. Laici

Selain kandungan protein, lemak, vitamin C, fosfor, dan zat besi, buah laici mengandungi sukrosa dan glukosa yang banyak. Mengambil buah laici pada malam hari dapat memberikan tenaga untuk keesokan harinya.

13. Kelapa

Air kelapa mengandung sukrosa, fruktosa, dan glukosa, sedangkan isinya selain vitamin berikut, kelapa juga mengandungi protein, lemak, vitamin dan tentunya minyak kelapa. Meminum air kelapa muda dan memakan isinya boleh menghalang mulut kering, demam dan diabetes. Selain itu, meminum air kelapa muda dipercayai membuang racun dalam darah. Perhatian, terlalu banyak minum air kelapa muda juga menyebabkan sedikit kesan sampingan. Bagi yang mempunyai masalah tulang jangan mengambil air kelapa yang berlebihan.

14. Jus lobak
Fungsi utamanya:
- Baik untuk kesihatan mata
- Meremajakan sel dan menghalang penuaan
- Meningkatkan vitalitas seks

15. Jus strawberi
Fungsi utamanya:
- Mengubati gangguan saluran kencing
- Mengawal kadar kolesterol
- Meredakan sakit sendi

Buah-buahan merupakan sumber makanan alami yang paling mudah untuk terus dimakan jadi apa lagi..ayuh mulakan hidup baru bagi penggemar mee segera atau 'junk food'.

Tuesday, September 6, 2011

Kembali ke alam pekerjaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Cita-cita

"Apakah cita-cita kamu?" Tanya Cikgu Aminah. Cikgu Aminah adalah guru di Sekolah Rendah Bukit Jejulong yang paling kuingat. Cikgu lain pun kuingat cuma yang lebihnya Cikgu Aminah. "Jadi guru". Naik sekolah menengah pulak cita-citaku bertukar. "Saya nak jadi ustaz.". Tetapi apabila memasuki alam universiti ku memilih bidang 'muhandis mimari' atau dalam bahasa melayunya Jurukur Bahan. Pernah juga bercita-cita hendak menjadi seorang Juru Ukur Bahan Muslim. Segala-galanya boleh berubah atas kehendak kita. Apa yang penting ialah segala kerja yang kita lakukan mestilah atas tujuan untuk Islam.

Bermulanya tugas seorang pendidik

Alhamdulillah hari ini merupakan hari kedua diriku kembali ke alam pekerjaan setelah hampir 4 tahun melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Soalan yang sama juga ku ajukan kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Ghazali, Bandar Tasik Puteri, Rawang. "Apakah cita-cita antum semua?". Pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menjawab "Saintis", "Guru", "Polis", "Askar". Ada yang agak luar biasa cita-citanya. "Saya hendak menjadi dj radio, ustaz" "Saya pula hendak menjadi tukang masak yang hebat, chef, ustaz." Apa-apa pun cita-cita kita, apabila ianya bersandarkan Islam dan ikhlas kerana Allah, maka ianya akan berada di bawah rahmat Allah dan mendapat pahala di sisiNya. Insya Allah.

Semoga anak-anak pelajar ini membesar sebagai orang Islam yang faham akan tuntutan Islam yang sebenar kelak. Insya Allah.

Sunday, September 4, 2011

YB Wahid Endut Pemimpin Berjiwa Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’iin.

Wahid sedang 'lembutkan' imej PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU, 2 Sept: PAS Terengganu mengajak pimpinan dan ahlinya di negeri itu agar memenuhkan diri mereka dengan ciri-ciri pemimpin rakyat dan sentiasa bersama masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, memenangi pilihan raya satu yang penting tetapi mempertahankannya dan seterusnya menjadi contoh pimpinan sesuatu yang penting juga.

"Memang kita pilih calon berdasarkan winnable candidate, calon yang boleh menang tetapi mempertahankan kemenangan dan menjadi contoh pimpinan satu yang hal yang penting juga," kata beliau dalam majlis dialog bersama perantau yang pulang ke kampung berhari raya di Dewan Datuk Wan Abdul Mutalib, Markas PAS Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata, antara ciri penting kepimpinan adalah melupakan segala persengketaan demi dakwah.

Contohi TGNA

"Saya ambil contoh Tok Guru Nik Aziz. Semasa Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal, dia bersama Datuk Husam Musa melawat rumah beliau, keluarga dia menangis berlenangan air mata.

"Apabila Tok Guru tanya, kenapa menangis, anak dia (Hashim Safin) berkata, hari ini kami dua kali menangis. Tadi menangis kerana ayah kami meninggal. Kini kami menangis kerana Tok Guru menziarahi kami.

"Padahal semasa hayatnya, apa yang ayah kami tak kata kepada Tok Guru," cerita Wahid tentang apa yang dikatakan anak ketua Umno bahagian itu.

"Inilah dakwah...boleh ke kita juga membuat perkara yang sama?" tanya Wahid kepada semua yang hadhir di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Akibat dari sejarah pertembungan yang lama, hubungan antara penyokong PAS dan Umno di Terengganu agak jauh.

Mereka tidak rapat antara satu sama lain dan boleh dikatakan masih ada yang pulau memulau antara satu sama lain.

Mungkin ini mesej yang cuba disampaikan oleh Wahid yang baru dilantik sebagai pesuruhajaya PAS Terengganu beberapa bulan yang lepas.

Wahid juga membawa cerita Cikgu Jabar yang menang beberapa penggal sebagai Adun di Selangor walaupun bertanding atas tiket bebas.Semuanya kerana sikap beliau.

Beliau juga membawa cerita seorang Adun Umno yang juga menang beberapa penggal di Dun Telok Pasu Terengganu semata-mata kerana sikapnya yang mesra rakyat.

"Ada satu kisah bagaimana hebat dan prihatinnya Cikgu Ismail, Adun Telok Pasu ini. Oleh kerana sakit kencing manis, mata beliau menjadi sangat kelabu dan tidak nampak.

"Apabila dia naik kereta, dia pesan kepada driver dia, bila masuk kampung kamu kena bawa kereta dengan perlahan. Kalau tidak orang akan kata aku sombong. Dan bila jumpa dengan orang, kamu bunyikan hon dan aku akan angkat tangan.

"Lalu bila dia masuk kampung dan jumpa dengan orang, driver dia bunyikan hon, dia pun angkat tangan walaupun tidak nampak siapakah mereka.

"Dia tanya siapa, driver dia akan jawab Pak Mat...ooo Pak Mat...Jalan lagi, driver bunyikan hon, dia angkat tangan, tanya lagi siapa, Pak Ali...ooo Pak Ali...padahal Pak Ali sebelah sana nuh, dia angkat sebelah sini.

"Tiba satu tempat, driver dia bunyikan hon, Cikgu Wel angkat tangan dan tanya siapa....lembu, kata driver dia. Sampai ke lembu pun dia angkat tangan," cerita Wahid dengan diikuti gelak ketawa para hadhirin.

Mesej ceritanya, kata Wahid, adalah sikap wakil rakyat itu sendiri yang perlu mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan keperluan dan sensitiviti masyarakat.

Cerita yang disampaikan Wahid sebagai pesuruhjaya baru PAS Terengganu nampak kecil tetapi inilah realiti permasalahan yang dihadapi beliau dalam memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.

Ini kerana, beliau sedang berhadapan dengan Umno yang berusaha keras membeli hati rakyat Terengganu dengan wang ehsan yang beratus juta ringgit setahun yang diperolehi dari hasil minyak di pantai Terengganu.

Dengan hanya kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi yang bukan PAS dan bukan Umno (atas pagar), kedua-dua pihak sedang berusaha keras bagi memenangi hati golongan ini bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Masalah besar yang dihadapi Wahid adalah persepsi yang diletakkan kepada PAS Terengganu yang dilihat keras dan kasar dengan lawan masing-masing.

Ia berbeza dengan imej yang dibayangkan oleh pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat dapat merapati rakyat sehingga ke pemimpin Umno sendiri.

harakahdaily-wahid endut