Monday, July 8, 2013

Sang Bidadari Tertunggu-tungu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu.

Syuhada tersenyum tanda puas

Di kala engkau berjuang bermati-matian, sang bidadari mengintai-intai akan sang suaminya di dunia. Bagai tidak sabar mahu berjumpa. Ternanti-ternanti. Begitu juga apabila sang suami bermusafir jauh beberapa hari, maka sang permaisuri menanti-nanti kepulangan sang arjunanya itu. Rindu tidak terkata.

Begitu juga keadaannya dengan sang bidadari syurga yang jauh lebih cantik daripada mana-mana perempuan di atas dunia ini. Dan Allah menciptanya jauh berbeza dengan makhluknya di bumi. Engkau menghembuskan dalam keadaan senyum menandakan engkau telah pun dapat melihat akan ni'mat yang bakal engkau kecapi nanti. Allahu Akbar.

Apabila sang mujahid menutup mata dan tidak akan melihat lagi segala kezaliman yang melata dibumi dan meninggalkan semua yang ada di dunia yang sementara ini. Meninggalkan semua yang dimilikinya dahulu. Meninggalkan kaum kerabat, harta benda, malah perjuangan yang didokong selama ini. Apa yang akan dibawa untuk mengadap Tuhannya ialah amalan ketika di dunia dahulu.

Doakan juga kami akan bersama dengan mu, di akhirat nanti. Kami juga ingin sepertimu.

Selamat berbahagialah mu di sana wahai para syuhada.

No comments:

Post a Comment